![]() |
KARLSKOGA, Sweden, 6 Sept. 2023 /PRNewswire/ -- Cell Impact mengambil bahagian dalam hy-fcell di Stuttgart, Jerman, salah satu acara industri teknologi hidrogen terbesar dan terpenting di dunia. Cell Impact akan membentangkan tawaran pengeluaran plat aliran syarikatnya berdasarkan teknologi pembentukan unik Cell Impact Forming™.
Pengeluaran plat aliran adalah amat penting untuk pertumbuhan industri hidrogen dan semasa di hy-fcell, Cell Impact akan berkongsi pengalaman dan pengetahuannya daripada lebih 50 projek plat aliran yang melibatkan pelbagai aplikasi dan bahan.
Tawaran pengeluaran Cell Impact adalah melibatkan Cell Impact Forming, iaitu sebuah teknologi pengeluaran plat aliran yang mesra alam dan boleh diskala. Kapasiti barisan pembentukan Cell Impact datang dengan masa pendulu yang singkat. Dengan cetakan lantai yang kecil, ia mengambil masa dua minggu untuk dipasang. Kelajuan dan ketepatan dalam pembentukannya memungkinkan jangka hayat alat yang panjang, yang mengelakkan kos yang ketara dalam pengeluaran plat aliran.
"Dalam acara pada tahun ini, saya ingin berkongsi fakta bahawa Cell Impact adalah sebuah syarikat yang benar-benar beroperasi, melakukan pengeluaran dan membekalkan plat aliran. Kami menghasilkan lebih daripada 50 plat aliran dan projek perkakas sepanjang 5 tahun yang lalu. Cell Impact telah meningkatkan kapasitinya dan kini kami berada dalam kedudukan yang baik untuk menyokong industri sel bahan api dan elektrolisis yang semakin pantas berkembang untuk dipertingkatkan. Teknologi utama kami, Cell Impact Forming, adalah sebuah pendaya. Saya berharap agar acara tahun ini akan mewujudkan hubungan dan peluang baharu kepada pengeluar sel bahan api dan elektrolisis di mana kami boleh menyumbang kedua-dua kapasiti dan pengetahuan kami untuk pengeluaran plat aliran," kata Achim Zeiss, Pengurus Kawasan untuk Eropah, Cell Impact.
Persidangan dan eksposisi hy-fcell akan diadakan pada 13 dan 14 September bertempat di lokasinya di Messe Stuttgart.
Cell Impact dengan hormatnya menjemput para pengunjung dan peserta acara ke Dewan 4, reruai 4H18, di mana wakil kami bersedia untuk berkongsi maklumat tentang tawaran pengeluaran plat aliran dan pengetahuan kejuruteraan aplikasi kami.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Pär Teike
Ketua Pegawai Ekssekutif dan IR
hubungan +46 73-024 06 84 atau paer.teike@cellimpact.com
Tentang Cell Impact
Cell Impact AB (publ) ialah pembekal global plat aliran termaju kepada pengeluar sel bahan api dan elektrolisis. Syarikat ini telah membangun dan mematenkan kaedah unik untuk pembentukan halaju tinggi, iaitu Cell Impact Forming™ yang jauh lebih boleh diskala dan menjimatkan kos berbanding kaedah pembentukan konvensional. Cell Impact Forming ialah teknologi pembentukan mesra alam yang tidak menggunakan air dan kuasa elektrik yang sangat sedikit.
Saham Cell Impact tersenarai dalam Pasaran Pertumbuhan Utara Pertama Nasdaq dan FNCA Sweden AB ialah Penasihat Bertauliah (CA) syarikat tersebut. Maklumat hubungan: +46 8-528 00 399 atau info@fnca.
Cell Impact AB
cellimpact.com
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1888196/Cell_Impact_AB_Logo.jpg?p=medium600