omniture

Rail+Metro China 2014, Ekspo Kereta api & Metro Antarabangsa China ke-9 akan diadakan di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai pada 17 hingga 19 Jun 2014

Intex Shanghai Co., Ltd.
2014-06-11 13:41 149

SHANGHAI, 11 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Sejak kemunculan pertamanya pada 2002, Rail+Metro China telah menjadi pameran perdagangan yang menerajui dalam industri pengangkutan awam bandar dan kereta api di China. Skala acara Rail+Metro China 2014 berjaya mencecah 20,000 meter persegi dengan lebih 180 syarikat terkenal turut menyertai acara tersebut, seperti CSR, CNR, Bombardier, Alstom, Knorr, ZTE, Vossloh, Thales Saic, Casco serta ContiTech. Syarikat tersebut berasal dari 14 negara dan wilayah termasuk Tanah Besar China, Jerman, Switzerland, Perancis, Itali, Slovakia, Britain, Sepanyol, Austria, Amerika, Kanada, Jepun, Taiwan serta HKSAR.

Siri produk termasuk produk luar negara terkenal akan dipamerkan di gerai pameran CNR yang mengagumkan. Kereta api bawah tanah yang dihasilkan untuk laluan bawah tanah di Hong Kong adalah yang paling canggih setakat ini di dunia. Proses pengeluarannya adalah selaras dengan pelaksanaan ketat piawaian antarabangsa yang menjadikannya kenderaan terbaik di dunia. Sementara itu, kenderaan transit pantas antara bandar pertama akan turut dipamerkan di gerai pameran CNR. Ia berfungsi untuk menghubungkan kawasan di pusat bandar dan pinggir bandar, stesen kereta api dan kawasan hab, bandar raya pusat dan juga bandar satelit. Kelajuan maksimum boleh mencecah sehingga 160 kilometer/jam.

Barangkali, tarikan gerai pameran CSR yang paling menarik ialah trem Nanjing Puzhen Kylin. Trem ini akan memulakan perkhidmatan tepat pada waktunya untuk Sukan Olimpik Belia Dunia 2014 di Nanjing. Ini merupakan trem moden berlantai rendah sepenuhnya tanpa katenari yang pertama di dunia dengan simpanan tenaga litium dan telah dikaji selidik serta dibangunkan oleh Puzhen CSR. Ia merupakan hasil inovasi berdasarkan generasi terkini platform trem berlantai rendah sepenuhnya Bombardier dan teknologi trem Suzhou serta digabungkan dengan persekitaran Bandar Nanjing.

Penyelesaian CITADIS Alstom ialah produk pengangkutan dimodenkan yang menyediakan penyelesaian inovatif sebagai usaha untuk mengurangkan trafik serta pencemaran dan hingar di kawasan bandar. Dengan sistem berbilang fungsi Alstom, CITADIS dapat menyediakan penyelesaian terbaik untuk mengintegrasikan bahagian tradisional dan moden di setiap bandar. Sementara itu, kereta api elektrik dimodenkan daripada CITADIS pula dapat membangkitkan tenaga dan semangat mana-mana bandar. Tidak kira sama ada ia merupakan pengubahsuaian atau pengembangan armada kenderaan sedia ada, CITADIS dapat menyediakan penyelesaian yang sesuai dan menjadikan pengangkutan impian anda suatu realiti.

Anda boleh rujuk www.metro-china.org untuk mendapatkan maklumat lanjut. Kami berharap dapat bertemu anda di Rail+Metro China 2014 dan berharap anda dapat menghargai kehebatan kereta api China ini.

HUBUNGI:

Jessie Hu
+86-21-6295-1060
huxiaoping@intex-sh.com

Source: Intex Shanghai Co., Ltd.
Keywords: Railroads and Intermodal Transportation Transportation Trade show news