omniture

Laporan Kelestarian 2022: Membina Interplex yang Berdaya Tahan dan Sesuai Masa Depan

Interplex
2023-09-07 20:00

Pengeluar antara sambung ini memperoleh penarafan kelestarian platinum EcoVadis untuk tahun kedua berturut-turut

SINGAPURA, 7 September 2023 /PRNewswire/ -- Pakar reka bentuk dan pembuatan termaju bagi penyambung tersuai dan penyelesaian produk berketepatan tinggi, Interplex telah menerbitkan Laporan Kelestarian 2022. Sorotan utama laporan itu termasuk lampu LED cekap tenaga dan pengurangan plastik sekali guna.

Laporan itu memperincikan kemajuan syarikat dalam mencapai cita-cita, komitmen dan sasaran alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG). Interplex sekali lagi memperoleh penarafan platinum EcoVadis yang meletakkannya dalam kelompok 1% syarikat terbaik yang dinilai. Interplex juga telah diiktiraf di Asia Sustainability Reporting Awards 2022 (Anugerah Pelaporan Kelestarian Asia 2022) .

"Komitmen kami adalah untuk mengekalkan kedudukan kami sebagai peneraju dalam penyelesaian antara sambung dengan menerapkan kelestarian dalam semua perkara yang kami lakukan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Interplex Group, Alessandro Perrotta. "Pada tahun 2022, kami telah memperbaharui pendekatan kelestarian kami dengan memberi tumpuan kepada enam tonggak strategik yang mengutamakan pemacuan inovasi, kecemerlangan kualiti, penjagaan alam sekitar, kecemerlangan insan, pemerolehan mampan dan tadbir urus yang baik."

"Di Interplex, strategi kelestarian kami tertumpu pada penyampaian nilai positif yang boleh diukur kepada pihak berkepentingan kami," tambah Ketua Pegawai Kelestarian Interplex, Nantha Kumar Chandran. "Nilai positif ini dicapai dengan menerima pakai langkah-langkah yang menekankan peminimuman kesan alam sekitar kami."

Menjelang akhir tahun 2022, 89% daripada kemudahan pembuatan syarikat ini telah memperoleh pensijilan ISO 14001:2015 untuk sistem pengurusan alam sekitar. Selain itu, syarikat ini juga telah beralih kepada lampu LED cekap tenaga di 97% daripada kemudahannya. Sejak tahun 2019, Interplex telah mengurangkan keamatan CO₂ keseluruhannya sebanyak 9.7%. Dengan mengurangkan plastik sekali guna, syarikat ini telah menghapuskan kira-kira 2.15 tan sisa plastik setiap tahun: peningkatan sebanyak 85%.

Sebagai penandatangan Ikrar WASH, Interplex kekal komited untuk melaksana dan menyokong akses kepada kebersihan, sanitasi dan air yang selamat. Usahanya untuk menjimatkan air telah menghasilkan pengurangan penggunaan air sebanyak 43% daripada tahun asas 2019 dan mengekalkan penarafan B Air CDP.

Kesihatan dan keselamatan para pekerja dan kontraktor kekal menjadi keutamaan Interplex. Pada Tahun Kewangan 2022, syarikat ini telah mengurangkan insiden kecederaan sebanyak 23% berbanding Tahun Kewangan 2021. Dalam tempoh yang sama, 42.9% daripada lokasi kami mempunyai sifar kecederaan.

Dalam mengejar pertumbuhan perniagaan jangka panjang yang lestari, Interplex percaya bahawa adalah penting untuk menerima pakai pendekatan berasaskan prinsip serta mematuhi piawaian etika dan integriti yang tinggi. Tatakelakuan syarikat ini berserta langkah dan dasar sokongan terus membimbing tindakannya dalam operasinya dan cara ia berinteraksi dengan para pelanggan, pembekal, rakan kongsi perniagaan dan semua pihak berkepentingan.

Anda dijemput untuk membaca laporan penuh di sini.

Hubungan Akhbar: 

Interplex 

Selvan Wilhelm
Selvan.Wilhelm@fr.interplex.com

Hubungan Agensi: 

Publitek AS 

Erin McMahon 
erin.mcmahon@publitek.com

Publitek Jerman 

Carsten Otte  
carsten.otte@publitek.com

Tentang Interplex 

Interplex, sebuah syarikat peneraju di dunia dalam bidang reka bentuk dan pembuatan antara sambung tersuai serta penyelesaian produk mekanikal berketepatan tinggi, merupakan sumber pilihan untuk menyelesaikan cabaran reka bentuk yang rumit bagi pasaran mobiliti, perubatan serta komunikasi data. Kami mewujudkan nilai dengan membantu para pelanggan kami mengurangkan Jumlah Kos Pemilikan (TCO) mereka dan mencapai matlamat ini dengan memanfaatkan set kemahiran pelbagai disiplin kami yang unik daripada kedua-dua disiplin elektromekanikal dan mekanikal. Beribu pejabat di Singapura, Interplex mempunyai lebih 11,000 orang pekerja merentasi 33 buah tapak dan 13 buah negara serta 9 buah Pusat R&D utama di mana semua aktivitinya dijalankan dengan cara yang bertanggungjawab dari segi sosial, dengan kesan yang minimum terhadap alam sekitar.  Ketahui lebih lanjut di www.interplex.com

 

Source: Interplex
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Utilities Survey, Polls & Research