omniture

Xinhua Silk Road: Bandar timur laut China galakkan sukan dayung melalui pendidikan bersepadu

Xinhua Silk Road
2023-09-08 08:36 42

BEIJING, 8 September 2023 /PRNewswire/ -- Bertujuan untuk memupuk minat dalam kalangan anak muda terhadap sukan dayung, bandar Shenyang, ibu kota Wilayah Liaoning, timur laut China mengintegrasikan sukan ini ke dalam kurikulum sekolah rendah dan sekolah menengah rendah sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

 

Dengan mengambil Daerah Hunnan bandar tersebut sebagai contoh, 34 sekolah rendah dan sekolah menengah rendah di daerah berkenaan dilengkapi dengan sejumlah 585 mesin dayung, menyediakan suasana latihan dalaman kepada lebih 40,000 orang pelajar. Daerah berkenaan melabur sebanyak 13 juta yuan (kira-kira 1.78 juta dolar A.S.) untuk menggalakkan penglibatan sukan dayung ke dalam kurikulum sekolah sejak April 2021.

Bagi menjamin perkembangan pelajaran mendayung yang berkualiti tinggi, daerah berkenaan juga berusaha untuk menambah baik sumber-sumber pengajaran. Setakat ini, 195 orang guru pendidikan fizikal di Hunnan telahpun diperakui sebagai jurulatih dayung profesional, membentuk dua pasukan dayung dalam kalangan guru.

"Dengan membolehkan pelajar untuk terlibat dalam sukan dayung, kita bukan sahaja menggalakkan kesihatan fizikal mereka, bahkan cuba untuk menyampaikan mesej budaya yang seiring dengan sukan ini kepada mereka," kata Hou Mingfei, guru besar sekolah rendah di Daerah Hunnan. Mendayung memerlukan jalinan kerjasama yang erat antara satu sama lain, yang bererti semangat berpasukan memainkan peranan penting dalam pertandingan mendayung, kata Hou, mengambil maklum bahawa pelajar diharapkan dapat mempelajari sendiri pentingnya untuk bersatu melalui sukan ini.

Bagi pelajar yang komited untuk memilih kerjaya dalam sukan dayung, bandar tersebut turut menyediakan saluran profesional yang membolehkan mereka mengambil peperiksaan dan menerima latihan selanjutnya. Sistem pendidikan bersepadu sukan dayung itu bukan sahaja menyokong pembangunan sukan tempatan, bahkan membantu bandar berkenaan disemai dengan kuasa pertumbuhan muda dan bertenaga yang lebih baik.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/335939.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Education Publishing/Information Service Sporting Events Sports