omniture

ooVoo Memperkenalkan ooVoo untuk Windows Phone Store

ooVoo
2014-06-11 20:03 80

NEW YORK, 11 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Hari ini, ooVoo telah mengumumkan ia telah melancarkan ooVoo untuk Windows Phone. ooVoo merupakan platform sembang video sosial yang membolehkan para pengguna untuk berhubung serta-merta dengan kenalan rapat mereka menerusi video HD. ooVoo boleh digunakan secara percuma, dan turut membolehkan panggilan video dibuat secara bersemuka dan berkumpulan dengan melibatkan sehingga 12 orang. Penambahan Windows Phone ke dalam senarai platformnya ialah pencapaian hebat, yang memperkukuh misi syarikat ooVoo untuk menghidupkan setiap interaksi video dan pengalaman dalam talian yang dikongsi di seluruh dunia.

Photo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140609/105994

"ooVoo amat teruja kerana telah bekerjasama dengan Microsoft Corp. bagi menyediakan pengalaman hebat untuk para pengguna Windows Phone," kata Rajesh Midha, Ketua Produk. "Aplikasi Windows Phone kami adalah sepenuhnya untuk platform tersebut dan dengan membawakan produk terbaik kami kepada set peranti disokong yang serba baharu, kami terus menghubungkan rakan dan kaum keluarga di mana-mana sahaja dengan lancar."

"Windows Phone disokong oleh ekosistem aplikasi hebat yang memanfaatkan ciri dan reka bentuk tersendiri platform tersebut," kata Steve Guggenheimer, Naib Presiden Korporat, Microsoft's Developer & Platform Evangelism Group. "ooVoo ialah contoh hebat bagi jenis aplikasi beraneka yang membolehkan para pengguna untuk berhubung dengan pelbagai cara baharu dan menarik."

ooVoo mempunyai lebih 100 juta pengguna berdaftar dari seluruh dunia dan telah pun menyokong platform iOS, Android, Mac serta komputer peribadi. ooVoo untuk Windows Phone mempunyai ciri sembang video berkumpulan dengan 12 orang secara percuma, panggilan suara, penghantaran mesej segera, pembatalan gema untuk audio yang jelas serta video Superclear™ - teknologi proprietari ooVoo yang dapat melakukan penyesuaian bagi kegagalan penghantaran paket untuk panggilan video lebar jalur rendah. Bagi mengetahui lebih lanjut tentang panggilan video HD berkualiti tinggi ooVoo dan untuk melihat senarai penuh ciri yang disokong oleh Windows Phone, sila layari www.oovoo.com.

Muat turun ooVoo daripada Windows Phone Store: http://www.windowsphone.com/s?appid=7b7772c6-3fe6-4dc1-a6cf-b611777a9781

LATAR BELAKANG OOVOO LLC: ooVoo yang berpusat di New York merupakan penyedia sembang video bebas dan terbesar yang menyediakan panggilan video dan penghantaran mesej secara percuma, berkualiti tinggi, secara bersemuka dan juga berkumpulan. Komuniti kami yang terdiri daripada lebih 100 juta pengguna mengakses ooVoo melalui iPod, iPhone, iPad, Android, Windows Phone, Mac, serta komputer peribadi. Tahun lalu, ooVoo telah dianugerahkan dengan Anugerah Tabby, menjadi finalis Anugerah Kecemerlangan Mudah Alih dan turut dipilih sebagai salah satu daripada "50 Aplikasi iPhone Percuma Terbaik" oleh PC Magazine.

Produk atau nama perkhidmatan yang disebutkan ialah tanda niaga pemilik masing-masing. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi: kayla.maas@ooVoo.com atau hubungi talian +1-646-300-8774.

Source: ooVoo
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Mobile Entertainment Telecommunications New products/services