omniture

Sino Group of Hotels Memperkenalkan The Pottinger Hong Kong

Sino Group of Hotels
2014-06-11 20:46 151

- Hotel Butik Baharu di Pusat Central Meraikan Warisan Hong Kong

HONG KONG, 11 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Sino Group of Hotels, bahagian pengurusan hospitaliti Sino Group dan rakan sekutu Sino Land Company Limited (HKSE: 083), mengendalikan dan turut menguruskan portfolio yang semakin berkembang yang terdiri daripada hotel, kelab layar, pangsapuri perkhidmatan, serta bangunan kelab makanan dan minuman kediaman. Sino Group of Hotels hari ini telah mengumumkan pembukaan The Pottinger Hong Kong, hotel butik mewah dengan 68 bilik yang tersergam indah di jalan bidur batu bersejarah tertua di Hong Kong. The Pottinger Hong Kong ialah tempat Timur bertemu Barat, tempat Kemodenan bertemu Warisan. Ikon keanggunan yang tidak lapuk dek zaman ini mengalu-alukan para tetamu untuk mengalami kejiranan dinamik dan meriah di Central, dalam keselesaan ibarat di rumah sendiri.

(Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140529/8521403075-a )
(Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140529/8521403075-b )
(Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20140529/8521403075LOGO )

The Pottinger Hong Kong menawarkan 68 bilik tetamu dan suite mewah, daripada keluasan 23 meter persegi hingga 68 meter persegi. The Pottinger Suite dan enam suite selesa lain dinamakan sempena nama jalan di sekeliling kejiranan Central, padat dengan hiasan dalaman yang ditempah khas dengan sentuhan unsur ketimuran serta meraikan warisan Hong Kong yang kaya dan romantik, serta mencerminkan kekayaan budayanya yang berkepelbagaian tinggi. Kadar sebilik bermula daripada HK$1,880.

Berdiri megah di Pottinger Street yang bersejarah, tapak bersejarah Gred I yang digredkan oleh Lembaga Penasihat Antikuiti Hong Kong, The Pottinger Hong Kong terletak hanya 5 minit masa berjalan dari Stesen MTR Central. Hotel itu boleh menjadi titik permulaan yang ideal bagi menerokai beberapa ciri tersendiri pertama yang terdapat di Hong Kong. Ia merangkumi semangat perintis; hasil karya seni serta aksesori hiasan terpilih di hotel itu membantu mentafsirkan sejarah Hong Kong dan Central, dengan menimbulkan rasa ingin tahu para tetamu untuk keluar mencari keasyikan cinta dan semangat Hong Kong.

Jurugambar penuh legenda dan terkenal seluruh dunia, Fan Ho, jurugambar dan pengarah filem yang telah menghabiskan masa puluhan tahun dengan kamera kesayangan beliau sejak usia awal belasan tahun, telah menangkap cahaya dan pemandangan yang terbaik di Hong Kong. Kebanyakan imej beliau diambil di tempat yang paling digemari beliau – Central, Hong Kong. Semua gambar yang sangat berharga ini dipamerkan dengan penuh bangganya di dalam bilik serta laluan The Pottinger Hong Kong dan turut menjemput para pengunjung dan pelawat untuk mengalami sendiri memori paling indah di Hong Kong selama yang mereka suka. En. Ho, kini sudah berusia 83 tahun, sangat menyayangi Central dan tempat tumpah darah beliau di Hong Kong serta menyerikan kolaborasi beliau yang pertama seumpamanya dalam suasana hotel, The Pottinger Hong Kong.

Dengan kepelbagaian pilihan menjamu seleranya dan suasana menyelesakan yang mengetengahkan rasa keanggunan klasik, hotel itu bersedia untuk membawa pengalaman menginap di sana ke tahap yang baharu. Suasananya yang berkelas tinggi, telah dicipta di bawah khidmat nasihat pereka hiasan dalaman Australia, Suzy Annetta, pengasas Studio Annetta, dan pakar dalam projek hospitaliti. Annetta memang disanjung tinggi kerana penggunaan warna dan hiasan dalaman beliau yang kaya dengan permukaan yang diperhalusi dan juga bahan yang cantik. Direalisasikan daripada bakat seni beliau yang dipertajam dengan baik serta pemahaman reka bentuk yang menyeluruh, The Pottinger Hong Kong menzahirkan kegemilangan Hong Kong dan turut menawarkan pengalaman penginapan yang sukar dilupakan di tengah bandar itu kepada para tetamu.

Dengan bersandarkan kejayaan Sino Group dalam memajukan dan turut menguruskan portfolio yang berkepelbagaian tinggi dan memenangi anugerah, Sino Group of Hotels berusaha untuk memperluas projek pemajuannya di Hong Kong dan bandar pintu masuk serantau, dan sentiasa menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan penambahan baharu kepada portfolio itu. Pelancaran The Pottinger Hong Kong menandakan fasa pembangunan yang strategik dalam Sino Group of Hotels yang akan bersinergi secara positif dan meningkatkan hasil yang menggalakkan dan lebih baik bagi Sino Group.

The Pottinger Hong Kong

Alamat: 74 Queen's Road Central, Central, Hong Kong
Pintu Utama Hotel: 21 Stanley Street
T: +852-2308-3188
F: +852-2308-3198
E: info@thepottinger.com

www.thepottinger.com

Latar belakang Sino Group of Hotels

Setelah ditubuhkan pada tahun 1994, Sino Group of Hotels ialah bahagian pengurusan hospitaliti Sino Group dan syarikat sekutu Sino Land Company Limited (HKSE: 083). Ia mengendalikan sebilangan harta tanah di Pulau Hong Kong dan di Kowloon, serta hotel gaya tempat peranginan di Hong Kong Gold Coast.

Portfolionya merangkumi The Royal Pacific Hotel & Towers, City Garden Hotel, Hong Kong Gold Coast Hotel, Island Pacific Hotel, The Johnston Suites (pangsapuri perkhidmatan) serta Gold Coast Yacht & Country Club. Walaupun setiap satu daripada harta tanah dalam portfolionya menawarkan pengalaman penginapan yang tersendiri, semuanya berkongsi nilai yang sama dalam menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik yang boleh diberi. Sebagai jenama yang dipercayai dalam industri hospitaliti, hotel serta kelab layarnya memenuhi keperluan pelancong tujuan perniagaan dan pelancong riadah sambil meraikan komuniti tempatan.

www.sino-hotels.com

Latar belakang Sino Group

Sino Group ialah salah satu pemaju harta tanah yang menerajui di Hong Kong dengan perniagaan teras dalam memajukan harta tanah kediaman, pejabat, perindustrian serta runcit untuk jualan dan pelaburan. Kumpulan itu juga merupakan pemain utama dalam bidang pelaburan dan pengurusan hotel, pengurusan kelab, pengurusan harta tanah, pengendalian tempat parkir kereta, serta perkhidmatan alam sekitar dan keselamatan. Dengan pasukan mantap yang terdiri daripada 11,000 profesional khusus, Sino Group berusaha untuk sentiasa menyediakan harta tanah dan perkhidmatan yang berkualiti yang melangkaui jangkaan para tetamu kami.

Sebagai warga korporat yang komited, Sino Group aktif menyertai perkhidmatan masyarakat serta aktiviti hijau dan juga acara seni dan kebudayaan sejak sekian lama. Usaha tanggungjawab sosial korporat Kumpulan itu ada empat pecahan – Sino Care, Sino Green, Sino Art serta Sino Heritage. Sino Land Company Limited (083) telah menjadi ahli dengan hak mengundi dalam Indeks Kemampanan Korporat Hang Seng sejak September 2012 kerana usaha berterusannya dalam menggalakkan kemampanan.

www.sino.com 

Source: Sino Group of Hotels
Related Stocks:
HongKong:0083 OTC:SNLAY
Keywords: Hotels and Resorts Travel New products/services