omniture

Jenayah Siber: Semakan Dalam Talian Bantu Kesan Data Peribadi yang Dicuri

HPI Hasso-Plattner-Institut
2014-06-12 08:25 201

POTSDAM, Jerman, 12 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Adakah penjenayah siber telah mencuri data peribadi saya dan menjadikannya boleh didapati secara dalam talian agar sesiapa sahaja dapat mengakses dan menyalahgunakannya? Pengguna Internet di serata dunia kini boleh mendapat jawapan terhadap persoalan ini menerusi khidmat percuma daripada Institut Hasso Plattner untuk Kejuruteraan Sistem IT (http://www.hpi.de) di Universiti Potsdam, Jerman. Apa yang perlu dilakukan hanyalah dengan melayari https://sec.hpi.de dan mendaftarkan alamat e-mel. Sistem tersebut kemudiannya akan melayari Internet bagi mendapatkan data peribadi yang didapati secara percuma yang dipaut kepadanya.

Jika nama, kata laluan, butiran akaun atau lain-lain data peribadi berkaitan alamat e-mel didapati disebarkan melalui Internet, HPI akan memberi amaran kepada pengguna melalui e-mel dan memberikannya petua bagaimana untuk menanganinya. Atas sebab keselamatan, institut ini tidak akan mendedahkan keadaan data tersebut dengan terperinci.

Ahli sains komputer yang membangunkan khidmat ini telah menamakan inovasi ini sebagai 'Identity Leak Checker'. Sehingga ke saat ini, para penyelidik di institut universiti tersebut yang ditubuhkan oleh pengasas bersama SAP, Hasso Plattner, telah mengenal pasti dan turut menganalisis lebih 170 juta set data peribadi di Internet. Kira-kira 667,000 semakan percuma telah dijalankan sejak pelancaran khidmat tersebut di Jerman. Dalam 80,000 daripada kes tersebut, para pengguna telah dimaklumkan mereka menjadi mangsa kecurian identiti.

"Jenis sistem amaran ini untuk data peribadi dicuri yang disebarkan di Internet bermatlamat untuk menjadikan pengguna lebih berhati-hati terhadap cara pengendalian data peribadi mereka," kata Prof. Christoph Meinel, pengarah HPI. Jabatan beliau turut membangunkan pangkalan data untuk menganalisis keterdedahan IT (https://hpi-vdb.de). Ia turut mengintegrasikan dan menggabungkan kuantiti besar data yang telah pun berada secara dalam talian berkenaan keterdedahan perisian dan isu keselamatan lain. Pada masa kini, pangkalan data tersebut mengandungi 61,000 maklumat tentang tempat lemah yang wujud dalam hampir 160,000 program perisian daripada lebih 13,000 pengeluar.

Baru-baru ini, pangkalan data HPI telah membantu pengguna untuk menjalankan semakan percuma pada komputer mereka bagi tempat lemah yang boleh dikenal pasti mungkin diambil kesempatan untuk serangan penjenayah siber yang berkemahiran. Sistem tersebut turut mengenal pasti pelayar pengguna – termasuk pemalam yang biasa digunakan – dan memaparkan senarai keterdedahan yang dikenal pasti. Rancangan untuk memperluas sistem diagnosis sendiri untuk meliputi perisian lain yang dipasang dalam komputer kini dalam proses perancangan.

Maklumat perhubungan akhbar di HPI: presse@hpi.uni-potsdam.de, Tel.: +49(0)0331-5509-119 atau +49(0)331-55-09-175.

SUMBER  HPI Hasso-Plattner-Institut

Source: HPI Hasso-Plattner-Institut
Related Links:
Keywords: Electronic Commerce Internet Technology Multimedia/Online/Internet Web Site New products/services