QINGDAO, China, 12 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Bilangan set TV yang telah dihantar seluruh dunia dalam suku tahun pertama telah mencecah 49.7 juta, sama dengan suku tahun pertama tahun lepas, menurut laporan yang baru diterbitkan daripada firma penyelidikan pasaran Amerika yang menerajui bidangnya, Display Search. Antara sorotan laporan itu ialah lonjakan dalam bilangan unit yang dihantar oleh Hisense yang berpusat di China, lalu menjadikan jumlah pengeluar itu menjadi 5.3 peratus daripada keseluruhan unit yang dihantar seluruh dunia, atau hanya 0.1 peratus lebih rendah berbanding Sony, yang menduduki tempat ketiga. Dalam nilai dolar, penghantaran Hisense mewakili 6.4 peratus daripada jumlah keseluruhan dunia, lalu meletakkannya di tempat keempat dalam senarai itu. Hisense mendahului pasaran China dengan bahagian penghantaran sebanyak 18.5 peratus.
Laporan itu menunjukkan untuk penghantaran TV 4K dalam suku tahun pertama 2014, Hisense menduduki tempat kedua daripada segi jumlah dan nilai dolar, dengan model itu mencakupi 20.4 peratus daripada pasaran untuk jumlah dan 16 peratus untuk nilai dolar.
Dalam pasaran TV berskrin besar, Hisense juga menunjukkan prestasi yang bagus. Dalam segmen 50 ke 54 inci, Hisense melangkaui Sony, menduduki tempat ketiga dan mencakupi bahagian pasaran global sebanyak 10.7 peratus. Dalam segmen 55 ke 59 inci, Hisense melonjak ke kedudukan tempat kedua dengan bahagian pasaran global sebanyak 13.5 peratus.
Sejak permulaan tahun ini, Hisense telah meningkatkan usahanya dalam penyelidikan dan pembangunan produk bernilai tinggi seperti TV pintar, ULED dan juga 4K. Jumlah jualan TV pintar ULED dan VIDAA, barangan yang mula-mula dikeluarkan di China oleh Hisense, terus mengikuti arah aliran kemajuan yang menggalakkan. Hisense telah memperluas eksportnya untuk produk bernilai tinggi ke dalam pasaran antarabangsa. Buat masa kini TV pintar Hisense boleh didapati dalam tiga rangkaian kedai, Best Buy, Walmart, serta Costco di Amerika. TV 4K Hisense juga berjaya menembusi pasaran kedai yang menerajui di Amerika, Eropah, Australia, dan juga Afrika Selatan, antara lainnya.