-- Enjin Antivirus "Orion" Meningkatkan Kepantasan Pengimbasan sebanyak 300% --
BEIJING, 12 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Qihoo 360 Technology Co. Ltd., syarikat keselamatan Internet terbesar China, memperkenalkan rangkaian produk antarabangsa penuh mereka hari ini semasa Ekspo Asia Mudah Alih 2014, dengan enjin antivirus "Orion" 360 Security yang revolusioner mendapat perhatian utama di acara itu.
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140611/116869
Dipasangkan dengan 360 Security V1.9, "Orion" jelas menambah baik perlindungan keselamatan dengan beberapa ciri baharu: reka bentuk dasar "Sky Bridge", yang meningkatkan kepantasan pengimbasan sebanyak 300 peratus; Imbasan Aktif "Retina", yang menggunakan teknologi pengambilan gambar milisaat untuk meningkatkan prestasi pengimbasan; dan juga Sistem "Hawkeye", sistem keselamatan awan global, yang menyediakan keselamatan mudah alih global masa sebenar.
Dengan kadar pengesanan 360 Security yang mantap, sifar keputusan positif palsu dan penggunaan sumber rendah, ia telah diperingkatkan sebagai No.1 oleh AV-Test beberapa kali sejak ia dilancarkan pada bulan Jun 2013. Enjin "Orion" baharu ini akan memperkukuh kedudukan pendahulu 360 Security dalam keselamatan mudah alih.
360 Security juga membawakan konsep "keselamatan amnya" kepada reka bentuk produk. Berdasarkan pemahaman lebih baik tentang sistem Android dan algoritma heuristik, 360 Security menyediakan ciri anti-kecurian yang memaksimumkan peluang untuk mendapatkan semula peranti pengguna, termasuk kunci jarak jauh, pemposisian tetal dan tetapan penggera.
360 Security bertumpu pada usaha menyediakan perkhidmatan mudah, terbukti serta andal untuk para pengguna seluruh dunia. Ciri Check Up dengan satu ketik sahaja terdiri daripada empat fungsi teras: Pengimbasan Antivirus, Pembaikan Kerentanan, Pembersihan Sampah serta Pengoptimuman Memori, menyediakan pengalaman keseluruhan yang lebih mudah untuk para pengguna. Tambahan lagi, 360 Security menyediakan ciri lain yang berguna, termasuk penyekatan panggilan telefon dan pesanan spam, perlindungan privasi dan juga pemantauan penggunaan data.
Di Ekspo Asia Mudah Alih 2014, Qihoo 360 turut memperkenalkan buat kali pertama produk 360 Browser, 360 Mobile Assistant dan 360 Total Security serta 360 Smart Key.
Latar belakang Qihoo 360
Qihoo 360 Technology Co. Ltd. (NYSE: QIHU) ialah syarikat Internet yang menerajui di China. Syarikat itu juga merupakan penyedia nombor satu untuk produk Internet dan keselamatan mudah alih di China seperti yang diukur oleh pengguna tetapnya, menurut iResearch. Qihoo 360 juga menyediakan titik akses selamat kepada Internet untuk para pengguna melalui pelayar web peneraju pasaran mereka serta kedai aplikasi. Syarikat itu telah membina salah satu platform Internet terbuka terbesar di China dan mengewangkan jumlah pengguna tetapnya yang besar terutamanya melalui pengiklanan dalam talian dan melalui perkhidmatan nilai tambahan Internet pada platform terbukanya.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati www.360safe.com.
Facebook: www.facebook.com/360safecenter
Muat turun 360 Security di: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.qihoo.security&referrer=104676