omniture

Lanson Place Hospitality Management Limited Umumkan Kenaikan Pangkat Eksekutif Penting

Lanson Place Hospitality Management Limited
2014-06-12 12:31 111

HONG KONG, 12 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Lanson Place Hospitality Management Limited (Lanson Place) hari ini mengumumkan kenaikan pangkat dua eksekutif penting. Cik Jo Leung telah dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pegawai Operasi, manakala Encik John Wong pula dinaikkan pangkat sebagai Ketua Bahagian Operasi China. Tugas khas ini telah diberikan sebagai persediaan untuk pengembangan Lanson Place di Asia.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140610/8521403320-a 
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140610/8521403320-b

Encik Marc Hediger, Ketua Pegawai Eksekutif Lanson Place berkata, "Jo dan John merupakan dua pemimpin dinamik kami yang berkongsi wawasan, nilai dan juga minat serta akan memainkan peranan penting bagi membantu kami untuk terus memajukan Lanson Place sebagai jenama hospitaliti premium di Asia."

Jo telah menyertai Lanson Place sebagai Ketua Bahagian Kewangan pada tahun 2013 dan dalam kapasiti baharu beliau, beliau akan bertanggungjawab terhadap strategi, operasi, prestasi perniagaan, perekrutan bakat, latihan dan juga pembangunan Lanson Place.

John pula menyertai Lanson Place pada tahun 2008 dan sebelum ini merupakan Pengurus Besar Serantau di Beijing dan Shanghai. Bagi peranan baharu beliau, John akan bertanggungjawab terhadap kesemua aspek prapembukaan dan pengendalian hartanah di China dan akan turut membantu pasukan itu dalam pembangunan perniagaan di China.

Latar Belakang Lanson Place Hospitality Management Limited

Lanson Place, syarikat subsidiari milik penuh Wing Tai Properties Limited iaitu syarikat awam yang disenaraikan di Hong Kong (kod stok HKEx: 369), kini menguruskan sembilan hartanah (empat daripadanya mempunyai ekuiti milik Wing Tai)) di bawah jenama Lanson Place, terdiri daripada apartmen khidmat mewah dan hotel butik di Hong Kong, Beijing, Shanghai, Kuala Lumpur dan Singapura.

Hartanah Lanson Place biasanya terletak berdekatan dengan kawasan pusat perniagaan serta hampir dengan tempat membeli-belah dan hiburan. Lanson  Place bermatlamat untuk menawarkan perkhidmatan yang berprihatin khusus dengan kemudahan seperti di hotel mewah dan dan keselesaan serta privasi seperti di rumah sendiri.

Kumpulan ini akan terus mengembangkan jenama "Lanson Place" sebagai jenama seantero Asia dan akan terus meneroka peluang pelaburan dan pengurusan terutamanya di bandar laluan utama di rantau Asia Pasifik. Lanson Place Bukit Ceylon Serviced Residences di Kuala Lumpur telah dibuka pada Ogos 2013 sementara Aroma Garden Serviced Suites oleh Lanson Place di Shanghai dijadualkan pembukaannya pada akhir 2014.

Source: Lanson Place Hospitality Management Limited
Related Stocks:
HongKong:0369
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Personnel announcements