omniture

Toyota Boshoku ASIA telah menandatangani kontrak dengan Comarch untuk pelaksanaan e-invois di Thailand

Comarch
2023-09-11 10:00

BANGKOK, 10 September 2023 /PRNewswire/ -- Comarch akan membantu Toyota Boshoku Asia menyediakan penyelesaian e-invois dalam penyediaan, penghantaran dan penyimpanan dokumen digital, dengan tandatangan digital untuk invois cukai dan resit yang mematuhi syarat dan keperluan Jabatan Hasil Thailand.

 

 

"Kami gembira kerana Toyota Boshoku Asia telah memilih Comarch sebagai penyedia perkhidmatan e-invoisnya di Thailand, yang membolehkan kami mengembangkan perniagaan di Asia dan sektor di mana Comarch beroperasi. Kami amat percaya bahawa pengalaman antarabangsa kami dalam e-invois selama lebih 20 tahun yang digabungkan dengan tumpuan kuat kami terhadap kualiti pertukaran data, akan menjadikan kami sebagai rakan kongsi jangka panjang yang berjaya" – kata Jakub Frankiewicz, Pengarah Perunding Comarch

"Kami memilih Comarch sebagai penyedia perkhidmatan kerana kepakaran mereka yang meluas dalam penyelesaian pertukaran data dan kecekapan keseluruhan mereka dalam pematuhan e-invois berserta peluang untuk mencapai semua keperluan perniagaan kami secara fleksibel" – kata Pathaveeroje Chaemchaeng, Pengurus IT Toyota Boshoku Asia

"Kami gembira dan berbesar hati untuk mengukuhkan kerjasama kami dengan Toyota Boshoku Asia. Kerjasama ini akan membolehkan Comarch menggunakan kepakaran e-invois kami yang termaju dan mengembangkan lagi pangkalan pelanggan kami di rantau ASIA. Pelanggan seperti ini menyumbang kepada kekuatan kejayaan dan pertumbuhan kami" – kata Vince Cirillo, Pengurus Penyelesaian Perniagaan Comarch

Tentang Toyota Boshoku 

Kumpulan Toyota Boshoku, salah sebuah syarikat penyedia sistem dalaman dan pengeluar penapis premium di dunia, membangun dan mengeluarkan komponen dalaman dan komponen unit untuk industri automotif. Pejabat utama Toyota Boshoku Corporation terletak di Bandar Kariya, Jepun.

Anak syarikat milik penuhnya iaitu Toyota Boshoku Asia (TBAS) dan ahli gabungannya mempunyai lebih 11,000 orang ahli pasukan di kira-kira 20 buah lokasi di seluruh Thailand, India, Indonesia, Malaysia, Filipina, Taiwan, Vietnam, Australia, Laos dan Pakistan. Kumpulan TBAS ialah pengeluar utama sistem dalaman automotif, yang merangkumi tempat duduk, kemasan pintu, pelapik bumbung utama, substrat dan permaidani selain penapis udara dan minyak untuk pelbagai pelanggan.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang peralihan lancar kepada e-invois, sila mendaftar untuk menyertai webinar kami.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2205667/Comarch_Logo.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2205666/Toyota_Boshoku_Asia_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Comarch
Keywords: Auto Banking/Financial Service Computer/Electronics Transportation Contracts Financial Technology