omniture

Casio Bakal Lancar Jam Tangan G-SHOCK Logam-Penuh Berbilang Warna

CASIO COMPUTER CO., LTD
2023-09-12 09:00 105

Pemeringkatan Warna Diilhamkan oleh Setiap Pencarian Unik Individu yang Pelbagai untuk Mencapai Ketahanan

TOKYO, 12 September 2023 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. mengumumkan pada hari ini pelancaran penambahan terbaru kepada rangkaian jam tangan kalis hentakan G-SHOCK. Empat model baharu ini — GMW-B5000PC, GMW-B5000BPC, GM-B2100PC dan GM-B2100BPC — merupakan jam tangan logam-penuh dengan bahagian muka jam dihiasi dengan rona dan pemeringkatan warna yang pelbagai. Reka bentuk ini dihasilkan untuk mengekspresikan karakter yang diperlukan untuk setiap individu yang berlainan untuk terus mengusahakan bentuk kekuatan istimewa mereka sendiri.

From left: GM-B2100BPC, GMW-B5000BPC, GM-B2100PC, and GMW-B5000PC
From left: GM-B2100BPC, GMW-B5000BPC, GM-B2100PC, and GMW-B5000PC

GMW-B5000, dengan bentuk ikoniknya yang diwarisi daripada G-SHOCK yang pertama sekali dan GM-B2100, menampilkan reka bentuk yang ringkas dan bezel oktagon merupakan dua model logam penuh yang menjadi kegemaran di serata dunia.

Keempat-empat jam tangan kalis hentakan baharu ini kesemuanya menampilkan bentuk yang berasaskan kepada model-model GMW-B5000 dan GM-B2100 yang popular, tetapi kini berbilang warna dengan rona serta pemeringkatan warna yang pelbagai. Casio telah memantapkan kedudukan G-SHOCK sebagai jenama yang terkenal kerana mengekspresikan karakter individu dengan mencipta jam tangan yang bukan sahaja menampilkan rintangan hentakan, tetapi juga reka bentuk dan skema warna yang inovatif. Muka jam keempat-empat jam tangan baharu ini menampilkan skema dan pemeringkatan warna berbilang rona yang mendapat inspirasi daripada semua orang yang mana karakter individu yang pelbagai membimbing pencarian tekad mereka bagi mencapai kekuatan.

GMW-B5000PC dan GMW-B5000BPC: Pemeringkatan warna biru/hijau

Pemeringkatan warna biru/hijau dicapai dengan pemendapan wap kaca yang menghiasi perimeter muka jam digital. Indikasi ciri ini dan garis bingkai dalaman perimeter menggabungkan warna merah, kuning dan warna-warna menonjol yang lain bagi mencipta rupa ekspresif yang berwarna-warni.

GM-B2100PC dan GM-B2100BPC: Pemeringkatan warna pada jarum jam dan penanda indeks

Bahagian permukaan jam menampilkan ton asas hitam, dengan pemeringkatan warna menghiasi penanda jam dan jarum jam. GM-B2100PC menampilkan pemeringkatan warna ungu/biru manakala GM-B2100BPC dengan pemeringkatan warna jingga/merah rona hangat, kedua-duanya melengkapi komponen warna hitam dengan baik. Warna yang pelbagai juga diaplikasikan pada penanda indeks bagi mencapai skema warna cantik yang bersepadu.

From left: GMW-B5000PC, GMW-B5000BPC, GM-B2100PC, and GM-B2100BPC
From left: GMW-B5000PC, GMW-B5000BPC, GM-B2100PC, and GM-B2100BPC

 

Source: CASIO COMPUTER CO., LTD
Keywords: Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail New products/services