omniture

Mahkamah Daerah Milan Mengesahkan Kesahihan Paten Rifaximin-alfa Alfa Wassermann

Alfa Wassermann
2014-06-12 21:40 173

BOLOGNA, Itali, 12 Jun 2014 /PRNewswire/ --

Normix® ialah satu-satunya antibiotik gastrousus sah yang berasaskan Rifaximin-alfa. Tiada versi generik dibenarkan.

Apabila penghakiman dicatatkan pada 18 April lepas, mahkamah daerah Milan, Itali – mahkamah dengan bidang kuasa asal ke atas perkara ini – menolak permohonan pengeluar generik untuk mengisytiharkan paten Alfa Wassermann ke atas pelbagai bentuk Rifaximin sebagai tidak sah. Sebaliknya, mahkamah itu mempertahankan tuntutan Alfa Wassermann, yang menekankan pemilikan patennya untuk Rifaximin-alfa dan melarang sebarang penghasilan, pengiklanan dan pemasaran versi palsunya. Pengumuman ini dibuat oleh Alfa Wassermann, syarikat farmaseutikal multinasional Itali yang berpusat di Bologna yang membangunkan Rifaximin-alfa, yang dipasarkan di bawah nama dagangan Normix® di Itali, Xifaxan®, Flonorm®, Rifacol®, Spiraxin® serta nama dagangan lain di negara lain. Diluluskan di 34 negara termasuk di AS, Rifaximin-alfa ialah antibiotik terpilih usus yang dimakan dan digunakan sebagai rawatan untuk kebanyakan kes cirit-birit akibat bakteria, termasuklah cirit-birit perjalanan, serta gangguan gastrousus (GI) lain. Baru-baru ini, Rifaximin-alfa juga telah diluluskan untuk merawat Ensefalopati Hati (HE) di AS dan di Eropah.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140612/690926)

"Kami mengalu-alukan keputusan mahkamah yang telah mengesahkan keunikan Rifaximin-alfa, yang merupakan produk Penyelidikan & Pembangunan Alfa Wassermann yang paling berprestij dan salah satu ubat Itali yang paling laris terjual di AS," kata Andrea Golinelli, Ketua Pegawai Strategi Alfa Wassermann. "Keputusan mahkamah ini merupakan keputusan penting untuk perlindungan harta intelek (IP) dan juga pengiktirafan nilai pentingnya bagi penyelidikan & pembangunan serta inovasi farmaseutikal. Tanpa perlindungan IP, tiada inovasi atau kemajuan saintifik yang mungkin dapat dicapai untuk memperbaiki kesihatan orang ramai," simpul Golinelli.

Alfa Wassermann 

Alfa Wassermann ialah Kumpulan farmaseutikal Itali antarabangsa dengan tradisi selama enam puluh tahun dalam penyelidikan & pembangunan, penghasilan dan pengedaran ubat-ubatan yang sangat penting untuk kesihatan orang ramai. Ubat-ubatan keluarannya telah menjadikan Alfa Wassermann sebagai peneraju dalam beberapa bidang perubatan termasuk Gastroenterologi, perubatan Vaskular, Ortopedik, Reumatologi dan juga Ginekologi.

Kumpulan ini beribu pejabat di Bologna, Itali, yang turut merupakan lokasi kemudahan penyelidikan & pembangunannya yang sudah lama bertapak. Divisyen antarabangsa Kumpulan itu terletak di Milan. Kemudahan pengeluaran Kumpulan itu yang terletak di Alanno (Pescara, Itali) merupakan antara pusat yang paling berteknologi canggih di Eropah dan mengeluarkan 50 juta bungkusan barangan setiap tahun.

Alfa Wassermann beroperasi seluruh dunia melalui 12 syarikat subsidiari dalam pasaran dunia dalam jumlah yang sama. Kumpulan itu menggaji 1,400 orang dan turut memasarkan produk di lebih 60 negara. Pada tahun 2013 Alfa Wassermann mempunyai jumlah jualan disatukan sebanyak kira-kira €400 juta.

Produk Penyelidikan & Pembangunan Alfa Wassermann yang paling berjaya ialah Rifaximin-alfa, antibiotik yang dimakan untuk gangguan gastrousus yang merupakan peneraju pasaran di Itali, tetapi boleh juga didapati di kebanyakan negara dunia lain, termasuk di AS. Kelulusan Rifaximin-alfa oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) AS ialah pengiktirafan yang berprestij tinggi untuk ubat yang merupakan hasil usaha penyelidikan & pembangunan Itali.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut sila lawati http://www.alfawassermann.com

Maklumat perhubungan media:
Angela Del Giudice
+39-06-6788870
a.delgiudice@vrelations.it

SUMBER  Alfa Wassermann

Source: Alfa Wassermann
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Legal issues Patent Law