omniture

Milestone Disenaraikan sebagai Pemimpin Bahagian Pasaran

Milestone Systems
2014-06-12 23:00 99

Penyedia perisian pengurusan video platform terbuka terus memimpin pada peringkat global dengan ekosistem rakan kongsi yang mantap

COPENHAGEN, Denmark, 12 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Milestone Systems sekali lagi berada di kedudukan nombor satu sebagai penyedia perisian pengurusan video peringkat global daripada segi perolehan menurut analisis terkini daripada IHS Inc. (NYSE: IHS). Kajian daripada Perkhidmatan Kepintaran Pengawasan Video IHS Technology mendapati Milestone ialah pemimpin bahagian pasaran di seluruh dunia bagi perisian pengurusan video (VMS) platform terbuka selama lebih satu dekad. Perolehan Milestone Systems telah meningkat sehingga 30 peratus secara purata pada setiap tahun sejak tahun 2007.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130916/639134)

"Milestone Systems kekal dengan kedudukan bahagian pasaran global nombor satu bagi kategori VMS pada tahun 2013, merekodkan peningkatan* perolehan USD tahun-demi-tahun sebanyak 32 peratus," kata Jon Cropley, juruanalisis utama untuk pengawasan video di IHS Technology.

Ini menunjukkan kepentingan perisian yang semakin meningkat sebagai teras penambahan nilai bagi suatu penyelesaian – terutamanya apabila ia merupakan binaan platform terbuka yang membolehkan integrasi tanpa had dengan sistem dan peranti lain. Milestone telah merekodkan penggunaan pengawasan video rangkaian yang semakin meningkat lebih daripada sekadar untuk keselamatan: saling kendali dengan sistem perniagaan lain memberikan teknologi untuk menyokong penambahbaikan pengendalian dalam bidang seperti penghasilan, logistik, penggudangan, pemasaran dan juga perkhidmatan pelanggan, pendidikan serta penjagaan kesihatan pesakit.

"Milestone dengan bangganya menerima kedudukan bahagian pasaran tertinggi menurut IHS. Ini memperlihatkan kuasa platform terbuka dan ekosistem yang kami hasilkan dengan wawasan tersebut," kata Lars Thinggaard, Ketua Pegawai Eksekutif, Milestone Systems. "Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan dan rakan kongsi kami di seluruh dunia – para pengedar, pemasang, penyepadu penyelesaian serta perikatan pengilang – kerana turut serta dalam perkembangan penumpuan menarik ini daripada analog kepada IP dalam industri keselamatan. Kami membuktikan nilai kerjasama untuk inovasi yang lebih hebat, bagi menyediakan bukan sekadar keselamatan dengan teknologi pengawasan digital dan pilihan integrasi tanpa had. Secara keseluruhannya, kami berjaya mencapai lebih daripada apa yang dicapai sebarang syarikat yang melakukannya secara bersendirian."

Analisis IHS Technology terkini menjangkakan pasaran dunia untuk kelengkapan pengawasan video akan meningkat daripada USD 13.5 B pada tahun 2013 kepada USD 24 B pada tahun 2018.

Di samping kedudukan teratas IHS, baru-baru ini Milestone turut menerima sanjungan industri dan rakan kongsi (Govies, PSA Security, Arecont Vision, Axis Communications), dan telah disenaraikan dalam laporan global Security 50 tentang pemimpin pasaran keselamatan beberapa tahun lalu. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila lihat gambaran keseluruhan anugerah itu: http://www.milestonesys.com/Company/Milestone-Systems/Awards-and-special-achievements/.

* 28% tahun-demi-tahun dalam EUR

Pautan muat turun imej:  
http://download.milestonesys.com/PR/Company/IHS

Mengenai Milestone

Ditubuhkan pada 1998, Milestone Systems merupakan pemimpin industri di seluruh dunia dalam perisian pengurusan video IP platform terbuka, menurut IMS Research enam tahun berturut-turut. Produk-produk Milestone XProtect(R) telah dipasang dalam beribu-ribu pemasangan pelanggan, dijual melalui rakan-rakan kongsi diberi kuasa dan bertauliah di lebih 100 negara. Dengan sokongan untuk pilihan terluas dalam perkakas rangkaian dan integrasi dengan sistem-sistem lain, XProtect memberikan penyelesaian terbaik - dalam kalangannya untuk pertubuhan-pertubuhan 'bolehkan-video' – mengurus risiko, mengurang kos, mengoptimumkan proses, melindungi orang ramai dan aset. Untuk maklumat lanjut, sila lawat: http://www.milestonesys.com.

SUMBER  Milestone Systems

Source: Milestone Systems
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security