omniture

H&M Bekerjasama dengan Muzium Seni Amerika Whitney dan Artis Jeff Koons untuk Meraikan Pembukaan Kedai Unggul Fifth Avenue Baharu

H&M
2014-06-13 00:20 206

NEW YORK, 13 Jun 2014 /PRNewswire/ -- H&M, salah satu peruncit fesyen terbesar dunia, meneruskan perluasannya di New York dengan kedai unggulnya yang terbesar. Pada hari Khamis, 17 Julai pukul 12:00 tengah hari, jenama fesyen Sweden itu akan membuka kedainya yang berilhamkan muzium dengan membawakan kolaborasinya bersama artis Amerika ikonik Jeff Koons.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140610/116619
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140610/116622
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140610/116624
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20131009/NY95232LOGO

Bagi meraikan pembukaan kedai unggul baharunya di 5th Avenue, H&M ialah penaja runcit fesyen untuk pameran seni "Jeff Koons: A Retrospective" di Muzium Seni Amerika Whitney. Kedai yang berilhamkan muzium itu merupakan tapak yang sempurna untuk mempamerkan kolaborasi peruncit Sweden itu bersama artis yang pertama seumpamanya dengan salah seorang artis yang paling terkenal dan berpengaruh dalam zaman kita, Jeff Koons.

H&M yang terletak di 589 Fifth Avenue mempunyai keluasan 57,000 kaki persegi dan beberapa jendela muka bangunan yang menakjubkan. Atrium lima tingkat yang mengagumkan serta skrin LED 26' x 20' mencuri perhatian dan mencipta rasa ruang yang agung sebaik sahaja menjejakkan kaki di dalam kedai itu. Kemasan yang tidak lapuk dek zaman termasuk jubin marmar hijau dan putih, dinding cermin mewah, perapian kayu corak tulang ikan serta perkhidmatan membeli-belah dengan iringan penuh semuanya bergabung bagi mencipta pengalaman yang benar-benar tersendiri.

"Perkongsian dengan H&M ini sangat menguja untuk saya dan peluang untuk menunjukkan antara hasil kerja saya yang paling popular kepada generasi masyarakat baharu turut memberi inspirasi kepada saya. H&M menyediakan fesyen yang hebat musim demi musim dan memang bagus dapat melihat hasil seni saya dipamerkan di kedai baharu mereka," kata Jeff Koons.

"Kami berbangga dapat meraikan pengenalan kedai unggul terbesar kami di AS di Fifth Avenue, dengan pengumuman penajaan kami untuk Muzium Seni Amerika Whitney bersama Jeff Koons, yang telah mereka bentuk beg tangan kulit Balloon Dog edisi terhad kami. Kami sangat berbesar hati dapat mempamerkan wawasan artis yang prolifik dan terkemuka seluruh dunia ini serta sebagai paparan muka hadapan kedai H&M baharu di Fifth Avenue," kata Daniel Kulle, Presiden A.S. untuk H&M.

Inilah lokasi pertama seluruh dunia yang menawarkan hasil seni seorang artis kontemporari terkenal yang semasyhur ini, lalu membuatkan H&M destinasi agar seni dan fesyen dapat bertembung. Beg tangan kulit Balloon Dog juga akan dijual dalam pasaran terpilih di seluruh A.S., termasuk di Los Angeles, Chicago dan juga Dallas, serta secara dalam talian melalui hm.com bermula 17 Julai 2014. Bilangan terhad produk itu juga akan dijual di Whitney sewaktu pameran Retrospective itu.

Selain membeli-belah untuk produk kolaborasi Jeff Koons dengan H&M, para pelanggan juga boleh mendapatkan semua konsep H&M untuk seisi keluarga. Ini bakal menjadi kedai pertama di kawasan New York yang menawarkan bahagian hiasan rumah H&M Home selain koleksi untuk wanita, lelaki, gadis serta pemuda, dengan bahagian "kedai di dalam kedai" yang berasingan untuk aksesori dan pakaian dalam. Lokasi ini juga akan mempunyai koleksi kanak-kanak peruncit Sweden itu yang lengkap dengan pakaian berkualiti untuk kanak-kanak pelbagai peringkat umur, daripada bayi yang baru dilahirkan sehinggalah remaja berusia empat belas tahun.

Bagi meraikan hari pembukaan ini, H&M di 589 Fifth Avenue akan menawarkan sehelai kemeja-T H&M kepada 500 pembeli pertama yang beratur, dan juga Pas Akses kepada Fesyen, yang bernilai antara $10 hingga $500, selain tawaran hebat lain untuk seisi keluarga!

Kedai Unggul H&M di 5th Avenue ini terletak di 589 5th Avenue, New York, New York 10017. Kedai itu boleh dihubungi melalui talian (855) 466-7467. Waktu operasi kedai itu adalah Ahad hingga Khamis mulai 9:00 pagi sehingga 9:00 malam dan Jumaat hingga Sabtu mulai 9:00 pagi hingga 10:00 malam.

Pameran Jeff Koons: A Retrospective akan dibuka mulai 27 Jun sehingga 19 Oktober 2014 di Muzium Seni Amerika Whitney, yang terletak di 945 Madison Avenue di 75th Street di Manhattan.

Pameran ini akan menjelajah ke Centre Pompidou, Musee national d'art moderne (26 November 201427 April 2015) diikuti oleh pameran di Guggenheim Museum Bilbao (5 Jun 201527 September 2015).

Bagi mendapatkan maklumat lanjut sila lawati whitney.org.

H & M Hennes & Mauritz AB (publ) telah ditubuhkan di Sweden pada tahun 1947 dan disebut harga melalui NASDAQ OMX Stockholm. Konsep perniagaan syarikat itu adalah untuk menawarkan fesyen dan kualiti pada harga yang terbaik. Selain H&M, kumpulan itu turut terdiri daripada jenama lain, termasuklah & Other Stories, Cheap Monday, COS, Monki dan Weekday serta H&M Home. H&M Group mempunyai kira-kira 3,200 kedai dalam 54 pasaran termasuk pasaran francais. Pada tahun 2013, jualan termasuk cukai nilai tambahan adalah kira-kira SEK 150,090 juta manakala bilangan kakitangan pula adalah seramai lebih 116,000 orang. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, lawati hm.com.

Source: H&M
Related Links:
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Fashion Travel Corporate Expansion New products/services