omniture

Qihoo 360 Memperkenalkan Kemas Kini 360 Browser dengan Ciri Baharu

Qihoo 360 Technology Co. Ltd.
2014-06-13 01:08 112

BEIJING dan SHANGHAI, 13 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Di Ekspo Asia Mudah Alih 2014 pada hari ini, Qihoo 360 telah melancarkan kemas kini baharu untuk 360 Browser dengan dua ciri baharu, Pengimbas Muat Turun Fail dan Promosi Piala Dunia 2014. Menerusi kemas kini ini, 360 Browser berharap dapat menyediakan gabungan keselamatan Internet yang dipertingkat serta beberapa ciri gaya hidup untuk para pengguna.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140612/117287

Apabila Pengimbas Muat Turun Fail diaktifkan, para pengguna boleh mengimbas fail yang telah dimuat turun dengan enjin keselamatan 360 Browser ini. Pengimbas Muat Turun Fail menggunakan enjin antivirus berasaskan awan Qihoo 360 yang terkemuka dengan mengenal pasti terlebih dahulu fail yang berbahaya sebelum fail tersebut menimbulkan sebarang kerosakan yang tidak boleh diperbaiki kepada komputer milik pengguna.

Bagi meraikan Piala Dunia 2014 pada bulan ini di Brazil, 360 Browser akan melancarkan promosi bertemakan bola sepak. Menerusi kemas kini baharu ini, para pengguna kini boleh memilih tema berkaitan bola sepak bagi menunjukkan minat yang mendalam serta kegirangan mereka terhadap pertandingan bola sepak yang akan berlangsung itu. Di samping itu, bahagian "Piala Dunia Saya" 360 Browser pada halaman navigasi pula mengandungi semua berita bola sepak terkini dan turut menayangkan video untuk hiburan para pengguna.

360 Browser merupakan pelayar yang menerajui untuk para pengguna Internet di China, dengan 339 juta pengguna aktif setiap bulan dan 66.1 peratus kemasukan pengguna pada Mac 2014. Sejak memasuki pasaran antarabangsa awal tahun ini, 360 Browser telah menerima penilaian positif dan berjaya mencapai tahap kepuasan pelanggan yang tinggi. 360 Browser menggunakan teras Webkit dan IE (Internet Explorer) yang dapat menyediakan pengalaman semakan lewa yang pantas serta stabil untuk para pengguna. Dengan ciri lain seperti penapis iklan dan juga kemampuan anti-phishing, 360 Browser dapat menyediakan pengalaman semakan lewa yang selamat dan mudah.

Di Ekspo Asia Mudah Alih 2014, Qihoo 360 turut memperkenalkan penyelesaian 360 Security, 360 Mobile Assistant, 360 Total Security serta 360 Smart Key.

Latar Belakang Qihoo 360  

Qihoo 360 Technology Co. Ltd. (NYSE: QIHU) merupakan syarikat Internet yang menerajui di China. Syarikat ini juga merupakan penyedia nombor satu bagi produk keselamatan mudah alih dan Internet di China seperti yang dinilai oleh pengguna tetapnya, menurut iResearch. Qihoo 360 turut menyediakan titik capaian yang selamat ke Internet untuk para pengguna menerusi kedai aplikasi dan pelayar web miliknya yang menerajui pasaran. Syarikat ini juga telah membina salah satu platform Internet terbuka paling besar di China dan beroleh keuntungan daripada jumlah pengguna tetapnya yang besar menerusi pengiklanan secara dalam talian dan melalui perkhidmatan nilai tambahan Internet pada platform terbukanya.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.360safe.com

Facebook: www.facebook.com/360safecenter

Muat turun 360 Browser di: http://360safe.com/browser.html

Source: Qihoo 360 Technology Co. Ltd.
Related Stocks:
NYSE:QIHU
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet New products/services Trade show news