MONTREAL, 13 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Dengan penuh rasa sukacita dan yakinnya, René Angelil hari ini mengumumkan sahabat lama beliau, Aldo Giampaolo, telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Feeling Productions Inc., syarikat yang menguruskan kerjaya Celine Dion.
Melalui persetujuan bersama, Celine dan René telah memutuskan masanya telah tiba untuk melaksanakan pelantikan ini, yang telah diusulkan René kepada Aldo beberapa tahun yang lalu.
"Dengan mempertimbangkan persahabatan kami yang sudah dijalin sejak sekian lama, rasa saling hormat kami, dan kolaborasi lalu kami, inilah langkah yang wajar bagi kami semua," kata René Angelil.
"Saya rasa sangat tersentuh dan berbesar hati kerana ditawarkan cabaran baharu ini, dan saya menganggapnya sebagai kesinambungan untuk hubungan kerja rapat yang telah dijalin antara saya dan René sejak 25 tahun yang lepas," kata Aldo Giampaolo.
Bermula pada bulan Ogos, Aldo Giampaolo akan menetap secara kekal di Las Vegas bersama keluarga beliau.
Dua rakan kongsi itu juga ingin menegaskan hubungan kerja perniagaan mereka dengan Quebecor masih kekal mesra seperti biasa, dan ingin mengucapkan seikhlas-ikhlas terima kasih atas kolaborasi mereka.
René Angelil akan menjawat jawatan Pengerusi manakala Aldo Giampaolo pula akan bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengurus Bersekutu Celine. Gilles Lapointe akan meneruskan peranan beliau sebagai Naib Presiden Eksekutif, Kewangan & Pentadbiran untuk Feeling Group, manakala Dave Platel pula akan meneruskan peranan beliau sebagai Pengurus Bersekutu untuk Celine.
BIO - ALDO GIAMPAOLO
Pengalaman dunia hiburan Aldo Giampaolo selama lebih 25 tahun di Quebec memang sangat berharga, sama seperti pengetahuan beliau yang mendalam tentang industri ini serta rangkaian luas beliau yang terdiri daripada hubungan bersama penganjur dan artis tempatan, kebangsaan serta antarabangsa.
Selepas menajamkan kemahiran beliau selama lapan tahun bermula pada tahun 1978, sebagai Pengarah Auditorium dan Arena di Bandar Verdun (berdekatan Montreal), En. Giampaolo telah menjadi Naib Presiden Pengendalian di Forum Montreal pada tahun 1986. Mulai 1994 hingga 1996, beliau juga merupakan Pengarah Eksekutif Projek di "Forum Montreal baharu" (dahulunya dikenali sebagai Pusat Molson dan sejak tahun 2002, Pusat Bell): Selama menjawat jawatan ini, En. Giampaolo telah menerima pujian daripada masyarakat kerana penggunaan pintar empat konfigurasi utama kemudahan itu, dengan pelan pembinaannya telah dibangunkan dan dilaksanakan oleh beliau. Dengan kapasiti antara 2,000 hingga 22,000 tempat duduk, arena yang besar ini masih diiktiraf sebagai salah satu tapak yang paling serba guna di Amerika Utara.
Sebagai Naib Presiden Eksekutif dan Pengurus Besar Pusat Bell mulai 1996 hingga 2001, En. Giampaolo terus mengoptimumkan pengendalian tapak itu dan turut memperluas aktiviti hiburan. Mulai tahun 2001 hingga 2004, beliau telah dilantik sebagai Presiden Gillett Entertainment Group (hari ini dikenali sebagai evenko) – yang menguruskan aktiviti industri hiburan di tempat yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Molson – mewakili lebih 400 acara setiap tahun, di serata Quebec, Timur Kanada dan juga Timur Laut A.S., pada tahun 2003 dan 2004 serta menjadi penerbit bersama untuk Star Académie (American Idol versi Quebec) serta pertunjukan muzikal berbahasa Perancis yang sangat berjaya Don Juan.
Menyertai Cirque du Soleil pada tahun 2005, sebagai Pengurus Besar, Divisyen Usaha Niaga Baharu, En. Giampaolo telah menerbitkan acara langsung baharu dan turut membangunkan bakat kreatif, serta menguruskan perkongsian bersama Live Nation untuk DELIRIUM Cirque, yang menjelajahi arena utama di serata Amerika Utara dan Eropah antara tahun 2006 hingga 2008. Sebagai Penerbit Eksekutif dari tahun 2006 ke 2011, En. Giampaolo bertanggungjawab untuk pembangunan penerbitan baharu, termasuk Wintuk, Banana Shpeel (kerjasama dengan MSGE) dan juga Zarkana – daripada konsep hinggalah penerbitan – hinggalah raptai penuh – dan akhirnya, sehingga pengendalian pertunjukan jelajahnya. Pada tahun 2007, dengan persaraan Saltimbanco yang pasti selepas 15 tahun penglibatan bersama kumpulan sarkas Big Top, En. Giampaolo merangka dan turut melancarkan Divisyen Jelajah Arena, bagi menerbitkan serta mempersembahkan adaptasi arena untuk kisah klasik ini – melanjutkan kitar hayat jelajah untuk penerbitan ini dan penerbitan CdS Big Top lain selama sehingga 5 tahun. En. Giampaolo telah dilantik sebagai Naib Presiden – Jualan dan Pemasaran, Pertunjukan Jelajah pada tahun 2011 dan diberi mandat untuk menyusun semula, membangunkan strategi baharu untuknya dan menguruskan jualan, pemasaran serta hubungan am (tiket, makanan & minuman dan juga pembarangan) untuk semua penerbitan sarkas dan arena Cirque du Soleil, yang menjelajah pada peringkat global.
Pada bulan Julai 2013, En. Giampaolo telah dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Quebecor Media Inc., Sports & Entertainment Group, yang baru dilancarkan, dan terdiri daripada:
Hubungan rapat Celine Dion dan René Angelil bersama Aldo Giampaolo berputik hampir 25 tahun dahulu. Pada tahun 1993 René telah meletakkan kepercayaannya terhadap Aldo dan konsep inovatif serta bercita-cita tinggi yang beliau usulkan. Hanya beberapa bulan kemudian, Céline telah merasmikan 'Panggung' Forum Montreal baharu itu (konfigurasi yang, lama-kelamaan, dipinjam oleh kebanyakan arena utama).
René terus menunjukkan tahap keyakinan yang sama bertahun-tahun selepas itu dengan memberikan Aldo tugas mempromosikan semua konsert Celine di Quebec.
Hubungan ini hasil wajar dan semula jadi daripada keterlibatan yang rapat, persahabatan serta rasa saling menghormati.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut:
le bureau de Francine Chaloult
francine@francinechaloult.com
+1-514-487-6547