Yang pertama daripada tujuh dekanter, setiap satu jenis dekanter akan dilelong oleh Sotheby dari 11-22 September
ROTHES, Scotland, 12 September 2023 /PRNewswire/ -- Wiski Malt Scotch Tunggal Glen Grant, terletak di tengah-tengah Speyside, dengan sukacitanya mengumumkan keluaran tertua dari kilang penyulingan dalam tempoh 180 tahun kewujudannya. Glen Grant Devotion ialah wiski malt tunggal berusia 70 tahun yang indah, dipersembahkan dalam bentuk karya arca buatan tangan yang dibuat selama bertahun-tahun. Diilhamkan oleh pemerintahanYang Mulia Ratu Elizabeth II yang hebat, keluaran ini merupakan penghormatan selama tujuh puluh tahun perkhidmatan yang gigih dan pengabdian sepanjang hayat terhadap alam semula jadi. Komitmen ini, yang dikongsi oleh nenek moyang James 'The Major' Grant dan Penyuling Induk Dennis Malcolm OBE, terletak pada teras utama The Glen Grant. Yang pertama daripada tujuh dekanter ini akan dilelong secara eksklusif oleh Sotheby dalam sebuah acara pembukaan jualan dalam talian minggu ini.
Diperolehi daripada pangkal pokok oak Perancis tunggal yang diperisakan dengan oloroso sherry yang diisi pada tahun 1953 di kilang penyulingan Glen Grant, Devotion telah dipilih dengan tangan untuk ciri sepanjang hayatnya yang dicapai melalui kematangan terindah. Warna perang gelap yang menarik digabungkan dengan aroma bunga-bungaan harum gula barli serta buah pic masak, memberi secebis rasa manis madu. Lelangit disentuh oleh rasa buah-buahan kering yang kaya, kismis, sultana, rempah kering dengan sedikit rasa oak. Mempamerkan kecemerlangan dan potensi tempoh kematangan wiski Glen Grantyang tiada tandingan, wiski ini memberi rasa kekuatan yang tinggi pada tahap 55.5% ke atas.
Glen Grant Devotion berusia 70 tahun ini telah dihidupkan melalui gabungan bakat Penyuling Induk Dennis Malcolm OBE dan pasukan penyulingan, ketukangan John Galvin yang memenangi anugerah dan pakar kaca panas Brodie Nairn daripada GLASSTORM Dengan hanya tujuh dekanter indah buatan tangan yang dicipta, dan setiap satunya hanya satu jenis, Glen Grant's Devotion adalah keluaran yang jarang dan luar biasa.
Ketujuh-tujuh dekanter unik ini dipersembahkan sebagai sebuah objek seni berbentuk permata yang memukau, dengan tujuh sisi dekanter yang meraikan setiap dekad kematangan yang indah serta pemerintahan Yang Mulia Ratu Elizabeth II. Setiap satu dekanter mempunyai kapsul perak, dihiasi dengan ukiran bunga tersendiri sempena meraikan kehidupan ratu yang penuh inspirasi. Dekanter seperti permata ini diseimbangkan dengan sempurna dalam sebuah arca kayu yang menarik yang dibuat dengan tangan daripada pokok elm tumbang yang ditemui di dalam kawasan penyulingan dan menampilkan reka bentuk halus gabungan rupa dan bentuknya yang diilhamkan oleh alam semula jadi. Ukiran pada diameter perak arca ini memberi penghormatan kepada bunga kegemaran Yang Mulia, Lily of the Valley, dan menampilkan Thistle of Scotland yang gah.
Untuk menyokong pemuliharaan hutan asli Scotland, dekanter Nombor Satu akan dilelong oleh Sotheby dalam jualan dalam talian yang berlangsung dari 11- 22 September 2023 dengan 100% daripada hasilnya akan didermakan kepada Persatuan Perhutanan Diraja Scotland di mana Yang Mulia Ratu Elizabeth II berperanan sebagai Patron. Ikrar ini akan meneruskan usahaRoyal Scottish Forestry Society dan warisan The Major dengan penciptaan 27 ekar Taman Splendours kesayangannya, serta tapak penanaman baharu di Speyside. Dekanter eksklusif Nombor Satu ini unik sebagai karya jualan lelong kerana ia menampilkan The Queen Elizabeth Rose, dinamakan untuk Baginda, dan merupakan satu-satunya dekanter daripada tujuh dekanter yang diukir daripada emas dan disertai dengan sepasang kaca buatan tangan yang ditempah khas bagi mencerminkan tujuh sisi botol tersebut.
Mengulas mengenai keluaran ini, Pakar Penyuling Dennis Malcolm, berkata, "Dengan semangat sebenar The Glen Grant, kami menghimpunkan warisan kisah kami yang memberi isnpirasi dengan pengabdian peribadi Yang Mulia Ratu Elizabeth II, untuk merealisasikan karya agung yang indah ini. Pengabdian ialah menunjukkan kesetiaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada sesuatu yang amat anda sayangi, yang menjadi teras falsafah pembuatan wiski kami, serta memberi ilham kepada rakan usaha sama kami yang kreatif. Ini adalah watak dan warisan seumur hidup yang dirakam dalam ciptaan yang mengagumkan, yang belum pernah kita lihat."
Jonny Fowle, Ketua Minuman Keras Global di Sotheby's berkata: "Wiski ini merangkumi banyak perkara penting dalam pengumpulan wiski: kualiti, keunikan, usia dan yang paling penting ialah sebagai wiski tertua yang pernah dikeluarkan terus daripada Kilang Penyulingan The Glen Grant Distillery sendiri. Wiski ini memaparkan warna gelap yang sangat pekat selepas pematangan oak selama tujuh dekad, yang begitu kontras dengan struktur kayu ringan John Galvin yang mewah, menjadikannya karya utama yang sempurna untuk koleksi wiski paling mengagumkan di dunia."
Selepas lelongan botol Nombor Satu, baki enam botol lagi akan tersedia untuk dijual di pasaran global terpilih di Amerika Syarikat dan Asia dengan harga yang akan disediakan atas permintaan, bermula pada Oktober 2023.
Nota Rasa |
|
Warna |
Warna coklat gelap buah berangan dengan rona keemasan yang terang |
Aroma |
Bunga-bungaan, gula barli pekat, dan buah pic ranum yang memberi secebis rasa manis madu. |
Rasa |
Buah-buahan kering, kismis, sultana, rempah kering, sedikit oak. |
Kemasan |
Berlarutan, kaya dan kompleks, buah-buahan lembut, rempah ratus, sedikit rasa asap. |
ABV: |
55.5 % |
Untuk maklumat lanjut
Ikuti kami di Instagram @theglengrant
TENTANG GLEN GRANT
James dan John Grant bersaudara membina The Glen Grant pada tahun 1840, kilang penyulingan pertama di bandar Rothes di Speyside. Mereka meninggalkan warisan kepintaran dengan mereka cipta landasan kereta api utara yang pertama dan memperkenalkan cahaya elektrik kepada kedua-dua kilang penyulingan dan seluruh bandar. Pada tahun 1872, waris James 'The Major' Grant, seorang inovator berkarisma dan pengembara yang sukakan cabar, mewarisi perniagaan ini. Melalui perjalanan beraninya ke destinasi di seluruh dunia, beliau menampilkan penemuan yang memberi inspirasi yang membawa kepada penciptaan 27 ekar Taman Splendours yang disayanginya, satu-satunya taman penyulingan seumpamanya di Scotland. Diilhamkan oleh tamannya yang indah, beliau mengimpikan wiski malt tunggal yang tersendiri, dalam botol arak yang tinggi dan langsing lalu digabungkan dengan penulen air sejuk yang unik untuk mencipta profil rasa hebat yang mentakrifkan The Glen Grant Single Malt Scotch Whisky sehingga ke hari ini.
Kini, penyuling induk ikonik Dennis Malcolm OBE, penyuling tunggal paling lama yang berkhidmat di Scotland, menghormati semangat bersemarak The Glen Grant. Kerja-kerja beliau bersama-sama dengan pasukan di Glen Grant, menggabungkan tradisi dan inovasi untuk mengekalkan watak wiski yang unik, yang dihasilkan sepenuhnya daripada barli ke dalam botol, di kilang penyulingan, memastikan kualiti akhir yang terbaik
PERIHAL SOTHEBY
Ditubuhkan pada tahun 1744, Sotheby adalah destinasi utama dunia untuk seni dan kemewahan. Sotheby menggalakkan akses dan pemilikan seni yang luar biasa dan objek mewah melalui saluran lelongan dan beli sekarang termasuk jualan persendirian, e-dagang dan runcit. Pasaran global kami yang dipercayai disokong oleh platform teknologi yang menerajui industri dengan rangkaian pakar yang merangkumi 40 buah negara dan 70 kategori yang termasuk Seni Kontemporari, Seni Moden dan Impresionis, Sarjana Lama, Karya Seni Cina, Perhiasan, Jam Tangan, Wain dan Minuman Keras serta Reka Bentuk, termasuk koleksi kereta dan hartanah. Sotheby percaya pada kuasa transformatif seni dan budaya dan komited untuk menjadikan industri kami lebih inklusif, mampan dan kolaboratif.
Jualan tahunan lelongan wain dan minuman keras tahunan Wain Sotheby di seluruh dunia mencapai jumlah rekod $158 juta pada tahun 2022, peningkatan sebanyak 20% daripada tahun 2021. Sotheby pada masa ini memegang rekod dunia untuk mana-mana koleksi wiski yang pernah dijual di lelongan, mana-mana koleksi wain peribadi yang pernah dijual di lelongan, botol wain paling berharga yang pernah dijual di lelongan dan botol minuman keras paling berharga yang pernah dijual di lelongan, selain jumlah tertinggi lelongan wain amal yang pernah diperoleh.
Selain lelongan, Wain Sotheby melancarkan perniagaan runcit pada tahun 2010. Dengan kedai runcit yang terletak di ibu pejabat Sotheby di New York dan laman e-dagang di www.sothebyswine.com, Wain Sotheby menawarkan pilihan wain yang dipilih susun dengan teliti daripada pengeluar dan wilayah penting yang paling berprestij di dunia. Dipasang dengan mahir oleh tenaga pakar kami yang berpengalaman, pemilihan ini terhasil daripada hubungan yang berkekalan dengan pembuat wain dari seluruh dunia, dengan botol yang sedia untuk diminum segera, selain wain bernilai pelaburan daripada kebun anggur yang sangat dikagumi. Lokasi runcit kedua dibuka di galeriSotheby Hong Kong pada tahun 2014.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2207380/The_Glen_Grant.jpg?p=medium600