omniture

Telefonica Pantau Perayauan Pelanggan untuk Piala Dunia FIFA menerusi Mobileum

Mobileum Inc.
2014-06-13 16:46 96

RIO DE JANIERO, 13 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Mobileum (dahulunya dikenali sebagai Roamware), syarikat Analisis Data Besar Telco yang menerajui bidangnya, telah mengumumkan Penyelesaian Global Telefonica telah menggunakan penyelesaian Pengurusan Pengalaman Pelanggan (CEM) RoamFix yang inovatif untuk memantau pengalaman pelanggan semasa berlangsungnya Piala Dunia FIFA 2014. Lebih 600,000 pelancong luar negara dijangka akan melawat Brazil ketika perlawanan itu berlangsung. Mobileum RoamFix merupakan penyelesaian CEM yang dapat membantu para pengendali untuk menguji dan turut memantau QoE (Kualiti Pengalaman) pelanggan dalam persekitaran masa sebenar sesama pengendali.

Sebelum itu, bahagian Penyelesaian Global oleh Telefonica telah mengumumkan ia akan memantau khidmat perayauan bagi memastikan capaian dapat berlaku ketika perlawanan tersebut berlangsung. Telefonica telah mewujudkan pusat pengurusan global bagi pengendalian dan juga perkhidmatan. Menerusi platform tersebut, Telefonica akan memusatkan pelaksanaan ujian ketika fasa pembukaan perjanjian perayauan oleh sebarang pengendali dengan Telefonica. Telefonica akan merangsang sumber dan alatan komunikasi bagi memudahkan perayauan untuk para pelanggan. Ia akan menggunakan robot yang telah dipasang di lokasi strategik di bandar hos serta teknologi yang berdasarkan telefon mudah alih pengguna bagi mewujudkan pengukuran 3G dan LTE di stadium, pusat media, hotel, kedutaan serta lapangan terbang.

"Bola sepak ialah sukan global sebenar manakala negara yang menjadi hos piala dunia pula menjadi negara paling dikunjungi ketika perlawanan tersebut berlangsung. Kami gembira kerana Telefonica telah memilih penyelesaian CEM kami untuk piala dunia FIFA. Pihak pengendali menggunakan penyelesaian RoamFix Mobileum untuk memantau QoE menerusi robot dan aplikasi serta membantu penyelesaian masalah secara proaktif. Kami berharap dapat mencipta pengalaman hebat untuk setiap pelanggan dalam rangkaian Telefonica ketika perlawanan Piala Dunia tersebut berlangsung," kata Ori Sasson, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif, Mobileum Inc.

Latar Belakang Mobileum  

Penyelesaian Analisis Data Besar Telco oleh Mobileum menjanjikan Just Wisdom® untuk para pengendali mudah alih, daripada aset terbesar yang belum dimanfaatkan sepenuhnya – Data. Penyelesaian Analisis Pengembara, Pengurusan Pengalaman Pelanggan dan juga Pengewangan Data oleh Mobileum menganalisis data dalam jumlah petabait setiap hari bagi mencipta Wisdom yang menjana hasil dan meningkatkan pengalaman untuk lebih 615 pengendali di 168 negara. Janji Just Wisdom® Mobileum dikuasakan oleh warisan jenama beraneka, kepimpinan dan inovasi terbukti Roamware. Mobileum turut menggabungkan pengalaman dan penilaian tiada tandingan bagi mendapatkan nilai daripada pengendali mudah alih yang belum pernah dicapai sebelum ini. http://www.mobileum.com

Maklumat Perhubungan Media:  
Srinivas B Vijayaraghavan, Pengarah Kanan Pemasaran
Tel / E-mel: +919739970225 / srinivas.v@mobileum.com

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140224/671325

Source: Mobileum Inc.
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Economic news, trends, analysis Licensing/marketing agreements