omniture

BOMBAY SAPPHIRE MEMAHKOTAI PENGADUN MINUMAN PALING IMAGINATIF DI DUNIA 2014

Bombay Sapphire
2014-06-14 05:44 331

Remy Savage dari Perancis menjadi Pengadun Minuman Paling Imaginatif di Dunia Bombay Sapphire dengan koktel baharu Paper Anniversary

LONDON, 14 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Remy Savage dari Perancis ialah pemenang pertandingan Pengadun Minuman Paling Imaginatif di Dunia BOMBAY SAPPHIRE®. Savage telah membawa pulang penghormatan ini berikutan prestasi yang mengagumkan semasa pertandingan akhir global di London, yang menyaksikan beliau bertanding melawan 14 pengadun minuman yang paling kreatif dari seluruh dunia. Kini dalam tahun ketiganya, Bombay Sapphire, gin premium nombor satu dunia berdasarkan nilai1 dan gin premium paling berkembang pesat di dunia, telah mencabar para peserta untuk mencipta koktel yang berilhamkan lokasi terpilih pertandingan itu. Tahun ini, England telah terpilih sebagai negara penganjur untuk pertandingan itu, lalu menjemput para pengadun minuman ke tempat asal kilang penyulingan Bombay Sapphire, Laverstoke Mill di Hampshire. Berikutan lawatan pratonton ke kilang penyulingan itu di Hampshire, kumpulan itu kemudiannya menuju ke London, yang mempunyai antara bar terbaik di dunia dan hubungan yang berakar umbi dalam sejarah gin itu sendiri.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140613/691167-a)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140613/691167-b)

Koktel beliau yang dinamakan sebagai 'Paper Anniversary', merupakan ilham yang tercetus daripada lawatan pratonton beliau ke Laverstoke Mill, kilang penyulingan gin jenama itu yang bakal dibuka tidak lama lagi, di kawasan desa British yang indah itu. Resipi tersendiri itu terdiri daripada sirap kertas buatan sendiri, yang menyediakan bauan kertas yang halus, membayangkan sejarah Laverstoke Mill yang terkemuka dan menarik yang telah dikongsi ketika beliau berada di kilang penyulingan itu minggu ini.

Pengalaman enam hari yang benar-benar mengasyikkan itu telah diadakan di dua lokasi bagi menunjukkan perbezaan tampak antara kawasan desa Hampshire yang tenang dan aman di barat daya England serta suasana meriah dan pesat di London, yang menempatkan antara bar yang terbaik di dunia dan juga hubungan yang berakar umbi dalam sejarah gin itu sendiri.

Pemenang Remy Savage dari Paris, Perancis telah dipilih daripada 14 peserta akhir dari Eropah, Amerika Utara, Afrika Selatan, Jepun serta Mexico, masing-masing telah mendapat tempat dalam pertandingan akhir global ini dengan menewaskan sejumlah lebih 3,500 pengadun minuman seluruh dunia yang bertanding sesama sendiri. Setiap pengadun minuman telah mencipta koktel menggunakan gin Bombay Sapphire yang kemudiannya diadili oleh panel pakar industri, termasuk Jacob Briars, Ketua Sokongan dan Latihan Global di Bacardi; Ryan Chetiyawardana (juga dikenali sebagai Mr Lyan) Pengasas White Lyan; Alex Kratena, Ketua Pengadun Minuman di Artesian Bar, The Langham; dan juga Hamish Smith, Editor untuk The World's 50 Best Bars dan Drinksint.com.

Raj Nagra Duta Jenama Global Bombay Sapphire, yang mengacarakan pertandingan itu berkata, "Matlamat kami untuk pertandingan ini adalah untuk mengilhamkan kreativiti melalui seni pengadunan minuman; bukan sahaja dalam kalangan pengadun minuman, tetapi juga semua orang yang suka menghasilkan koktel di seluruh dunia. Kami telah menerokai tempat yang paling menakjubkan di England, mempelajari sendiri bagaimana gin eksotik kami dihasilkan, sementara menemui 'London tersembunyi' yang memukau kami dengan kerancakan kosmopolitannya dan landskap yang kian berubah-ubah. Kemuncak pengalaman sekali seumur hidup ini berakhir apabila kami memahkotai Remy Savage sebagai pemenang Pengadun Minuman Paling Imaginatif di Dunia 2014 Bombay Sapphire."

Sebagai pemenang, beliau akan mendapat tempat dalam Dewan Kemasyhuran Koktel dalam Kilang Penyulingan Bombay Sapphire di Laverstoke Mill di Hampshire, England. Tambahan lagi, pembiayaan hadiah bernilai £10,000 telah dianugerahkan, termasuk pin batu permata nilam bernilai tinggi yang cantik – nama Bombay Sapphire adalah bersempena nama batu permata berharga ini – dan juga peluang yang hebat untuk menghadiri mana-mana pameran perdagangan yang menerajui dunia di samping Raj Nagra daripada Bombay Sapphire. Remy Savage juga akan diutamakan dalam perkongsian yang menakjubkan dengan Virgin Atlantic, sambil mereka bekerjasama untuk mencipta koktel pengenalan baharu yang akan disertakan sebagai sebahagian daripada menu Rumah Kelab2 syarikat penerbangan itu pada peringkat global bagi perjalanan dari Lapangan Terbang Heathrow sehingga Lapangan Terbang JFK.

Remy Savage telah memberi komen tentang kemenangan dalam pertandingan itu, "Ini merupakan kejutan yang tidak disangka, dan saya berasa gembira kerana dipilih sebagai Pengadun Minuman Paling Imaginatif di Dunia 2014 Bombay Sapphire. Saya hanya memasuki pertandingan yang menarik minat saya, dan ini benar-benar merupakan pengalaman yang menguja buat diri saya. Saya telah mendapat ilham daripada nota komanwel yang telah dihasilkan di Laverstoke Mill beberapa tahun yang lalu – Saya ingin mereplikakan rasa kertas dan menyambut sejarah gin dan saya percaya koktel saya ialah sambutan perkara ini yang enak rasanya."

Sarah Lyons, Eksekutif Pemasaran Global Bombay Sapphire berkata, "Dalam masa hanya tiga tahun sahaja, kami telah mewujudkan platform bagi meraikan cara inovatif untuk pembuatan koktel dalam industri ini. Sepanjang acara ini, setiap peserta akhir telah menyaksikan seni hasil tangan halus yang dipertunjukkan oleh gin Bombay Sapphire, mengembara sehingga ke hujung dunia untuk mencari sumber setiap satu daripada 10 tumbuhan eksotik kami serta proses penyulingan penyeduhan wasap kami yang tersendiri."

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Pengadun Minuman Paling Imaginatif di Dunia Bombay Sapphire lawati www.bombaysapphire.com/imaginativebartender. Anda juga boleh mengikuti kembara ini melalui Twitter di @BombaySapphire atau sertai perbualannya menggunakan #MostImaginativeBartender.

NOTA KEPADA EDITOR:

Bagi mendapatkan maklumat akhbar lanjut, fotografi dan juga permintaan temu ramah sila hubungi:

Tarita Mullings, H+K Strategies / tarita.mullings@hkstrategies.com / +44(0)207-413-3734

Paper Anniversary

Ramuan

  • 45ml – Bombay Sapphire
  • 15ml – Sirap kertas buatan sendiri
  • 1 campuran – Larutan garam

Kaedah: Hanya Kacau dan hidang

1 Data disumberkan oleh IWSR (Penyelidikan Wain dan Minuman Keras Antarabangsa*), selama 12 bulan sehingga penghujung Disember 2012.

2 Koktel ini boleh didapati di Rumah Kelab Virgin Atlantic di Heathrow, Gatwick, Hong Kong, San Francisco, Washington, JFK, Newark serta Johannesburg selama 12 bulan.

Latar belakang BOMBAY SAPPHIRE® 

Bombay Sapphire ialah jenama gin premium utama yang paling pesat berkembang dan gin premium nombor satu dunia berdasarkan nilai. Berdasarkan resipi rahsia tahun 1761, gin Bombay Sapphire dicipta dengan keseimbangan sempurna kombinasi tersendiri 10 tumbuhan eksotik yang dipilih dengan teliti dari seluruh dunia. Perasa semula jadi semua tumbuhan itu dirangkum melalui proses penyulingan teliti yang dikenali sebagai Penyeduhan Wasap yang menghasilkan rasa yang memikat hati, enak dan juga kompleks, itulah Bombay Sapphire.

Jenama BOMBAY SAPPHIRE adalah sebahagian daripada portfolio Bacardi Limited, beribu pejabat di Hamilton, Bermuda. Bacardi Limited merujuk kepada kumpulan syarikat Bacardi, termasuk Bacardi International Limited.

Nikmati Bombay Sapphire secara berhemah.

BOMBAY SAPPHIRE IALAH TANDA DAGANGAN.

http://www.bombaysapphire.com

http://www.facebook.com/BombaySapphire

https://twitter.com/BombaySapphire

Latar belakang Virgin Atlantic

Virgin Atlantic ialah salah satu syarikat penerbangan yang menerajui di dunia dan terbang ke 36 destinasi seluruh dunia termasuk di beberapa lokasi di serata Amerika Utara, Kepulauan Caribbean, Afrika, Timur Jauh dan juga Australia. Beberapa penambahan terkini ke dalam rangkaian penerbangan mereka termasuklah Cancun, Vancouver serta Mumbai. Virgin Atlantic menikmati populariti yang meluas, memenangi perniagaan yang menguntungkan, anugerah pengguna dan perdagangan dari seluruh dunia dan baru-baru ini menduduki tempat kelapan dalam Liga Jenama Terhebat UK. Syarikat penerbangan itu telah menjadi perintis pelbagai inovasi yang menetapkan standard perkhidmatan baharu, yang kemudiannya cuba diikuti oleh para pesaing mereka. Walaupun perniagaan Virgin Atlantic telah bertumbuh pesat, perkhidmatannya masih kekal berpaksikan pengguna dengan penekanan diberikan pada nilai untuk wang, kualiti, keseronokan serta inovasi. Buat masa kini Virgin Atlantic mempunyai 41 kapal terbang dalam kumpulan pesawat mereka yang termasuklah pesawat 747-400, A340-300, A340-600 dan juga A330-300.

Source: Bombay Sapphire
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Food/Beverages Awards