![]() |
Mengumpul hampir $5 bilion sejak 1.5 tahun lalu untuk memacu pengembangan globalnya, pembiayaan terkininya akan menyokong pertumbuhan kampus pusat data berskala hiper 120MW di Jakarta
Syarikat ini meraikan pencapaian pembiayaannya dengan pelancaran pengembangan pusat datanya di Jakarta dalam majlis pemotongan reben bersama Menteri Luhut Binsar Pandjaitan dan pemimpin masyarakat setempat
HERNDON, Virginia, 13 Sept. 2023 /PRNewswire/ -- EdgeConneX®, perintis dalam Penyelesaian Pusat Data Hiperlokal hinggaHiperskala global, mengumumkan kejayaan melaksanakan perjanjian penting bernilai $403.8 dalam Kemudahan Kanan Berkaitan Kelestarian, yang mempercepat rancangan pengembangan syarikat dan inisiatif hijau untuk jejak pusat datanya di Jakarta, Indonesia. Urus niaga sulung ini membuka laluan untuk meningkatkan keupayaan kelestarian, termasuk kecekapan kuasa, sumber tenaga boleh diperbaharui dan langkah keselamatan yang dipertingkatkan untuk EdgeConneX membangunkan berbilang pusat data di rantau ini yang akan membawa kampus berskala hiper Indonesia di Jakarta kepada lebih 120MW.
Di samping itu, syarikat ini mendedahkan rancangan perluasan kampus pusat data Jakarta dalam majlis pemotongan reben, mengalu-alukan tetamu kehormat, termasuk Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Binsar Pandjaitan. Orang kenamaan lain yang terlibat dalam majlis tersebut termasuk pegawai wilayah dan pemimpin masyarakat tempatan, bersama-sama dengan Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif EdgeConneX Randy Brouckman dan Pengarah Urusan bagi rantau APAC Kelvin Fong.
Sebagai bandar terbesar di Indonesia dengan populasi lebih 33 juta orang, Jakarta merupakan laluan masuk penting ke Asia Tenggara untuk perniagaan, perdagangan dan teknologi. Dengan gentian yang luas, ketumpatan berkuasa, kesalinghubungan kependaman yang rendah dan pilihan rangkai padan global, Jakarta ialah pasaran pertumbuhan tinggi dengan peluang yang besar bagi gergasi awan untuk mempercepatkan akses awan, penghantaran kandungan dan perkhidmatan ketersambungan mereka.
Dengan memanfaatkan Strategi Kelestarian EdgeConneX, perjanjian inovatif ini merangkumi peminjaman Dolar AS Luar Pesisir. Format ini menyediakan pelarasan margin apabila EdgeConneX memenuhi Penunjuk Prestasi Utama (KPI) tertentu berkenaan Keberkesanan Penggunaan Kuasa (PUE) pusat datanya, penggunaan elektrik boleh diperbaharui dan mencapai matlamat keselamatan. Sasaran KPI ini sejajar dengan strategi Pelanggan, Manusia, Planet EdgeConneX, yang merangkumi dasar kelestarian holistik yang menyokong matlamat syarikat untuk menjadi penyedia pusat data neutral karbon, sisa dan air menjelang 2030. Pelan yang cenderong ke hadapan ini merangkumi EdgeConneX membangun dan mengendalikan sebuah platform pusat data yang dikuasakan oleh 100% tenaga boleh diperbaharui.
Petikan:
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pusat data EdgeConneX Jakarta, muat turun helaian data DI SINI.
Tentang EdgeConneX
Disokong oleh EQT Infrastructure, iaitu sebahagian daripada organisasi pelaburan global EQT, EdgeConneX menyediakan rangkaian penuh penyelesaian pusat data yang lestari di seluruh dunia. Kami bekerjasama rapat dengan pelanggan kami untuk menawarkan pilihan berdasarkan lokasi, skala dan jenis kemudahan, daripada Hiperlokal hingga Hiperskala. EdgeConneX ialah peneraju global perkhidmatan pusat data pada sebarang skala sepanjang masa dan di mana-mana sahaja untuk pelbagai portfolio industri yang merangkumi Kandungan, Awan, Rangkaian, Permainan, Automotif, SaaS, IoT, HPC, Keselamatan dan banyak lagi. Dengan sebuah misi yang berdasarkan untuk menjaga para pelanggan, kakitangan dan planet kami, EdgeConneX berusaha untuk "Empower Your Edge" (Memperkasa Pinggir Anda). Untuk maklumat lanjut, sila layari edgeconnex.com.
Gambar - https://mma.prnasia.com/media2/2209656/DENN5218_Jakarta_Event_Group_Photo.jpg?p=medium600
Gambar - https://mma.prnasia.com/media2/2209657/DENN5162_Jakarta_Event_Ribbon_Cutting.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/810989/EdgeConneX_Logo.jpg?p=medium600