omniture

Penganalisis XFp Seahorse Baharu Menjadikan Pengukuran Metabolisme Berpatutan untuk Setiap Makmal

Seahorse Bioscience
2014-06-16 05:31 128

BILLERICA, Massachusetts, 16 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Seahorse Bioscience, peneraju dunia daripada segi penganalisis metabolik dan kit ujian tekanan XF bagi mengukur metabolisme sel, memperkenalkan Penganalisis Fluks Ekstraselular XFp – lanjutan berpatutan untuk platform produk XF. Alat baharu dan berkos rendah ini akan membolehkan lebih banyak makmal untuk mendapatkan akses kepada teknologi tersendiri Seahorse.

Penganalisis Fluks Ekstraselular (XF) Seahorse menjalankan 'ujian tekanan' masa sebenar terhadap kedua-dua laluan utama yang menghasilkan tenaga untuk sel – respirasi mitokondria dan glikolisis – mengesan perubahan penting dalam metabolisme seperti yang dilaporkan dalam lebih 1,000 penerbitan jurnal kajian semula. Penganalisis XFp dapat menjalankan dengan pantas dan mudah asai metabolik tersebut yang sama piawaiannya – Ujian Tekanan Mitokondria Sel XF, Ujian Tekanan Glikolisis XF dan juga Ujian Penukaran Metabolik XF.

"Penggunaan pesat teknologi XF telah berlaku serentak dengan penemuan baharu berkaitan metabolisme sel terhadap penyakit dan terapi dalam bidang penyelidikan seperti kanser, imunologi, obesiti dan juga diabetes serta penyakit 'neurodegenerative'," ujar Jay Teich, Ketua Pegawai Eksekutif Seahorse Bioscience. "Kami mendapati ramai ahli sains yang mahukan akses kepada teknologi kami, namun kami tidak dapat memenuhi permintaan untuk Seahorse bagi tujuan geran individu. Penganalisis XFp yang berpatutan ini dapat mengubahnya."

"Teknologi XF Seahorse kini telah menjadikan misteri metabolisme lebih mudah didapati oleh ahli sains aliran utama," ujar Victor Darley-Usmar, Ph.D., Profesor Patologi, Pengarah Makmal Perubatan Mitokondria di Universiti Alabama Birmingham. "Platform XFp direka khas untuk eksperimen jitu yang hanya memerlukan sejumlah kecil sampel – eksperimen yang dapat mencetuskan minat sepanjang hayat terhadap penyelidikan metabolisme sel."

Dengan menyertakan paten miniplate belum selesai, XFp sesuai digunakan dalam perbandingan berpasangan terhadap sampel daripada pesakit atau sampel penting lain daripada model haiwan. Penganalisis XFp yang padat dan mudah digunakan ini mempunyai perisian berasaskan skrin boleh sentuh yang intuitif serta aliran kerja diselaraskan yang menjadikan reka bentuk dan pengendalian asai XF ringkas, jelas dan mudah. Penganalisis XF dan kit ujian tekanan telah menetapkan piawaian bagi pengukuran metabolisme sel, membolehkan ahli sains untuk menghubungkaitkan data genomik dan proteomik dengan fungsi sel.

Latar Belakang Seahorse Bioscience

Seahorse Bioscience, penganalisis metabolik dan kit ujian tekanan XF merupakan piawaian industri dalam penyelidikan metabolisme sel. Ahli sains seluruh dunia sedang memajukan penyelidikan masing-masing dalam memahami peranan metabolisme sel. Ditubuhkan pada tahun 2001, Seahorse Bioscience beribu pejabat di Massachusetts, A.S. dan mempunyai beberapa pejabat serantau di Denmark; serta China. Ketahui lebih lanjut di www.seahorsebio.com.

Naomi Goumillout, Seahorse Bioscience
+1-978-671-1619
ngoumillout@seahorsebio.com

Source: Seahorse Bioscience
Keywords: Biotechnology Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services