omniture

Krux Mengumpul Pembiayaan Siri B Bernilai $35 Juta bagi Mempercepat Perluasan Antarabangsa Platform Pengurusan Datanya

Krux
2014-06-16 08:00 125

- SAP Ventures Mengetuai Pusingan; Time Warner Investments, Visionnaire Ventures serta Temasek Menyertai Pelabur Sedia Ada Accel Partners, IDG Ventures dan juga The Entrepreneurs Fund

SAN FRANCISCO, SYDNEY dan SINGAPURA, 16 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Krux (www.krux.com), peneraju global dalam pengurusan data berasaskan awan, telah mengumpul $35 juta dalam pembiayaan Siri B.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140205/NY59467LOGO

Pusingan ini diketuai oleh SAP Ventures dan termasuklah tiga pelabur terkemuka baharu - Time Warner Investments, Visionnaire Ventures dan juga Temasek – serta semua pelabur sedia ada – Accel Partners, IDG Ventures dan The Entrepreneurs Fund. Krux telah mengumpul sejumlah $50 juta sejak penubuhannya pada tahun 2010. Wang itu akan digunakan untuk perluasan pantas semua pasukan jualan dan sokongan global mereka serta untuk inisiatif penyelidikan dan pembangunan.

Platform pengurusan data (DMP) berasaskan awan Krux membantu para pemasar dan penerbit meningkatkan hasil dan pelibatan dengan para pelanggan melalui penyediaan pengalaman pemasaran dan pengiklanan masa sebenar yang tersuai khusus sambil mereka bersilih ganti menggunakan komputer riba, komputer tablet, telefon pintar, serta TV terhubung.

"Pada tahun lepas, DMP silang skrin kami telah mengalami pertumbuhan dan penembusan pasaran yang pantas dengan lebih 1.6 bilion pengguna bulanan tersendiri termasuk kira-kira 300 juta peranti mudah alih," kata Tom Chavez, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Krux. "Kami sudah pun mengendalikan tujuh pejabat merentasi empat benua yang menyokong lebih 100 pelanggan syarikat. Pengurusan data semakin pantas menjadi pusat tindanan pemasaran syarikat. Dengan sokongan rakan kongsi asal dan rakan kongsi pelaburan baharu kami, kami akan menggiatkan lagi usaha kami untuk merebut peluang pemasaran yang signifikan ini."

SAP Ventures ialah organisasi pelaburan bebas yang bersekutu dengan SAP AG. Ketua Pegawai Eksekutif dan pengarah urusannya, Nino Marakovic, akan menyertai lembaga Krux.

"SAP Ventures tidak sabar-sabar lagi mahu bekerjasama dengan Krux dalam misinya untuk membekalkan syarikat agar dapat memanfaatkan sepenuhnya strategi pemasaran dan pengiklanan berpacu data yang terkini," kata En. Marakovic. "Krux berada di barisan hadapan pemasaran moden yang merevolusikan data besar, dan kami percaya syarikat ini telah meletakkan dirinya dalam kedudukan untuk pertumbuhan dramatik. Kami gembira dapat menyokong Tom dan pasukan Krux sambil mereka membina syarikat yang menerajui industri."

"Kami percaya jenama dibina dan dikekalkan melalui kekuatan hubungan yang mereka pupuk dengan pengguna mereka, manakala data beraneka pula memainkan peranan yang semakin penting dalam menyemarakkan maklumat baharu, idea serta pelan tindakan yang melibatkan pengguna dengan pengalaman jenama yang luar biasa. Masa hadapan pemasaran adalah dipacukan data, dan kami menganggap Krux sebagai pusat kawalan kami untuk pemasaran berpacu data di Kellogg's," kata Jon Suarez-Davis, Naib Presiden Strategi Digital & Media Global Syarikat Kellogg. "Walaupun terdapat pelbagai alternatif bagi pengurusan data, Krux menawarkan gabungan paling menambat perhatian yang terdiri daripada maklumat boleh diambil tindakan, teknologi dikhususkan serta pembuktian masa depan bagi cabaran pemasaran kelajuan tinggi kelak. Kami amat berbesar hati untuk menyokong usaha pembinaan dan perluasan Krux dan teruja untuk melihat pihaknya melakukan serangan mengejut yang begitu pantas dengan kami dan pelanggan pemasaran lain."

Dua daripada empat pelabur baharu tersebut – Visionnaire Ventures dan Temasek – merupakan dana yang berpusat di Asia. Pelibatan mereka menekankan kepentingan peluang pasaran yang signifikan di rantau itu. Krux telah membuka pejabat syarikat miliknya yang pertama di Singapura pada April 2014.

Menurut eMarketer, perbelanjaan iklan digital dijangka akan melebihi $137 bilion pada tahun 2014, peningkatan sebanyak 14.8 peratus berbanding tahun 2013. Dengan peralihan daripada pengiklanan tradisional kepada digital, Krux percaya peluang untuk pemasaran berpacu data akan meningkat sehubungan dengan itu dan bakal memberi manfaat kepada penyedia penyelesaian pengurusan data.

Latar belakang SAP Ventures
SAP Ventures, dengan dana bawah pengurusan sebanyak lebih US$1.4 bilion, ialah firma pelaburan yang ingin bekerjasama dengan usahawan luar biasa serta firma usaha niaga yang menerajui di seluruh dunia untuk membina perniagaan yang menerajui industri. SAP Ventures ialah organisasi pelaburan bebas yang bersekutu dengan SAP AG, syarikat peneraju perisian perusahaan global. SAP Ventures menggunakan kelebihan hubungannya dengan SAP dan ekosistemnya untuk faedah syarikat dalam portfolionya serta pengurus dana pendasarnya. SAP Ventures telah ditubuhkan pada tahun 1997 dan telah melabur dalam lebih 125 syarikat merentasi lima benua. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati www.sapventures.com dan ikuti kami di Twitter @SAP_Ventures.

Latar belakang Time Warner Investments
Kumpulan The Time Warner Investments telah ditubuhkan pada tahun 2003 dan memberi tumpuan pada peluang pelaburan yang meningkatkan kemampuan Time Warner secara langsung agar dapat memenuhi matlamat strategik tertentu. Matlamat strategik tersebut termasuklah penyediaan perkhidmatan baharu, penambahbaikan produk sedia ada, kemasukan atau perluasan ke dalam pasaran strategik yang penting, penyempurnaan perkongsian strategik serta penyelidikan dan pembangunan yang kritikal.

Latar belakang Krux
Krux (www.krux.com) menyediakan perisian pengurusan data berasaskan awan dan keterhubungan selamat untuk syarikat bagi menangkap, menganalisis, melindungi dan turut menguruskan data orang ramai merentasi semua skrin dan sumber. Dengan Krux, syarikat di AS, EU serta Asia-Pasifik sedang menyediakan pengalaman web yang lebih hebat, pantas dan juga pintar kepada lebih 1.6 bilion pengguna bulanan di seluruh dunia. Syarikat yang menangkap antara data pengguna yang paling berharga di dunia (Meredith, YouBeauty, New York Times, Wall Street Journal, Axel Springer, Washington Post, Source Interlink, Cars.com, Financial Times, AARP) bergantung pada Krux untuk melindungi dan menguruskan data mereka serta menghubungkannya secara selamat dengan rakan kongsi yang dipercayai. Penginovasi digital (Bloomberg, Telegraph, NBC Universal serta Triad Retail Media) bergantung pada Krux bagi membina pengalaman jenama yang lebih baik dan memperbaiki hasil daripada perdagangan dan juga pengendalian pengiklanan. Pelabur utama mereka termasuklah SAP Ventures, Time Warner Investments, Visionnaire Ventures, Temasek, Accel Partners, IDG Ventures serta The Entrepreneurs Fund. Krux beribu pejabat di Lembah Silikon dan mempunyai cawangan di New York, Boston, London, Singapura dan juga Australia.

Source: Krux
Related Links:
Keywords: Financing agreements