omniture

Shekhar Grover Royal Caribbean International Dimahkotai sebagai Pengadun Minuman Terbaik di Pertandingan Akhir Kembara Global Diageo Reserve World Class(TM)

Diageo Global Travel
2014-06-16 10:05 163

MIAMI, 16 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Shekhar Grover daripada Royal Caribbean International telah dimahkotai sebagai pengadun minuman kapal persiaran terbaik Diageo Global Travel semasa acara pertandingan akhir DIAGEO RESERVE WORLD CLASS™ penuh glamor yang telah diadakan malam semalam di Miami. Diadili oleh panel pakar industri itu, Shekhar telah mengagumkan mereka dengan seni persembahan beliau yang menakjubkan, kemahiran penghasilan koktel penuh daya cipta serta gaya yang tiada tandingan.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140613/690740-a )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140613/690740-b )

Shekhar mempertunjukkan kemahiran beliau di hadapan para hakim - Mario Seijo, Pemenang Global World Class untuk Amerika Latin & Kepulauan Caribbean 2013; Enrique De Colsa, Pakar Penyuling di DON JULIO® Tequila; dan juga Arturo Savage, salah seorang Duta Kanan Diageo Reserve.

Shekhar, 27 tahun, dari India, berjaya menewaskan lebih 5,500 pengadun minuman dalam kapal persiaran daripada empat rangkaian kapal persiaran yang menerajui di dunia: Princess Cruises, Norwegian Cruise Line, Royal Caribbean International serta Celebrity Cruises, pada tahun yang terbesar setakat ini daripada segi pengembaraan global untuk DIAGEO RESERVE WORLD CLASS. Beliau dan rakan pesaing beliau telah diuji dalam aspek berbeza seni mereka, kreativiti dan juga pengetahuan adunan minuman. Shekhar cemerlang dalam arena bar dan turut mempesona para hakim dengan minuman pengenalan beliau yang diilhamkan daripada tema Mediterranean tahun ini- 'French Royale' dengan Vodka CIROC®.

Pakar pengadun minuman itu akan mara ke acara yang dibarisi bintang terkenal, Pertandingan Akhir Global untuk Pengadun Minuman Terbaik DIAGEO RESERVE WORLD CLASS Tahun Ini yang bakal berlangsung pada 28 Julai - 1 Ogos 2014 di London, berhadapan dengan 50 pengadun minuman terbaik di dunia bagi merebut gelaran yang diidam-idamkan,'Pengadun Minuman Terbaik Tahun Ini'.

Shekhar, yang merupakan salah satu Ketua Pengadun Minuman di Oasis of Seas, berkata: "Saya teruja dapat memenangi Pertandingan Akhir WORLD CLASS Global Travel ini dan saya tidak sabar-sabar lagi untuk mara mewakili pengadun minuman kapal persiaran di salah satu pertandingan seni pengadunan minuman yang paling berprestij dan dihormati dalam industri ini. Saya telah mendapat inspirasi dan rasa tercabar oleh ramai pengadun minuman berbakat dalam beberapa minggu yang lepas dan saya tidak sabar menanti masa untuk menggunakan kemahiran dan pengetahuan yang telah saya kumpulkan melalui program ini untuk mengagumkan para hakim."

"Kami berbangga kerana mempunyai Shekhar sebagai ahli pasukan Royal Caribbean," kata Brian Abel, Naib Presiden Makanan & Minuman, Royal Caribbean International. "Beliau pengadun minuman yang sangat berbakat dan berdedikasi serta menzahirkan semangat Royal Caribbean untuk inovasi dan GOLD Anchor Service kami yang mesra, menarik dan terkemuka seluruh dunia. Kami mengucapkan semoga berjaya kepada Shekhar untuk pertandingan bulan Julai kelak."

"Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada WORLD CLASS kerana melatih para pengadun minuman kami dalam seni dan sains penciptaan minuman yang tersendiri dan terpahat dalam ingatan, dengan menggunakan minuman keras yang memenangi anugerah daripada koleksi DIAGEO RESERVE. Perkongsian kami memastikan yang kami menyediakan para pengunjung kami dengan pengalaman minuman mewah yang menakjubkan semasa pelayaran."

Jika Shekhar berjaya merebut kemenangan semasa Pertandingan Akhir Global itu nanti, dan menggenggam hak milik gelaran Pengadun Minuman Terbaik DIAGEO RESERVE WORLD CLASS Tahun Ini, beliau akan mendapat pengalaman yang bakal mengubah kehidupan, padat dengan pelbagai peluang baharu dan menguja. Pemenang sebelum ini telah diiktiraf sebagai peneraju industri, mengembara seluruh dunia sebagai Duta WORLD CLASS, menyertai acara berprofil tinggi antarabangsa seperti perkahwinan mewah Petra Ecclestone dan menjadi pakar khidmat nasihat dalam filem James Bond yang mendapat pujian ramai, Skyfall.

Nama Shekhar bakal terpahat dalam sejarah semasa Pertandingan Akhir Global untuk Pengadun Minuman Terbaik DIAGEO RESERVE WORLD CLASS Tahun Ini yang akan berlangsung pada 28 Julai - 1 Ogos 2014 di London.

Nota kepada editor 

Ikuti pertandingan ini di Facebook di laman 'Global WORLD CLASS Finals': http://www.facebook.com/WorldClass

Royal Caribbean International: Minuman pengenalan Shekhar: minuman 'French Royale'

Bahan

Vodka CIROC

Wain Pemanis Mulut Sauternes

Anggur Segar

Jus Limau Nipis Segar

Creme De Cassis

Resipi: Campurkan anggur segar di dalam Gelas Kocak, tambah jus limau nipis segar dan sirap gula

Kemudian tambah Vodka CIROC dan wain pemanis mulut. Tuang sedikit Creme de Cassis dan kiub ais. Goncangkan semua bahan sehingga sebati dan tuang setelah ditapis dua kali ke dalam gelas martini yang telah disejukkan

Gelas: Gelas martini

Hiasan: Buah anggur hitam tanpa kulit yang direndam dalam Cassis (rendam semalaman)

LATAR BELAKANG DIAGEO RESERVE WORLD CLASS

Sepanjang program itu, para pengadun minuman WORLD CLASS dilatih menggunakan koleksi minuman keras berkualiti tinggi daripada portfolio mewah Diageo Reserve –Wiski Scotch Adunan JOHNNIE WALKER® BLUE LABEL™, Wiski Scotch Adunan JOHNNIE WALKER® PLATINUM LABEL™ , Wiski Scotch Adunan JOHNNIE WALKER® GOLD LABEL RESERVE™, Wiski Single Malt Scotch SINGLETON™, Vodka CIROC®, Vodka KETEL ONE®, Gin TANQUERAY® No.TEN™, Tequila DON JULIO®, Rum ZACAPA®, Bourbon BULLEIT™, serta Wiski Single Malt Scotch TALISKER™. Semua perkataan dan logo berkaitan ialah tanda dagangan.

DIAGEO RESERVE WORLD CLASS sedang mengubah pengalaman minuman mewah dan budaya koktel seluruh dunia dan di dalam kediaman. Sebagai salah satu pelaburan industri yang terbesar dan boleh dipercayai dalam perdagangan kemewahan, ia menemui bakat pengadunan minuman generasi seterusnya yang menetapkan arah aliran seni adunan minuman terkini dan turut membawakan arah aliran tersebut ke bar terbaik seluruh dunia. Di terasnya ialah program latihan global yang luar biasa dan platform yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa yang meningkatkan tahap seni pengadunan minuman dan membina kerjaya dalam industri ini yang membawa kepada minggu kemuncak kemewahan tahunan ketika Pengadun Minuman Terbaik DIAGEO RESERVE WORLD CLASS Tahun itu akan diumumkan. Dilancarkan pada tahun 2009, lebih 15,000 pengadun minuman telah mendapat ilham dan dididik dalam seni pengadunan minuman menggunakan minuman keras yang berkualiti tinggi dalam koleksi DIAGEO RESERVE. Sebagai perkongsian dan kolaborasi antara orang lama, media, rakan kongsi dan juga para pemilik, DIAGEO RESERVE WORLD CLASS mendapat pengiktirafan luas sebagai tanda keunggulan dan kecanggihan budaya minuman mewah antarabangsa oleh para pengadun minuman serta para pelanggan mereka.

Sebagai lanjutan program latihan DIAGEO RESERVE WORLD CLASS, pada tahun 2011 Diageo telah melancarkan Akademi Bar Diageo di Asia Pasifik, kursus pengadunan minuman terbesar rantau itu yang diakreditasikan oleh Dana Pendidikan Wain dan Minuman Keras (WSET), yang telah melatih 27,000 pengadun minuman setakat ini.

LATAR BELAKANG DIAGEO 

Diageo ialah perniagaan minuman premium yang menerajui di dunia dengan koleksi menakjubkan jenama minuman beralkohol jenis minuman keras, bir serta wain. Semua jenama ini termasuklah Johnnie Walker, Crown Royal, JεB, Windsor, wiski Buchanan's dan Bushmills, vodka Smirnoff, CIroc serta Ketel One, Baileys, Captain Morgan, Tanqueray dan juga Guinness.

Diageo ialah syarikat global, dengan produknya dijual di lebih 180 negara seluruh dunia. Syarikat itu disenaraikan dalam kedua-dua Bursa Saham New York (DEO) dan Bursa Saham London (DGE). Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Diageo, para kakitangannya, jenama dan prestasi mereka, lawati kami di http://www.diageo.com. Bagi mendapatkan sumber global kami yang menggalakkan amalan minum secara berhemah melalui perkongsian alatan amalan terbaik, maklumat serta inisiatif, lawati DRINKiQ.com.

Meraikan kehidupan, setiap hari, di mana-mana sahaja.

Sila minum dengan berhemah, lawati DRINKiQ.com.

Sumber: Diageo Global Travel

Source: Diageo Global Travel
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Awards