omniture

THE 1975 dan TIRED PONY Menggegarkan Satu-satunya Pesta Wiski dan Muzik di Dunia di Kilang Penyulingan Ireland

Bushmills Irish Whiskey
2014-06-16 12:37 155

BUSHMILLS VILLAGE, Ireland Utara, 16 Jun 2014 /PRNewswire/ --

Bushmills Live 2014: Gabungan istimewa artis terkemuka dan yang baru meningkat naik membarisi pentas di kilang penyulingan yang berkurun usianya

Bintang global termasuk THE 1975 dan kumpulan super Gary Lightbody dan Peter Buck TIRED PONY bergabung bersama rakan BUSHMILLS untuk menyempurnakan hari yang tidak dapat dilupakan semasa 'Bushmills Live 2014' – pesta muzik dan wiski buatan khas yang berlangsung semalam di Old Bushmills Distillery di pesisiran utara Ireland.

Mereka telah disertai artis yang sedang meningkat naik JAMES VINCENT MCMORROW, LUKE SITAL-SINGH, DAVID C. CLEMENTS, MATTHEW AND THE ATLAS, LEVITY BREAKS serta RUBBLEBUCKET untuk satu hari menakjubkan padat dengan muzik.

Pesta dengan penonton terpilih itu yang diadakan di pesisiran pantai utara Ireland telah dihadiri 700 peminat muzik dan wiski dari seluruh dunia, termasuk negara yang terletak jauh dari sana seperti A.S., Bulgaria, Portugal dan juga Rusia.

Artis yang lebih biasa mempersembahkan muzik kepada khalayak ribuan orang telah melakukan siri persembahan kecil di dalam bangunan yang berkurun usianya di Old Bushmills Distillery tempat seni penghasilan wiski, yang disempurnakan merentasi keturunan, diamalkan setiap hari.

Gary Lightbody daripada kumpulan TIRED PONY berkata: "Malam semalam ialah persembahan pertama TIRED PONY di Ireland dan ia tidak seperti mana-mana persembahan yang telah kami lakukan sebelum ini. Suasananya begitu hebat."

Pakar Penyuling di Old Bushmills Distillery, Colum Egan, berkata: "Bushmills Live 2014 telah berlangsung dengan jayanya.

"Saya memandang sekeliling saya dan semua orang sedang senyum dan bergembira, menikmati muzik yang mengasyikkan – serta wiski yang lazat, tentulah secara berpada-pada.

"THE 1975 dan TIRED PONY begitu menggegarkan suasana dan memang hebat dapat terus menyediakan platform untuk bakat yang sedang mencipta nama. Suasana di belakang pentas umpama pertemuan semula bekas pelajar dengan begitu ramai rakan menghadiri pesta itu – keseronokannya tidak dapat terungkap dengan kata-kata!"

Nota kepada Editor 

Latar belakang Bushmills Live

Bushmills Live ialah pesta muzik tahunan yang menganjurkan persembahan artis ikonik dan baru muncul yang diadakan untuk penonton terpilih dalam bangunan yang berkurun lamanya di Old Bushmills Distillery yang bersejarah, tempat seni penyulingan telah disempurnakan merentasi keturunan.

Ikuti perkembangan Bushmills Irish Whiskey di: Facebook: facebook.com/bushmills
Twitter: @BushmillsGlobal

Latar belakang 'TIRED PONY' 

TIRED PONY terdiri daripada Gary Lightbody (Snow Patrol), Peter Buck (REM), Iain Archer, Richard Colburn (Belle and Sebastian), Scott McCaughey, Troy Stewart dan penerbit/pemain pelbagai alat muzik Garret "Jacknife" Lee. Mereka telah mengeluarkan dua album: The Place We Ran From pada tahun 2010 manakala The Ghost of the Mountain pula pada tahun lepas.

Latar belakang 'The 1975' 

THE 1975 ialah kumpulan muzik rock alternatif/indie Inggeris yang bertapak di Manchester. Kumpulan itu terdiri daripada Matthew Healy (vokal/gitar), Adam Hann (gitar), George Daniel (dram) dan juga Ross MacDonald (gitar bes). Album sulung mereka yang bertajuk nama mereka sendiri telah dikeluarkan pada 2 September 2013 dan terus menduduki kedudukan No. 1 dalam Carta Album UK.

Latar belakang 'JAMES VINCENT MCMORROW' 

JAMES VINCENT MCMORROW terkenal dengan persembahan langsung beliau yang hebat dan baru-baru ini mempunyai konsert yang laris dijual tiketnya di Rumah Panggung Sydney dan banyak lagi tarikh konsert jelajah di Amerika.

The Guardian telah menggambarkan suara beliau sebagai "mendalam dan penuh penghayatan" dan telah menegaskan album kedua beliau Post Tropical (yang telah dilancarkan awal tahun ini) memberikan "saat penuh kegemilangan."

Latar belakang 'LUKE SITAL-SINGH' 

Penyanyi/penulis lagu Inggeris LUKE SITAL-SINGH telah dicalonkan untuk "Sound of 2014" BBC. Mentor Luke ialah rakan Bushmills Live dan ahli TIRED PONY Iain Archer.

Latar belakang 'DAVID C. CLEMENTS' 

Pemenang Dana Warisan Bushmills Live tahun lepas – inisiatif yang disediakan untuk membantu kemajuan kerjaya artis - DAVID C. CLEMENTS kembali untuk membuat persembahan di pentas utama setelah melakukan konsert jelajah bersama SNOW PATROL dan ED SHEERAN baru-baru ini.

Latar belakang 'MATTHEW AND THE ATLAS' 

Majalah MOJO menggambarkan MATTHEW AND THE ATLAS sebagai "ibarat Bon Iver British". Kumpulan itu diketuai Matthew Hegarty dan mereka mendapat sokongan padu MUMFORD & SONS.

Latar belakang 'LEVITY BREAKS'

Kugiran empat alat muzik LEVITY BREAKS dari Belfast ialah pemenang Dana Warisan Bushmills Live tahun ini.

Latar belakang 'RUBBLEBUCKET' 

Kumpulan tarian indie yang berasal dari Brooklyn RUBBLEBUCKET telah memenangi Anugerah Muzik Boston untuk Persembahan Langsung Terbaik Tahun Ini.

Latar belakang Bushmills Irish Whiskey

Bushmills Irish Whiskey dihasilkan dengan tangan dalam kumpulan yang kecil untuk rasa yang halus di kilang penyulingan tertua di Ireland yang masih beroperasi, di Daerah Antrim, Ireland Utara. Portfolio Old Bushmills Distillery terdiri daripada tujuh jenis yang memenangi anugerah: Bushmills, BushmillsBlack Bush™, Bushmills 10 Year Old Single Malt, Bushmills 16 Year Old Single Malt, Bushmills 21 Year Old Single Malt, edisi ulang tahun kami, Bushmills 1608 serta minuman Bushmills Irish Honey Spirit Drink.

Latar belakang Diageo

Diageo ialah perniagaan minuman premium yang menerajui di dunia dengan koleksi mengagumkan yang terdiri daripada jenama minuman alkohol merentasi kategori arak, wain dan juga bir. Semua jenama ini termasuklah Johnnie Walker, Crown Royal, J&B, Buchanan's, wiski Windsor dan Bushmills, vodka Smirnoff, Cîroc serta Ketel One, Baileys, Captain Morgan, Tanqueray dan juga Guinness.

Diageo ialah syarikat global, dengan produknya dijual di lebih 180 negara seluruh dunia. Syarikat itu disenaraikan dalam kedua-dua Bursa Saham New York (DEO) dan Bursa Saham London (DGE). Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Diageo, para kakitangannya dan jenamanya, lawati http://www.diageo.com. Bagi sumber global Diageo yang menggalakkan amalan minum secara berhemah melalui perkongsian alatan amalan terbaik, maklumat serta inisiatif, lawati http://www.DRINKiQ.com.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140613/691164-a
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140613/691164-b
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140613/691164-c
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140613/691164-d
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140613/691164-e

Source: Bushmills Irish Whiskey
Keywords: Entertainment Food/Beverages Music New products/services