omniture

Cargotec Pindahkan Operasi Kejuruteraan di India kepada Citec

Citec
2014-06-16 12:34 122

MUMBAI dan VAASA, Sweden, 16 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Citec telah menjalin perkongsian jangka panjang bersama Cargotec yang membolehkan Cargotec untuk memindahkan pusat kejuruteraannya di Pune, India kepada Citec. Transaksi ini termasuk pemindahan perniagaan kejuruteraan semasa Cargotec serta 110 kakitangan daripada Cargotec kepada Citec. Pusat kejuruteraan Cargotec di Pune terlibat dalam beberapa projek kejuruteraan untuk industri pengendalian kargo pada peringkat global. Bagi Citec, transaksi ini membolehkan perkembangan yang pesat di India serta memperkukuh kecekapan kejuruteraan untuk industri pembuatan. Perjanjian tersebut berkuat kuasa pada 13 Jun 2014.

"Cargotec telah mencari rakan kongsi kejuruteraan di India dan pengalaman serta rekod prestasi mantap milik Citec yang beroperasi pada peringkat global dari India telah memudahkan keputusan yang dibuat. Perkongsian ini membolehkan Cargotec beroperasi dengan kelenturan serta kecekapan yang lebih tinggi, dan pada masa yang sama dapat menyediakan pelbagai peluang kerjaya hebat untuk 110 jurutera kami di Pune. Tujuan strategik kami adalah untuk terus mengembangkan dan turut mengukuhkan kedudukan pasaran perniagaan Hiab, Kalmar dan juga MacGregor di India," kata Olli Isotalo, Presiden, Kalmar, Cargotec.

Beberapa unit global Citec akan menyediakan khidmat pengurusan projek dan kejuruteraan kepada Cargotec serta perniagaannya, Hiab, Kalmar dan juga MacGregor, termasuklah perkhidmatan dokumentasi teknikal untuk projek mereka di seluruh dunia.

"Ini merupakan langkah penting untuk operasi kami di India dan ia akan turut menyediakan beberapa peluang perniagaan yang hebat di tempat lain. Kami bersedia berkhidmat untuk Cargotec secara proaktif menurut tujuan strategik kami, menerusi penyelesaian kejuruteraan pintar dan juga kecekapan yang luas," ujar Martin Strand, Ketua Pegawai Eksekutif, Citec.

Citec telah bertapak di India selama sepuluh tahun, kini mempunyai lebih 530 kakitangan dengan beberapa pejabat di sekitar Mumbai, Chennai serta Bangalore. Pasukan Cargotec dan pejabatnya di Pune akan menjadi bahagian bersepadu sepenuhnya untuk operasi Citec pada 13 Jun 2014.

"Kami terus berkembang sebagai penyedia penyelesaian kejuruteraan yang berkepelbagaian, menerusi kelebihan daripada tawaran bersepadu, sumber dan jejak global bagi kedua-dua syarikat itu. Apa yang penting, kami amat berbesar hati untuk mengalu-alukan kehadiran rakan sekerja baharu kami ke Citec dan berbangga dengan kepercayaan yang ditunjukkan oleh Cargotec melalui perkongsian ini. Kami amat komited untuk menyediakan khidmat kejuruteraan berkualiti tinggi dengan keandalan serta kepakaran dari seluruh dunia dan kepakaran tempatan," ujar Nasir Mulani, Pengarah Urusan, Citec, India.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak mendedahkan nilai transaksi tersebut.

Latar Belakang Citec

Citec menyediakan khidmat kejuruteraan berbilang disiplin dan pengurusan maklumat untuk industri Tenaga dan Kuasa serta industri lain yang bergantung pada teknologi. Jumlah kakitangan Citec kini mencecah hampir 1200 orang manakala pusing ganti untuk tahun 2013 pula adalah kira-kira 70 juta Euro. Citec mempunyai ibu pejabat di Vaasa, Finland dan mempunyai beberapa pejabat di sekitar Finland, India, Sweden, UK, Perancis, Jerman, Rusia dan juga Singapura.

http://www.citec.com

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi:
Nasir Mulani, Pengarah Urusan, Citec Engineering India Pvt.
Telefon Bimbit: +91 98 20 400416
E-mel: nasir.mulani@citec.com

Martin Strand, Ketua Pegawai Eksekutif, Citec Oy Ab
Telefon Bimbit: +358 40 5714463
E-mel: martin.strand@citec.com

Michael Smirnoff, Pengarah, Pemasaran & Komunikasi Kumpulan, Citec Oy Ab
Telefon Bimbit: +358 50 464 0656
E-mel: michael.smirnoff@citec.com

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20130328/606530

 

Source: Citec
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Transportation Corporate Expansion Licensing/marketing agreements