omniture

Besrey Perkenal Siri Barang Keperluan Tidur Bayi Disesuaikan untuk Pelbagai Keperluan Asuhan

besrey
2023-09-15 10:00 39

HAMBURG, Jerman, 15 September 2023 /PRNewswire/ -- Besrey, jenama yang mengkhusus untuk menyediakan produk premium untuk bayi dan kanak-kanak kepada ibu bapa, teruja memperkenalkan siri terkini barang keperluan tidur yang direka bentuk dengan teliti. Setiap satu daripada produk ini direka bentuk dengan ciri keselamatan, keselesaan dan kemudahan yang mengutamakan bayi dan ibu bapa. Sebagai pakar dalam menyediakan penyelesaian tidur terbaik untuk bayi, Besrey mengambil kira faktor-faktor seperti umur, keperluan fungsian dan kekangan ruang untuk membantu pelanggan memilih produk yang paling sesuai.

Alami Hebahan Berita Berbilang Saluran interaktif penuh di sini: https://www.multivu.com/players/English/9199651-besrey-introduces-baby-sleeping-essentials-tailored-diverse-parenting-needs/

Katil Bayi Buaian Besrey: Buaian goyang kompak, boleh lipat dan mudah alih, memberi tidur yang lena untuk bayi baru lahir.

Tempat perlindungan yang direka khas untuk bayi baru lahir agar tidur dengan nyenyak. Menambah mod buaian goyang berdasarkan kepada katil bayi tradisional serta 2 ketinggian yang boleh dilaraskan. Reka bentuknya yang kompak dan boleh lipat memastikan penyimpanan yang mudah dan pengangkutan yang senang. Walaupun apabila ditempatkan di dalam bilik bayi anda, ia hanya memerlukan ruang minimum, menjadikannya pilihan yang ideal untuk ibu bapa yang mencari penyelesaian yang tidak menyusahkan, mudah dipasang dan mudah alih.

Basinet Sisi Katil Besrey: Basinet boleh laras, mudah alih mengeratkan ikatan ibu-bapa-bayi, memudahkan tidur bersama.

Direka bentuk untuk mengeratkan ikatan antara ibu bapa dan bayi mereka, terutamanya memenuhi keperluan mereka yang lebih suka berada dekat dengan bayi mereka. Dibangunkan berdasarkan konsep katil bayi buaian, basinet ini menampilkan sisi tidur bersama tambahan dan boleh dilaraskan dengan mudah kepada 9 ketinggian berbeza agar sesuai dengan pelbagai ketinggian katil. Tambahan pula, kastor bersudut 360-darjah mengupayakan mobiliti yang mudah, lalu menawarkan kemudahan yang tiada tandingan kepada ibu bapa yang perlu bergerak ke sesuatu tempat.

Basinet Bayi 3-dalam-1 Besrey: Basinet serba guna dengan jaring lut udara 4-sisi, kastor bersaiz besar dan penyangkut mainan.

Penyelesaian serba guna untuk ibu bapa, bertukar dengan mudah kepada katil bayi mandiri, katil bayi sisi katil dan buaian bayi untuk pelbagai pilihan tidur. Apa yang membezakan katil bayi ini ialah kastor bersaiz besar 40MM, mengatasi katil bayi yang ditemui dalam pasaran semasa untuk pengerakan yang lancar dan mantap walaupun di atas permukaan berpermaidani, manakala jaring lut udara 4-sisi menyediakan aliran udara dan kebolehlihatan optimum. Di samping itu, basinet ini didatangkan dengan penyangkut mainan bayi mudah alih untuk menyokong pertumbuhan perkembangan bayi anda, mendorong ketenangan dan ketenteraman.

Basinet Bayi 5-dalam-1 Besrey: Basinet semua-dalam-satu, mudah-dipasang, membesar bersama bayi selama 18 bulan.

Penyelesaian semua-dalam-satu terunggul ini, direka bentuk untuk membesar bersama anak kecil anda, mengintegrasikan Basinet Mandiri (0-6B), Katil Bayi Sisi Katil (0-6B), Buaian Bayi (0-6B), Katil Bayi Mudah Alih (6-12B), malah Ruang Main Mudah alih (12-18B) dalam satu, menemani bayi anda dari lahir hingga 18 bulan. Penaiktarafan yang komprehensif telahpun dibuat berdasarkan Basinet Bayi 3-dalam-1, daripada basinet yang selesa kepada ruang main yang menyeronokkan. Struktur yang baru dinaik taraf, pemasangan yang cepat dan mudah tanpa memerlukan alat dalam 1 Min, menyelesaikan masalah tidur bayi anda dalam persekitaran yang tidak dikenali atau di luar rumah.

Besrey meletakkan kepentingan tinggi pada kualiti produk dan keselamatan pelanggan. Semua produk telahpun lulus pensijilan kualiti dan keselamatan yang berkaitan, seperti ASTM dan CPSIA, memenuhi piawaian antarabangsa untuk menjamin keselamatan dan keandalannya.

Mengkhusus untuk menyediakan kepada anda dan bayi anda dengan pengalaman tidur yang selesa dan terjamin, Besrey bersedia untuk berganding bahu dengan you untuk mencipta masa bersama keluarga yang bahagia dan memuaskan hati. Pilih Katil Bayi Sisi Katil Besrey sekarang dan cipta ruang tidur yang selesa untuk bayi anda.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.besrey.com/ atau Besrey's Amazon Store.

Atau ikuti kami di:

Instagram: https://bit.ly/BesreyIG
Facebook: https://bit.ly/BesreyFacebook
Twitter: https://bit.ly/Besreytwitter
YouTube: https://bit.ly/BesreyYoutube

 

Source: besrey
Keywords: Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Children-related news New products/services DEI Page