omniture

Sidang Kemuncak Arkeologi Dunia AlUla yang pertama diakhiri dengan penerokaan luas tentang perkara yang boleh dipelajari oleh masyarakat moden dari masa lalu

Royal Commission for AlUla
2023-09-17 17:04 0
  • Sidang kemuncak sulung ini menarik lebih 300 delegasi dari 39 negara 
  • Suruhanjaya Diraja AlUla mengumumkan hadiah baharu untuk ahli arkeologi muda 

AlUla, Arab Saudi, 17 September 2023 /PRNewswire/ -- Delegasi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Arkeologi Dunia AlUla yang pertama telah mengambil bahagian dalam siri perbincangan rancak mengenai masa depan arkeologi dan keupayaannya untuk melaksanakan perubahan bermakna bagi masyarakat.

Photographs from Day 2 of the AlUla World Archaeology Summit
Photographs from Day 2 of the AlUla World Archaeology Summit

Perbincangan tersebut - dengan topik yang pelbagai daripada kegunaan kebijaksanaan purba dalam konteks moden kepada arkeologi digital dan arkeologi inklusif - mencerminkan cita-cita sidang kemuncak ini. Dengan empat tema luas iaitu identiti, runtuhan, daya ketahanan dan kebolehcapaian, sidang kemuncak ini telah mengadakan perbualan antara disiplin yang melangkaui pemikiran pakar bagi mempromosikan arkeologi kepada khalayak yang lebih luas.

Abdulrahman Alsuhaibani, Pengarah Eksekutif Arkeologi, Pemuliharaan dan Koleksi di Suruhanjaya Diraja AlUla (RCU), berkata: "Sidang kemuncak ini adalah luar biasa. Ia adalah unik. Kami membincangkan topik penting untuk masa depan arkeologi dengan perspektif yang lebih luas - dan saya harap kami dapat meneruskan perbincangan ini."

Dianjurkan oleh RCU, sidang kemuncak ini merangkumi 327 hadirin dari 39 negara, lebih 80 penceramah, 50 delegasi belia yang mengambil bahagian dalam Forum Masa Depan, perwakilan daripada 167 institusi termasuk 65 universiti, dan nisbah jantina sebanyak 47% perempuan kepada 53% lelaki.

Hari terakhir sidang kemuncak ini memaparkan pengumuman hadiah baharu untuk ahli arkeologi muda. Anugerah Kecemerlangan Sidang Kemuncak Arkeologi Dunia AlUla itu akan dianugerahkan pada sidang kemuncak akan datang dan akan mempromosikan sains arkeologi, kata Dr Alsuhaibani. Butiran lanjut akan diumumkan kemudian.

Sidang kemuncak ini mempamerkan kedudukan AlUla sebagai hab aktiviti arkeologi. RCU menaja salah satu program penyelidikan arkeologi terbesar di dunia merentasi AlUla dan Khaybar, dengan 12 tinjauan, penggalian dan projek pakar semasa. Landskap budaya yang kaya kini sedang didedahkan, termasuk kawasan pengebumian, mustatil, bandar purba, inskripsi dalam 10 bahasa, seni batu dan amalan pertanian yang kompleks. AlUla ialah tapak bagi Hegra, yang mana telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pertama Arab Saudi pada tahun 2008.

Sidang kemuncak ini menawarkan sebuah platform kepada perwakilan untuk memajukan pengurusan arkeologi dan warisan budaya dalam antara muka mereka dengan disiplin lain. Perhimpunan para pemimpin yang datang dari pusat akademik, kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, industri, dan anak muda yang mewakili ahli arkeologi generasi seterusnya ini diwujudkan bukan sahaja untuk memperkayakan komuniti arkeologi dan membantu melindungi sejarah yang dikongsi, tetapi juga untuk menunjukkan refleksi yang lebih besar tentang apa itu arkeologi dan bagaimana arkeologi, dan warisan budaya secara umumnya, boleh menyumbang kepada perubahan transformasi dalam masyarakat.

Forum Masa Depan pada sidang kemuncak ini menyediakan platform kepada golongan muda untuk terlibat dalam dialog dan perdebatan yang bermakna tentang masa depan arkeologi. Ia menawarkan ruang untuk mereka mengembangkan perspektif dan idea mereka sendiri serta menyumbang kepada perbualan dengan cara yang asas.

Untuk maklumat lanjut mengenai sidang kemuncak, sila pergi ke https://www.worldarchaeologysummit.com

Tentang Suruhanjaya Diraja AlUla 

Suruhanjaya Diraja AlUla (RCU) telah ditubuhkan menurut titah diraja pada bulan Julai 2017 untuk memelihara dan membangunkan AlUla, sebuah wilayah yang menyimpan khazanah semula jadi dan budaya yang luar biasa di barat laut Arab Saudi. Pelan jangka panjang RCU menggariskan pendekatan yang bertanggungjawab, lestari dan sensitif terhadap pembangunan bandar dan ekonomi yang mengekalkan warisan semula jadi dan sejarah di kawasan ini serta menjadikan AlUla sebagai sebuah lokasi yang sesuai untuk didiami, bekerja dan dilawati. Ini merangkumi pelbagai inisiatif merentasi bidang arkeologi, pelancongan, kebudayaan, pendidikan dan kesenian, yang mencerminkan komitmen untuk memenuhi kepelbagaian ekonomi, pemerkasaan komuniti tempatan dan keutamaan pemeliharaan warisan bagi program Wawasan 2030 Kerajaan Arab Saudi.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2212327/AlUla_Summit_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2212328/AlUla_Summit_2.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2212329/AlUla_Summit_3.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2212330/AlUla_Summit_4.jpg?p=medium600

Photographs from Day 2 of the AlUla World Archaeology Summit
Photographs from Day 2 of the AlUla World Archaeology Summit

 

Photographs from Day 2 of the AlUla World Archaeology Summit
Photographs from Day 2 of the AlUla World Archaeology Summit

 

Photographs from Day 2 of the AlUla World Archaeology Summit
Photographs from Day 2 of the AlUla World Archaeology Summit
Source: Royal Commission for AlUla
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Computer/Electronics Education Publishing/Information Service Travel Trade show news STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)