DHAHRAN, Arab Saudi, 17 September 2023 /PRNewswire/ -- Aramco, salah satu syarikat tenaga dan kimia bersepadu terkemuka di dunia, telah bersetuju untuk membeli 100% pegangan ekuiti dalam Esmax Distribusción SpA ("Esmax") daripada Southern Cross Group, Asebuah syarikat ekuiti persendirian yang menumpukan kepada Amerika Latin. Urus niaga ini tertakluk kepada syarat lazim tertentu, termasuk kelulusan kawal selia.
Esmax ialah peruncit bahan api dan pelincir hiliran terpelbagai yang terkemuka di Chile. Kehadirannya di peringkat kebangsaan merangkumi stesen minyak runcit, operasi lapangan terbang, terminal pengedaran bahan api dan kilang pengadunan pelincir.
Pengambilalihan Esmax yang dirancang oleh Aramco akan menjadi pelaburan peruncitan Hiliran pertamanya di Amerika Selatan, mengiktiraf potensi dan daya tarikan pasaran ini sambil memajukan strategi Aramco untuk mengukuhkan rantaian nilai hilirannya. Urus niaga ini akan membolehkan Aramco mendapatkan cawangan untuk produknya yang diperhalusi dan membantu mengembangkan perniagaan runcitnya di peringkat antarabangsa. Pengambilalihan ini juga akan membuka peluang pasaran baharu untuk pelincir berjenama Valvoline, susulan pengambilalihan Aramco bagi perniagaan produk global Valvoline Inc. pada Februari 2023.
Mohammed Y. Al Qahtani, Presiden Hiliran Aramco berkata: "Perjanjian ini merupakan satu lagi pencapaian penting dalam strategi kami untuk mengembangkan kehadiran hiliran Aramco di peringkat global dan mengembangkan perniagaan runcit, pelincir dan perdagangan kami. Kami teruja dengan peluang yang ditawarkannya, serta mewujudkan sinergi dengan sistem perdagangan dan pembuatan kami yang meluas. Selain itu, ia mewujudkan platform untuk melancarkan jenama Aramco di Chile dan Amerika Selatan secara lebih meluas, sekali gus membuka potensi besar untuk memanfaatkan pasaran baharu untuk produk kami. Esmax ialah perniagaan yang dikendalikan dengan baik di Chile dengan lebih 100 tahun pengalaman dalam aset berkualiti dan potensi pertumbuhan. Kami teruja untuk mendapatkan kakitangan cemerlang Esmax menyertai keluarga Aramco sambil kami terus melaksanakan strategi hiliran kami."
Tentang Aramco
Aramco ialah sebuah syarikat tenaga dan bahan kimia global yang bersepadu. Kami didorong oleh kepercayaan yang teguh bahawa tenaga mampu mencipta peluang. Pasukan global kami didedikasikan untuk mencipta impak dalam semua perkara yang dilakukan, daripada menghasilkan kira-kira satu dalam setiap lapan tong bekalan minyak dunia hinggalah membangunkan teknologi tenaga yang baharu. Kami fokus untuk menjadikan sumber kami lebih dipercayai, lebih lestari dan lebih bermanfaat. Ini membantu menggalakkan kestabilan dan pertumbuhan jangka panjang di seluruh dunia. www.aramco.com
Twitter: Aramco
Penafian
Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan berpandangan ke hadapan. Semua pernyataan selain daripada pernyataan yang berkaitan dengan fakta sejarah atau fakta semasa yang disertakan dalam siaran akhbar ini merupakan pernyataan berpandangan ke hadapan. Pernyataan berpandangan ke hadapan memberikan jangkaan dan unjuran semasa Syarikat yang berkaitan dengan perbelanjaan modal dan pelaburannya, projek utama, prestasi huluan dan hiliran, termasuk perkara yang relatif kepada rakan setara. Pernyataan ini mungkin termasuk, tanpa had, sebarang pernyataan yang didahului, diikuti atau merangkumi perkataan seperti "sasar," "percaya," "jangka," "bermatlamat," "berniat," "boleh," "anggar," "rancang," "unjur," "mempunyai," "mungkin," "sepatutnya," "mampu," serta perkataan dan istilah lain dengan makna yang serupa atau negatif kepadanya. Pernyataan berpandangan ke hadapan tersebut melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian dan faktor penting lain di luar kawalan Syarikat yang boleh menyebabkan keputusan, prestasi atau pencapaian sebenar Syarikat berbeza secara material daripada hasil, prestasi atau pencapaian yang dijangkakan sama ada secara tersurat atau tersirat oleh pernyataan berpandangan ke hadapan tersebut, termasuk faktor berikut: bekalan dan permintaan minyak mentah antarabangsa dan harga di mana ia menjual minyak mentah; kesan COVID-19 ke atas perniagaan dan keadaan ekonomi serta ke atas bekalan dan permintaan untuk minyak mentah, gas serta produk bertapis dan petrokimia; tekanan persaingan; kebimbangan dan kesan perubahan iklim; cuaca; perkitaran sektor gas, minyak, penapisan dan petrokimia; keganasan dan konflik bersenjata; perkembangan ekonomi atau politik yang buruk; risiko dan bahaya operasi dalam industri minyak dan gas, penapisan dan petrokimia; sebarang penyimpangan atau perubahan ketara dalam keadaan ekonomi dan operasi sedia ada yang boleh menjejaskan anggaran kuantiti dan nilai rizab Syarikat yang terbukti; kerugian daripada risiko yang berkaitan dengan insurans yang tidak mencukupi; keupayaan Syarikat untuk melaksanakan projek semasa dan yang akan datang; kebolehbandingan antara tempoh; keupayaan Syarikat untuk merealisasikan faedah daripada pemerolehan baru-baru ini dan yang akan datang, termasuk berkenaan dengan SABIC; risiko yang berkaitan dengan operasi di beberapa negara; pergantungan Syarikat kepada pengurusan kanan dan kakitangan utamanya; kebolehpercayaan dan keselamatan sistem IT Syarikat; litigasi yang tertakluk atau mungkin tertakluk kepada Syarikat; risiko berkaitan minyak, gas, alam sekitar, kesihatan dan keselamatan serta peraturan lain yang memberi kesan kepada industri di mana Syarikat beroperasi; risiko yang berkaitan dengan operasi antarabangsa, termasuk isbat dan sekatan perdagangan, undang-undang anti-sogokan dan anti-rasuah serta undang-undang dan peraturan lain; risiko yang berpunca daripada keperluan untuk mendapatkan, mengekalkan dan memperbaharui lesen, permit dan kelulusan kerajaan; risiko yang berpunca daripada undang-undang, peraturan, dan syarat atau jangkaan lain yang sedia ada dan yang berpotensi yang berkaitan dengan perlindungan alam sekitar, undang-undang dan peraturan kesihatan dan keselamatan, serta penjualan dan penggunaan bahan kimia dan plastik; potensi perubahan dalam pampasan penyamaan yang diterima berkaitan dengan penjualan hidrokarbon domestik; potensi kesan ke atas kadar cukai jika Syarikat tidak mengasingkan perniagaan hilirannya dalam jangka masa yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi; risiko yang berkaitan dengan projek yang diarahkan Kerajaan dan syarat Kerajaan yang lain, termasuk yang berkaitan dengan tahap maksimum tetapan Kerajaan bagi pengeluaran minyak mentah dan MSC sasaran; serta kepentingan industri hidrokarbon kepada Kerajaan; ketidakstabilan politik dan sosial serta pergolakan dan konflik bersenjata sebenar atau yang berpotensi di wilayah di mana Syarikat beroperasi dan kawasan lain; turun naik faedah dan kadar pertukaran; risiko yang timbul sekiranya Kerajaan Arab Saudi menghapuskan atau menukar tambatan SAR kepada dolar AS; serta risiko dan ketidakpastian lain yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza daripada pernyataan berpandangan ke hadapan dalam siaran akhbar ini, seperti yang dinyatakan dalam laporan berkala terkini Syarikat yang telah difailkan dengan Bursa Saham Arab Saudi. Untuk maklumat tambahan tentang potensi risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza daripada keputusan yang diramalkan, sila lihat laporan terkini Syarikat yang difailkan dengan Saudi Stock Exchange secara berkala. Pernyataan berpandangan ke hadapan sedemikian adalah berdasarkan pelbagai andaian tentang strategi perniagaan Syarikat pada masa ini dan akan datang serta persekitaran operasinya pada masa hadapan. Maklumat yang terkandung dalam siaran akhbar ini, termasuk namun tidak terhad kepada pernyataan berpandangan ke hadapan, hanya terpakai pada tarikh siaran akhbar ini dan tidak bertujuan untuk menjamin sebarang keputusan pada masa hadapan. Syarikat secara jelas menafikan sebarang tanggungjawab atau kewajiban untuk menyebarkan sebarang kemas kini atau semakan semula siaran akhbar ini, termasuk mana-mana data kewangan atau pernyataan berpandangan ke hadapan, sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa masa hadapan atau sebaliknya, melainkan jika dikehendaki oleh undang-undang atau peraturan yang berkuat kuasa. Tiada sesiapa boleh menganggap bahawa siaran akhbar ini merupakan satu bentuk nasihat kewangan, cukai atau pelaburan. Pergantungan yang tidak wajar tidak boleh diletakkan pada pernyataan berpandangan ke hadapan ini.