ATHENS, Greece, 18 September 2023 /PRNewswire/ -- Sebuah kajian baharu telah menunjukkan bahawa Senolytics, kelas baharu ubat-ubatan berpotensi untuk menghalang pemindahan senesens, mekanisme utama penuaan, pada penerima organ penderma yang lebih tua.
Penyelidikan rintis yang dibentangkan hari ini di KongresPersatuan Pemindahan Organ Eropah (European Society for Organ Transplantation, ESOT) 2023 membuka laluan yang memberangsangkan bagi mengembangkan kumpulan penderma organ dan meningkatkan hasil pesakit.
Dengan memindahkan organ penderma yang lebih tua kepada penerima yang muda, para penyelidik daripada Harvard Medical School dan Mayo Clinic telah menyelidik peranan pemindahan organ dalam mendorong senesens, sejenis mekanisme biologi yang dikaitkan dengan penuaan dan penyakit berkaitan usia. Para penyelidik menjalankan pemindahan jantung berbeza usia daripada tikus muda (berumur 3 bulan) dan juga tikus tua (bermur 18-21 bulan) kepada penerima yang lebih muda. Penerima jantung yang tua menunjukkan kekerapan sel senesen yang bertambah dalam nodus limfa, hati dan otot yang berkurangan, selain paras mt-DNA sistemik yang bertambah, berbanding penerima yang menerima organ muda. Sangat mengejutkan, pemindahan organ tua menyebabkan kecacatan fizikal dan kognitif lanjutan pada penerima.
Penyelidikan ini juga telah menemui satu penyelesaian yang berpotensi untuk proses ini dengan menggunakan Senolytics - sejenis kelas ubat baharu yang direka untuk menyasar dan menghapuskan sel senesen. Apabila penderma tua dirawat dengan Senolytics (Dasatinib dan Quercertin) sebelum memperoleh organ, pemindahan senesens telah dikurangkan dengan ketara melalui pengumpulan sel senesen dan mt-DNA yang berkurangan. Penerima yang menerima organ tua yang dirawat dengan Senolytics menunjukkan peningkatan kecergasan fizikal yang setara dengan pemerhatian terhadap penerima organ muda.
Maximillian J. Roesel membentangkan kajian ini sebagai sebahagian daripada kumpulan di Brigham and Women's Hospital, Harvard Medical School mengulas, "Umur penderma memainkan peranan penting dalam kejayaan pemindahan organ di mana penerima organ yang lebih tua berhadapan dengan hasil yang lebih buruk. Namun begitu, penggunaan organ dari penderma tua adalah penting bagi menangani kekurangan organ di seluruh dunia dan penyelidikan ini menunjukkan cabaran besar serta penyelesaian yang berpotensi untuk menggunakan organ yang lebih tua.
"Pada masa hadapan, kami akan menyelidik dengan lebih lanjut potensi peranan Senolytics dalam mencegah pemindahan senesens pada manusia. Penyelidikan ini amat menarik kerana ia dapat membantu kami meningkatkan hasil dan juga menjadikan lebih banyak organ tersedia untuk pemindahan," simpul Stefan G. Tullius, pengarang utama kajian ini.
Nota kepada editor:
Rujukan kepada Kongres ESOT 2023 mesti disertakan dalam semua liputan.