omniture

Bateri Gotion High-tech Capai "Buatan Jerman"

Gotion High-tech
2023-09-18 20:58 119
  • Produk bateri pertama dikeluarkan di Gotion Germany Battery GmbH dilancarkan secara rasmi
  • Stephan Weil, Gabenor Lower Saxony dan orang-orang kenamaan Cina dan Jerman yang lain bersama-sama menyaksikan upacara itu
  • Dalam masa yang sama, Gotion menandatangani kontrak dengan banyak syarikat yang terkenal di peringkat antarabangsa seperti BASF China, ABB, Ebusco dan Ficosa

GÖTTINGEN, Jerman, 18 September 2023 /PRNewswire/ -- Pada pagi 16 September, produk bateri keluaran tempatan pertama dilancarkan secara rasmi di Göttingen, sebuah bandar universiti yang terkenal di bahagian tengah Jerman. Ini merupakan satu acara penting untuk pangkalan pengeluaran dan operasi bateri pertama Gotion di Eropah. Majlis tersebut disaksikan oleh Stephan Weil, Gabenor Lower Saxony dan Cong Wu, Konsul Jeneral China di Hamburg. Pada hari yang sama, Gotion turut menandatangani perjanjian kerjasama dengan syarikat-syarikat yang terkenal di peringkat antarabangsa seperti BASF, ABB, Ebusco dan Ficosa.

Di acara berkenaan, para tetamu yang mengambil bahagian menekan butang mula bersama-sama untuk melancarkan secara rasmi barisan pengeluaran pek bateri automatik pertama di pangkalan Jerman Gotion. Apabila sebuah AGV (Kenderaan Pandu Automatik) mengangkut perlahan-lahan pek bateri pertama dari kawasan ujian kepada tetamu, semua orang bersorak dengan tepukan yang gemuruh. "Saya sangat bertuah, ia merupakan detik yang sangat baik dalam hidup saya." Andreas, seorang pekerja di kilang Göttingen yang baru sahaja menandatangani pek bateri pertama, berkongsi keterujaan beliau bersama lebih daripada 200 rakan sekerja. Pentauliahan dan operasi rasmi barisan pengeluaran pek bateri itu menunjukkan bahawa Gotion telah mencapai pengeluaran dan pembekalan setempat di Eropah. Bateri Gotion secara rasminya memulakan perjalanan pada laluan "Buatan Jerman".

"Barisan pengeluaran kilang Göttingen kami amat berautomatik, dengan tahap automasi keseluruhan mencapai hampir 70% dan mendekati 80% pada peringkat pemasangan modul," kata Ray Chen, Naib Presiden Gotion Global. Klaus Gohde, Pengurus Besar kilang Göttingen menegaskan bahawa terdapat tahap kesepakatan dan kekonsistenan tindakan yang tinggi dalam kalangan pasukan Göttingen bagi menggalakkan transformasi kilang itu daripada perniagaan ICE kepada perniagaan bateri dalam satu pendekatan "One Gotion" ("Satu Gotion"). Selain daripada itu, Steven Cai, Ketua Pegawai Teknologi Gotion, turut mendedahkan perancangan strategik syarikat di Eropah. Seperti yang diperkenalkan oleh beliau, rancangan kapasiti pengeluaran semasa untuk kilang Göttingen ialah 20GWj, yang dijangka siap dalam empat fasa. Sebaik sahaja beroperasi sepenuhnya, ia dianggarkan untuk menjana nilai output tahunan sebanyak EUR 2 bilion. Peter Willemsen, Ketua Pegawai Operasi Gotion Global dan pengarah urusan entiti Jerman, berkata bahawa semangat kerjasama antara China dan Eropah penting dalam usaha untuk "menjadikan Eropah hijau kembali". Barisan pengeluaran pertama kilang Göttingen Gotion memulakan pengeluaran besar-besaran rasmi pada hari ini. Ketika ini, kilang tersebut mendapat banyak pesanan dari Eropah. Dijangkakan bahawa ia dapat membekalkan produk untuk pelanggan Eropah mulai Oktober. Menjelang pertengahan tahun 2024, kapasiti pengeluaran sebenar boleh mencecah 5GWj. "Produk pek bateri dari kilang berkenaan termasuk produk untuk kenderaan komersial, sistem storan tenaga dan kenderaan penumpang. Di samping itu, kilang itu akan berfungsi sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D), logistik dan servis selepas jualan untuk pangkalan pengeluaran dan operasi Eropah Gotion."

Permintaan yang tinggi untuk pesanan terbukti pada majlis penandatanganan itu. Pada 16 September, Gotion High-tech menandatangani perjanjian kerjasama dengan lima syarikat yang terkenal di peringkat antarabangsa, meliputi pelbagai aspek seperti bahan bateri, pembangunan produk dan pembekalan produk automotif dan storan tenaga. Khususnya, Gotion akan berkolaborasi selanjutnya dengan BASF China untuk projek-projek berkaitan bahan bateri. Gotion dan ABB dari Switzerland akan saling bekerjasama untuk pembekalan produk bateri serta R&D teknologi bagi menyokong kilang-kilang baharu Gotion di Eropah dan Amerika Syarikat. Kerjasama dengan Ebusco akan memfokuskan pada pembangunan dan penghasilan sistem bateri storan tenaga dan projek storan tenaga angin dan solar. Di samping itu, Gotion akan bekerjasama dengan Ficosa dan Idneo bagi storan tenaga mudah alih pintar dan mengecas kenderaan, perbankan bateri, kitar semula bateri, BMS serta kejuruteraan Data Raya.

Li Zhen, Pengerusi Gotion, menyampaikan ucapan pembukaan: "Pelancaran rasmi pek bateri pertama pada hari ini menjadi bukti kerja keras dan kebijakan yang ditunjukkan oleh semua pekerja kilang. Kami tidak sabar-sabar untuk berkolaborasi dengan perusahaan-perusahaan Eropah bagi menggalakkan pengurangan emisi karbon di EU dan memupuk pertumbuhan dinamik untuk kedua-dua kenderaan serta industri tenaga baharu."

En. Stephan Weil, Gabenor Lower Saxony, menyatakan dalam ucapan beliau bahawa enjin merupakan bahagian pada kenderaan bahan api yang paling penting pada masa lalu, namun pada masa akan datang, bateri akan menjadi komponen teras kenderaan elektrik. Projek kilang Göttingen memiliki kelebihan tersendiri kerana ia membolehkan Gotion mengilangkan produk bateri kuasa yang dapat memenuhi permintaan pasaran yang luas di Göttingen selama berdekad-dekad yang akan datang.

 

 
Source: Gotion High-tech
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Contracts Corporate Expansion Licensing/marketing agreements New products/services