omniture

China Mendominasi Kedudukan Universiti QS 2014: BRICS

QS Quacquarelli Symonds
2014-06-18 07:01 131

LONDON, 18 Jun 2014 /PRNewswire/ --

Diterbitkan hari ini di http://www.TopUniversities.com #QSWUR

QS University Rankings: BRICS, yang membandingkan 200 institusi Teratas di Brazil, Rusia, India, China serta Afrika Selatan, mengenal pasti China sebagai negara BRICS yang paling berkemungkinan akan mencapai matlamatnya bagi mewujudkan universiti bertaraf dunia.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140618/691283

Ben Sowter, ketua penyelidikan QS berkata: "Istilah BRICS telah diringkaskan sebagai idea masa depan ekonomi dunia bukan lagi dalam tangan pemain tradisi seperti AS, Eropah dan juga Jepun. Bagi bersaing dengan dunia maju yang sedia ada, ekonomi yang berkembang pantas ini memerlukan sistem universiti bertaraf dunia."

China menguasai enam daripada 10 tempat teratas, mendahului Brazil (2), Rusia (1), serta Afrika Selatan (1). Rusia yang mempunyai 53 institusi dalam kedudukan 200 teratas adalah kedua selepas China (71). Bagaimanapun, hanya tujuh institusi di Rusia berada dalam kedudukan 50 teratas, lebih rendah lagi berbanding China (21), Brazil (10) serta India (9).

India merupakan satu-satunya negara tanpa universitinya berada dalam kedudukan 10 teratas, walaupun lima IIT berjaya menduduki tempat 20 teratas.

Kedudukan 10 Teratas

2014

2013



1

1

UNIVERSITI TSINGHUA

CN

2

2

UNIVERSITI PEKING

CN

3

3

UNIVERSITI NEGARA MOSCOW LOMONOSOV

RU

4

6=

UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI CHINA

CN

5

4

UNIVERSITI FUDAN

CN

6

5

UNIVERSITI NANJING

CN

7

8

UNIVERSIDADE DE SAO PAULO

BR

8

6=

UNIVERSITI JIAO TONG SHANGHAI

CN

9=

10

UNIVERSIDADE ESTADUAL DE CAMPINAS

BR

9=

11

UNIVERSITI CAPE TOWN

ZA


(c) http://www.TopUniversities.com [http://bit.ly/1hLw5HQ]

"Kemajuan pendidikan tinggi China sepanjang tempoh 20 tahun yang lalu ialah pencapaian yang luar biasa," kata Sowter lagi. "Universiti seperti Tsinghua dan Peking kini telah memantapkan kedudukan masing-masing sebagai pengeluar utama dunia bagi penyelidikan saintifik."

China telah meningkatkan pembiayaan penyelidikan dan pembangunan dengan purata 18 peratus setiap tahun sejak tahun 2008. Institusi 'C9 League' telah dikenal pasti sebagai pencabar kepada 'Ivy League' dari AS, manakala enam daripadanya berjaya berada dalam kedudukan 10 teratas untuk kedudukan hari ini.

Cik Irani, menteri baharu untuk universiti di India telah menetapkan sasaran peningkatan perbelanjaan bagi pendidikan kepada 6 peratus daripada KDNK berbanding perbelanjaan semasa iaitu kurang 4 peratus. Beliau mengharapkan agar universiti dapat menambah baik dan turut menyelaraskan kursus yang ditawarkan agar selari dengan pasaran pekerjaan.

Rusia pula telah mengumumkan perancangannya untuk menjadikan lima universitinya dalam kedudukan 100 teratas pada peringkat global menjelang tahun 2020, sementara India pula bercita-cita untuk menubuhkan 14 universiti bertaraf dunia menerusi dasar kerajaan "brain gain".

"Ketika perbelanjaan kerajaan di kebanyakan negara Barat sedang dilengahkan, negara BRICS telah pun berhasrat untuk membangunkan universiti bertaraf dunia dengan lebih pantas," kata Sowter.

SUMBER QS Quacquarelli Symonds

Source: QS Quacquarelli Symonds
Keywords: Education Higher Education Publishing/Information Service Survey, Polls & Research