omniture

Pereka Sistem Terbenam Mendapat Platform Pemprototaipan Berkos Rendah daripada Kit Pembangunan Modul Pengkomputeran Raspberry Pi Baharu, Kini Boleh Didapati untuk prapesanan daripada RS Components

RS Components
2014-06-18 11:00 158

Berkas Modul Pengkomputeran Raspberry Pi dan Papan Pembangunan IO Modul Pengkomputeran Raspberry menyediakan faktor bentuk yang lebih lentur untuk para pengguna bagi aplikasi terbenam profesional

KUALA LUMPUR, Malaysia, 18 Jun 2014 /PRNewswire/ -- RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE:ECM), pengedar global untuk para jurutera, telah mengumumkan ketersediaan Modul Pengkomputeran Raspberry Pi, produk terkini yang dihasilkan oleh pasukan pembangunan Yayasan Raspberry Pi. Buat masa kini Modul Pengkomputeran itu boleh dibeli melalui prapesanan daripada RS sebagai sebahagian daripada kit pembangunan, yang diberkas bersama Papan Pembangunan IO Modul Papan Pengkomputeran, yang menyerlahkan semua keterhubungan IO bagi membentuk platform pemprototaipan untuk jurutera reka bentuk barangan elektronik.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )

Dibangunkan khas untuk jurutera dalam pasaran profesional bagi mencipta sistem terbenam mereka sendiri, Modul Pengkomputeran Raspberry Pi muat ke dalam soket DDR2 SODIMM standard dan turut menyediakan ciri asas yang sama dengan Raspberry Pi standard, termasuk pemproses Broadcom BCM2835 serta RAM sebanyak 512 Megabit. Ia menggantikan kad SD dengan peranti kilat eMMC 4 Gigabit terbina sekali, dan menyepadukan semuanya ke atas papan padat sebesar 67.6 x 30 mm.

Papan Pembangunan IO Modul Pengkomputeran ialah papan pembangunan sumber terbuka ringkas yang disambungkan dengan Modul Pengkomputeran dan membolehkan pereka bentuk mengatur cara ingatan kilat modul itu dan turut mengakses antara muka pemproses dengan mudah melalui pengepala pin dan juga penghubung lentur, yang mirip dengan Raspberry Pi standard. Ia menyediakan soket HDMI dan penghubung USB yang perlu bagi mencipta keseluruhan sistem yang boleh mengebut sistem pengendalian pengguna dan membenarkan jurutera mula mereka bentuk dengan menggunakan Modul Pengkomputeran.

Eben Upton daripada Yayasan Raspberry Pi berkata, "Idea untuk Modul Pengkomputeran muncul apabila kami memerhatikan bagaimana ramai pereka peralatan perindustrian dan komersil menyepadukan Raspberry Pi ke dalam sistem hujung mereka. Kami mahu mencari penyelesaian yang boleh memberikan mereka semua sumber pengkomputeran Raspberry Pi dalam format padat tetapi menyerahkan IO kepada pengeluar sistem hujung."

"Raspberry Pi sedang menunjukkan yang penggunaannya sudah melangkaui konsep asalnya sebagai alat pengajaran pengaturcaraan bagi menyediakan jurutera terbenam dengan cara yang pantas dan mampu milik untuk membangunkan sistem terbenam mereka," kata Glenn Jarrett, Ketua Pemasaran Produk Global di RS Components. "Kami membayangkan para pembangun akan mempercepat proses pembangunan dengan menggunakan sumber komuniti luas Raspberry Pi yang telah mematangkan diri selama beberapa tahun lepas."

Modul Pengkomputeran Raspberry Pi boleh didapati sebagai unit kendiri mulai musim luruh 2014.

Kit Pembangunan Modul Pengkomputeran Raspberry Pi, yang menyepadukan Modul Pengkomputeran dan Papan Pembangunan IO Modul Pengkomputeran, boleh didapati untuk prapesanan daripada RS ke seluruh dunia pada harga $229.

Latar belakang RS Components

RS Components dan Allied Electronics ialah jenama dagangan Electrocomponents plc, pengedar global untuk para jurutera. Dengan pengendalian di 32 negara, kami menawarkan kira-kira 500,000 produk melalui Internet, katalog serta di kaunter dagangan kepada lebih sejuta pelanggan, menghantar lebih 44,000 bungkusan setiap hari. Produk kami, disumberkan daripada 2,500 pembekal yang menerajui bidangnya, termasuklah semikonduktor, alat saling hubung, alatan pasif dan elektromekanik, automasi dan juga kawalan, barangan elektrik, ujian dan pengukuran, alatan serta barangan guna habis.

Electrocomponents disenaraikan di Bursa Saham London dan pada tahun kewangan lepas yang berakhir pada 31 Mac 2014, telah mencatatkan hasil sebanyak GBP 1.27 bilion.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati laman web di www.rs-online.com.

RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
E-mel: soochun.tan@rs-components.com
Telefon: +65-6391-5745

Maklumat Perhubungan Awam Edelman (Singapura)
Yvette Yeo
Pengurus
E-mel: yvette.yeo@edelman.com
Telefon: +65-6347-2355

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan berikut:

@RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS

RS Components di Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components

RS Components di Weibo
http://e.weibo.com/u/3206377000?type=0

Pautan Berkaitan:

Electrocomponents plc
www.electrocomponents.com

RS Components
www.rs-online.com/

DesignSpark
www.designspark.com

SUMBER: RS Components

Source: RS Components
Related Stocks:
LSE:ECM OTC:EENEY
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Components New products/services