omniture

Canton Biologics Selesaikan Pembiayaan Siri C Lebih 300 Juta Yuan, Diketuai oleh SDIC Venture Capital

Canton Biologics Co., Ltd.
2023-09-19 21:02 49

GUANGZHOU, China, 19 September 2023 /PRNewswire/ -- Pada 13 September, Canton Biologics Co., Ltd. mengumumkan bahawa baru-baru ini ia telah menyelesaikan pusingan pembiayaan Siri C melebihi 300 juta yuan. Pusingan pembiayaan ini diketuai oleh SDIC Venture Capital, dengan penyertaan daripada Guangdong Technology Financial Group, Taipu Life Science Investment dan Chnin Financial. Dana yang dikumpul dalam pusingan ini akan disalurkan ke arah memajukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) syarikat ini dalam bioteknologi baharu, meningkatkan keupayaan pengeluaran komersial dan mengembangkan jejak strategik globalnya.

Ditubuhkan di Guangzhou pada tahun 2016, Canton Biologics mengkhusus dalam sektor CDMO biofarmaseutikal molekul besar, menawarkan perkhidmatan hujung-ke-hujung bermula daripada pembangunan CMC biofarmaseutikal hingga pengeluaran komersial dan pembekalan klinikal global. Syarikat ini mencapai hasil yang luar biasa dalam pembangunan titisan sel hasil-tinggi, keupayaan ekspresi protein kompleks dan keupayaan pembuatan antarabangsa yang teguh. Khususnya, syarikat ini melakar kemajuan penting pada platform ekspresi molekul lgM, sel hos ekspresi, kultur sel berketumpatan tinggi, rumusan baharu dan metodologi analitis. Sebagai bukti kecekapan operasinya, Canton Biologics mencapai kejayaan dengan beralih daripada sintesis DNA kepada pengeluaran CMC dalam hanya 7 bulan, memudahkan perkembangan pantas daripada terapeutik pelanggan kepada percubaan klinikal.

Dr. Xiao Shen, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Canton Biologics, berkata, "Saya amat berterima kasih kepada pelabur dalam pusingan ini kerana mengiktiraf kepakaran teknikal dan potensi pertumbuhan Canton Biologics. Sejak penubuhan kami, kami berpasakkan kepada nilai-nilai 'keandalan, kecekapan dan inovasi', serta diilhamkan oleh visi kami untuk memperkasa masa depan dengan teknologi. Pusingan pembiayaan ini akan memantapkan lagi kemajuan kami dalam R&D bioteknologi, mengukuhkan kehadiran global kami, menyokong rakan kongsi kami secara berterusan dan akhirnya menawarkan perkhidmatan kepada lebih ramai pesakit."

Pelabur utama, SDIC Venture Capital, mempunyai pandangan yang sangat yakin terhadap pertumbuhan prospektif dan pengembangan global Canton Biologics kerana Canton Biologics ialah entiti utama dalam lingkungan CDMO ubat molekul besar, dengan kepakaran yang luas serta asas teknikal yang mantap dalam bidang-bidang seperti pembangunan titisan sel proprietari, rumusan farmaseutikal praklinikal, pembuatan komersial berskala besar dan pengurusan rantaian bekalan klinikal bersepadu.

Pelabur bersama, Guangdong Technology Financial Group, menyatakan bahawa pertumbuhan Canton Biologics yang dipercepatkan memainkan peranan strategik dalam meningkatkan landskap penyumberluaran R&D dalam wilayah Guangdong.

Pelabur bersama, Taipu Life Science Investment, juga mempunyai pandangan yang baik tentang Canton Biologics kerana ia mempunyai perspektif global, komitmen terhadap perkhidmatan berpusatkan pelanggan, kader pengurusan yang dinamik, pasukan teknikal yang inovatif dan keupayaan yang teguh dalam pengindustrian bioteknologi.

 

 

 

 

Source: Canton Biologics Co., Ltd.
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Financing agreements Venture Capital