BEIJING, 19 September 2023 /PRNewswire/ -- Tahun ini menandakan ulang tahun ke-10 cadangan pembinaan komuniti China-ASEAN yang lebih erat dengan masa depan yang dikongsi bersama serta Inisiatif Jalur dan Jalan dan juga ulang tahun ke-20 Ekspo China-ASEAN serta Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN.
The 20th China-ASEAN Expo, along with the China-ASEAN Business and Investment Summit, will be held in Nanning from Sept. 16 to 19. (Nanning Daily/Liang Feng)
Ekspo China-ASEAN pertama dan sidang kemuncak tersebut diadakan dengan jayanya di Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, selatan China, pada tahun 2004. Sejak itu, Ekspo China-ASEAN diadakan sekali setahun dan Nanning menjadi bandar tuan rumah kekal Ekspo ini, membentuk "saluran Nanning" yang menjadi platform penting untuk keterbukaan dan kerjasama China-ASEAN serta menjadi kelebihan penting Guangxi yang menyerlah.
Sepanjang 20 tahun yang lalu, pelbagai jenis barangan dari negara-negara ASEAN memasuki pasaran Cina melalui platform Ekspo China-ASEAN dan pembangunan ekonomi China membawa peluang untuk lebih banyak pedagang ASEAN.
Banyak perusahaan dari China, ASEAN malah seluruh dunia menggunakan "saluran Nanning" untuk bekerjasama dengan satu sama lain dalam pelbagai bidang seperti perdagangan barangan, pelaburan, perdagangan perkhidmatan, kapasiti pengeluaran antarabangsa dan pembinaan taman rentas sempadan, dsb.
Dalam lima tahun yang lalu, Nanning menandatangani hampir 300 projek semasa Ekspo China-ASEAN dengan jumlah pelaburan sebanyak lebih 200 bilion yuan, kata Liang Qing, Pengarah Biro Penggalakan Pelaburan Nanning.
Selain itu, Ekspo China-ASEAN memajukan dengan berkesan kerjasama ekonomi dan perdagangan China-ASEAN sepanjang 20 tahun yang lalu dan menggalakkan sejumlah besar perusahan Cina untuk "menuju global".
Perdagangan dua hala antara ASEAN dan China meningkat secara signifikan dari lebih 100 bilion dolar A.S. pada tahun 2004 kepada 975.34 bilion dolar A.S. pada tahun 2022.
China kekal menjadi rakan dagangan terbesar ASEAN selama 14 tahun berturut-turut. ASEAN telah menjadi rakan dagangan utama China selama tiga tahun berturut-turut.
Wei Zhaohui, setiausaha agung Sekretariat Ekspo China-ASEAN menyatakan bahawa "saluran Nanning" yang unik beransur-ansur menjadi "saluran emas" untuk kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dan negara-negara ASEAN serta lebih banyak negara di rantau ini.
Tambahan pula, "saluran Nanning" sedikit sebanyak turut mengukuhkan pertukaran budaya dan ikatan sesama rakyat antara kedua-dua pihak.
Difahamkan bahawa sehingga kini, China dan ASEAN telah menghantar lebih daripada 200,000 orang pelajar kepada satu sama lain. Negara-negara ASEAN telahpun menubuhkan 42 Institut Confucius dan 39 Sekolah Confucius.
Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/336130.html