omniture

Xinhua Silk Road: Lianyungang Jiangsu Timur China mengadakan Forum Kerjasama China-Europe Railway Express

Xinhua Silk Road
2023-09-19 22:27 54

BEIJING, 19 September 2023 /PRNewswire/ -- Forum Kerjasama China-Europe Railway Express diadakan pada hari Jumaat di Lianyungang, Wilayah Jiangsu, timur China, dengan kira-kira 500 wakil dari 29 negara dan wilayah berhimpun di bandar pantai itu, berkongsi pandangan untuk memajukan selanjutnya pembangunan Ekspres Kereta Api China-Eropah yang berkualiti tinggi sekali gus memperluaskan kerjasama dalam bidang-bidang seperti perdagangan dan pelaburan, pertukaran budaya dan perhubungan darat-laut.


Sebagai salah satu acara yang menandakan ulang tahun ke-10 Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI), forum tersebut menyaksikan pelancaran laman web China Railway Express (CR Express), portal yang bukan sahaja berfungsi sebagai jendela penting untuk mendapatkan maklumat tentang China-Europe Railway Express tetapi juga menyediakan sokongan tambahan untuk perusahaan yang menggunakan perkhidmatan China-Europe Railway Express.

Sebagai projek utama dan jenama penting BRI, China-Europe Railway Express menyuntik dorongan baharu kepada pembangunan ekonomi serantau dan memastikan kestabilan rantaian industri dan bekalan antarabangsa, ujar pakar.

Bertemakan "Memperdalam Kesalinghubungan dan Menggalakkan Kerjasama Saling Menguntungkan," forum tersebut dihoskan oleh Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara, Kementerian Pengangkutan, Pentadbiran Am Kastam, China State Railway Group dan beberapa kerajaan tempatan.

Diperhatikan bahawa Jiangsu ialah salah satu wilayah terawal di China yang melancarkan China-Europe Railway Express. Data menunjukkan bahawa 1,504 perjalanan telahpun dibuat dalam lapan bulan pertama pada tahun ini yang mana rekod tertinggi sebanyak 214 perjalanan telahpun dibuat pada bulan Ogos sahaja.

Terletak di kawasan pantai tengah China, Lianyungang ialah terminal timur bagi Jambatan Darat Eurasia Baharu sepanjang 10,900-km, satu laluan antarabangsa yang menghubungkan Pasifik dan Atlantik. Sebagai tunjang kukuh bagi kerjasama Jalur dan Jalan, Lianyungang menjalankan projek-projek penting seperti Pangkalan Kerjasama Logistik China-Kazakhstan dan Taman Logistik Antarabangsa (Lianyungang) SCO.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/336128.html 

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Art Banking/Financial Service Computer Networks Computer/Electronics Publishing/Information Service Railroads and Intermodal Transportation Telecommunications Transportation Trade show news