omniture

NETA Auto Hadiri Ekspo China-ASEAN, Sasarkan Liputan Pasaran ASEAN Penuh

NETA Auto
2023-09-20 20:43 57

NANNING, China, 20 September 2023 /PRNewswire/ -- Pada 17 September, Ekspo China-ASEAN ke-20 bermula di Guangxi, China. Hampir 1,700 syarikat dari lebih 40 negara mengambil bahagian dalam acara itu, memajukan integrasi ekonomi China-ASEAN dengan produk inovatif dan berteknologi yang baharu. Satu kehadiran yang menonjol di ekspo itu ialah NETA Auto, yang mempamerkan barisan kenderaannya yang hebat. Zhang Yong, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif NETA Auto, menghadiri forum-forum utama dalam acara ini.

Zhang Yong, co-founder and CEO of NETA Auto, attends China-ASEAN Expo
Zhang Yong, co-founder and CEO of NETA Auto, attends China-ASEAN Expo

Reruai pameran NETA Auto menarik minat para tetamu kehormat termasuk Sonexay Siphandone, Perdana Menteri Laos, Aung Zeya, Timbalan Menteri bagi Kementerian Sains dan Teknologi Myanmar serta beberapa orang kenamaan politik lain dan wakil-wakil syarikat dari negara-negara ASEAN. Mereka benar-benar mengiktiraf pembangunan global NETA Auto.

NETA Auto akan mewujudkan kehadiran yang kukuh dalam seluruh pasaran ASEAN dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang, menjadikan kenderaan elektrik (EV) pintar yang berkualiti tinggi lebih mudah diakses untuk penduduk tempatan. Terkenal dengan ciri-ciri pintar yang luar biasa serta kualiti produk terunggul, NETA Auto muncul sebagai jenama EV pintar Cina yang popular dalam pasaran global. Dengan kumpulan pengguna melebihi 330,000 di seluruh dunia, syarikat ini aktif meneruskan strategi globalisasinya.

Menyambut pengunjung dengan barisan produk terkemuka

Potensi untuk mencapai kejayaan bersama dalam pasaran ASEAN telah menjadi pemacu utama populariti NETA Auto sebagai jenama auto tenaga-baharu di rantau ini. NETA V, berkedudukan sebagai kenderaan pintar mengikut perkembangan terkini yang dicipta untuk golongan belia, kerap mendahului kedudukan bagi pendaftaran kenderaan elektrik tulen di Thailand. Model ini mencerminkan nilai jenama NETA Auto, "Tech For All" ("Teknologi Buat Semua"), menerusi sistem sokongan pemandu pintar Tahap 2 beraneka-cirinya, skrin kawalan pusat pintar 14.6 inci yang luas dan pemproses 8-teras berprestasi tinggi. Barisan produk NETA Auto keseluruhan yang dipamerkan di ekspo itu menggamit perhatian yang signifikan daripada para peserta dari negara-negara ASEAN dan yang lain-lain.

Menyasarkan liputan penuh di ASEAN sebagai sebahagian daripada strategi global berasaskan penyetempatan

Pada tahun 2022, NETA Auto membuat kemunculan sulungnya di Thailand, salah sebuah negara pembuatan kereta terbesar di ASEAN, menandakan permulaan pengembangan antarabangsanya. Hari ini, NETA Auto muncul sebagai pengusaha penting dalam industri automotif Thailand. Dari Januari hingga Ogos tahun ini, NETA V menduduki tempat kedua dalam carta pendaftaran untuk kenderaan elektrik (EV) tulen di Thailand, dengan bahagian pasaran mencapai hampir 20%. Setakat September, NETA Auto telah mencapai jualan kumulatif melebihi 10,000 unit di Thailand.

NETA Auto bukan sahaja telah mencapai kemajuan yang signifikan di Thailand tetapi juga menggiatkan usaha pengembangannya dalam pasaran ASEAN yang lain. Di Indonesia, syarikat ini menubuhkan sebuah subsidiari dan menembusi pasaran Indonesia. Di Malaysia, NETA Auto bekerjasama dengan rakan usaha sama tempatan untuk mewujudkan kehadiran dengan pantas. NETA Auto meletakkan kepentingan yang tinggi kepada pasaran ASEAN. Ia merancang untuk menyerahkan lebih 100,000 kenderaan setiap tahun dalam tempoh kira-kira tiga tahun, mengukuhkan kedudukannya sebagai daya penggerak untuk pembangunan tenaga baharu di ASEAN dan menyumbang kepada penciptaan kualiti hidup yang lebih baik di rantau ini.

Di Ekspo China-ASEAN ke-20, NETA Auto terus memperluaskan kehadiran globalnya, menjalin perkongsian strategik berbilang peringkat yang komprehensif dalam industri automotif dengan ASEAN dan pelbagai negara di seluruh dunia. Langkah ini mempercepatkan transformasinya daripada NETA China kepada NETA dunia, bagi menjadikan kenderaan elektrik pintar yang berkualiti tinggi boleh diakses pada skala global.

Source: NETA Auto
Keywords: Auto Transportation Trade show news