omniture

Hisense Terajui Pecutan Pertumbuhan Paparan Laser Global dengan Strategi Berpacukan Senario-Penuh untuk Kehidupan Rumah Pintar

Hisense
2023-09-20 20:49 57

QINGDAO, China, 20 September 2023 /PRNewswire/ -- Hari ini, Forum Industri Paparan Laser Global kali keempat berlangsung di Qingdao, China yang mana pakar industri paparan laser global, ahli akademik serta lebih seratus perusahaan seperti Hisense, Leica Camera, Texas Instruments, Nichia, antara lain berkumpul untuk membincangkan pembangunan teknologi yang terkini dan banyak lagi. Dennys Li, Presiden Hisense Visual Technology, menyampaikan ucaptama yang bertajuk 'Senario berkembang, paparan laser membuka era terbaik' untuk berkongsi strategi berpacukan senario Hisense untuk TV Laser dan pencapaian globalnya yang terkini.


Pakar-pakar industri meramalkan bahawa dalam 3 hingga 5 tahun akan datang, paparan laser akan dianggap sebagai peneraju industri dan teknologi paparan arus perdana dalam pasaran. Sebagai peneraju baharu bagi teknologi paparan, paparan laser juga merupakan pendahulu bagi revolusi berpandukan senario dan satu penemuan penting untuk mencapai kehidupan pintar terpacu dalam semua senario.

TV Laser telah menjadi satu kejayaan penting untuk globalisasi Hisense. Di CES 2023, Hisense melancarkan TV Laser 8K pertama dunia bagi menerajui industri paparan laser menuju era 8K. Hisense komited untuk menjadikan TV Laser sebagai penyelesaian terbaik untuk skrin rumah besar, bagi membolehkan pengguna menikmati pengalaman visual yang berkualiti tinggi. Menurut data Omdia, dalam separuh pertama tahun 2023, Hisense menghantar 41.8% TV Laser dalam sektor ini, menduduki tempat pertama dalam pasaran TV Laser global.


Sebagai fokus strategik, Hisense merancang untuk membuat pelaburan yang selanjutnya dengan menubuhkan empat pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) TV Laser utama di Qingdao, Shenzhen, Jepun dan Amerika Syarikat, dengan matlamat untuk terus mengintegrasikan R&D, pengeluaran dan penjualan serta mencapai pengemaskinian berlelar bagi teknologi paparan laser. Setakat 30 Jun 2023, Hisense telah memohon 2,230 paten dan diberikan 1,075 paten bagi paparan laser di seluruh dunia.

Ketika ini, Hisense telah menubuhkan tiga pusat inovasi berfokus senario untuk rumah, kenderaan dan kemudahan komersial. Hisense akan melabur untuk membina kumpulan pereka global, pasukan visual media baharu dan berkolaborasi dengan jenama-jenama automobil untuk mencipta pengalaman imersif secara berterusan. Sebagai penaja rasmi UEFA EURO 2024TM, akan memancarkan sorotan global pada TV Laser, semasa kejohanan itu dan memanfaatkan sepenuhnya sumber dan pengalaman globalnya bagi memacu pertumbuhan dan pembangunan industri paparan laser global.

 

 

 

Source: Hisense
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Household/Consumer/Cosmetics Trade show news