omniture

Subsidiari Shanghai Electric, Shanghai Electric Energy Storage Technology, Terima RMB400 Juta dalam Pembiayaan Siri A, Percepatkan Pembangunan Perniagaan Storan Tenaga

Shanghai Electric
2023-09-21 01:56 67

SHANGHAI, 21 September 2023 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric Energy Storage Technology, subsidiari storan tenaga Shanghai Electric (SEHK:2727, SSE:601727), baru-baru ini menerima RMB400 juta dalam pembiayaan Siri A yang akan digunakan untuk menyuntik kevitalan tambahan ke dalam pembangunan perniagaan storan tenaganya. Ia akan memberi tumpuan untuk mendorong penyelidikan dan pembangunan sistem baharu, mempromosikan struktur rantaian bekalan industri, pembinaan tindanan 100Mbps yang boleh digunakan dalam sistem storan tenaga bateri aliran vanadium redoks (VRFB) jenis kontena megawatt, mempererat kerjasama industri, mempercepatkan penaiktarafan industri dan menstabilkan aksesnya kepada modal dengan berkesan.  

Shanghai Electric Subsidiary, Shanghai Electric Energy Storage Technology, Receives RMB400 Million in Series A Financing, Accelerating Development of Its Energy Storage Business.
Shanghai Electric Subsidiary, Shanghai Electric Energy Storage Technology, Receives RMB400 Million in Series A Financing, Accelerating Development of Its Energy Storage Business.

Pusingan pembiayaan ini akan digunakan untuk terus menambah baik mekanisme tadbir urus korporat, mengukuhkan sokongan bakat dan meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta keupayaan inovasi. Sebaik sahaja pembiayaan selesai, penilaian pasca-pelaburan Shanghai Electric Energy Storage akan mencapai lebih 2.2 bilion yuan.

"Melangkah ke hadapan, Shanghai Electric Energy Storage Technology akan terus memperkukuh kedudukan pembangunannya dan tampil sebagai peneraju global dalam storan tenaga elektrokimia jangka panjang," kata Jin Xiaolong, Naib Presiden Shanghai Electric Group. "Khususnya, kami harus mengukuhkan inovasi teknologi dan merealisasikan transformasi pencapaian teknologi kami, melaksanakan projek 100-megawatt dan memantapkan kepimpinan projek demonstrasi selain kolaborasi dalam industri storan tenaga."

Selepas lebih sedekad membangunkan teknologi bertaraf dunia dan tiga tahun pengindustrian yang pesat, Shanghai Electric Energy Storage Technology menonjol dengan jelas dalam bidang storan tenaga jangka panjang, mencapai pembangunan produk fungsian, pembuatan andal serta operasi dan penyelenggaraan pintar. Produk storan tenaga bateri aliran peringkat kW dan MW yang dibangunkan dan dihasilkan sendiri oleh syarikat ini boleh digunakan secara meluas dalam penjanaan kuasa tenaga baharu dan sambungan grid, storan tenaga sisi-grid, mikrogrid pintar teragih dan bidang-bidang lain. Ia berjaya membangunkan tindanan siri 5kW/25kW/32kW/65kW dan menyerahkan lebih daripada 50 projek storan tenaga bateri aliran vanadium redoks (VRFB).

Setakat ini, Shanghai Electric telah membentuk strategi pembangunan, mengkhususkan orientasinya terhadap bidang-bidang baru muncul "4 tambah 2" yang disokong oleh teknologi canggih dengan tumpuan pada integrasi "storan-hidrogen-solar-angin" dan akan turut memfokuskan pada hala tuju industri bagi peralatan kecerdasan industri demi mencapai integrasi sumber yang cekap. Bidang-bidang profesional syarikat-syarikat teknologi storan tenaga akan menambah dan mengukuhkan pembangunan strategik Shanghai Electric yang pesat dan berterusan.

Dengan sokongan kewangan yang baru diperoleh ini, Shanghai Electric Energy Storage menumpukan perhatian sepenuhnya bagi mendorong penyelidikan dan pembangunan sistem perintis, meluaskan barisan pengeluaran mereka dan menerajui pembinaan projek 100-megawatt. Selain itu, syarikat ini berhasrat untuk menjalin kolaborasi industri yang lebih mendalam dan mempercepatkan proses penaiktarafan industri, seterusnya mengukuhkan kedudukannya sebagai pelopor industri.

Memandang ke hadapan, Shanghai Electric Energy Storage bersedia untuk mencapai sasarannya bagi melancarkan kempen pembiayaan Siri B pada tahun 2024. Di samping itu, syarikat ini menjangkakan untuk memulakan proses penyenaraian pada Lembaga Inovasi Sains dan Teknologi yang disegani pada tahun 2026, seterusnya mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai peneraju industri.

 

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Financing agreements