omniture

TV Laser Hisense Terus Perluas Sempadan Senario untuk Kehidupan Rumah Pintar dengan TV Laser Boleh Lipat Pertama Dunia L5K

Hisense
2023-09-21 02:05 45

QINGDAO, China, 21 September 2023 /PRNewswire/ -- Hisense, syarikat elektronik pengguna dan perkakas global, turut serta antara perusahaan-perusahaan global termasuk Leica Camera, Texas Instruments, Nichia dan lain-lain dalam Forum Industri Paparan Laser Global Keempat yang diadakan pada hari ini di Qingdao, China. 


Dengan ucapan yang bertajuk 'Senario berkembang, paparan laser buka era terbaik', Dennys Li, Presiden Hisense Visual Technology, menyampaikan strategi berpacukan senario Hisense untuk TV Laser. Dalam ucaptama beliau, Dennys memperkenalkan perjalanan Hisense dalam memimpin inovasi global untuk TV Laser, bermula dengan TV Laser 100-inci yang pertama di dunia pada tahun 2014, yang merupakan kunci kepada pertumbuhan global perniagaan. Pada tahun 2023, Hisense melancarkan TV Laser 8K pertama dunia, membawa industri ini menuju era 8K dan syarikat ini terus berinovasi dengan penemuan penting dalam produk berfokus pengguna, berdasarkan kepada paten utamanya, standard antarabangsa dan juga kualiti.

Memenuhi keperluan pengguna dalam pelbagai senario dalam kehidupan harian melalui produk dan perkhidmatan diperibadikan merupakan nilai teras produk yang dikilangkan oleh Hisense. Dengan fokus untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap skrin bersaiz besar di rumah, hari ini Hisense memperkenalkan TV Laser boleh lipat pertama dunia L5K, menawarkan warna-warna sebenar yang dikuasakan oleh Laser Engine LPU generasi baharu, pengguna boleh mendapatkan pengalaman teater dengan IMAX Enhanced melalui skrin besar untuk ruang tamu yang boleh melepasi pintu dengan mudah, sekali gus selesa pada mata pengguna.

Peningkatan senario untuk kehidupan pintar turut mempercepatkan inovasi kolaboratif rantaian industri dan meningkat dua kali ganda berbanding tahun 2021. Julai lalu, Hisense menjalin perkongsian strategik dengan Leica Camera AG, peneraju dalam bidang kanta optik berkualiti tinggi dan bersama-sama membangunkan TV Laser Leica pertama dan ia tidak lama lagi akan mula menjual TV Laser pawagam rumah pertama di China pada minggu ini.

TV Laser sedang menerajui pembuatan yang berkualiti tinggi untuk globalisasi Hisense. Dengan liputan lebih daripada 40 negara dan wilayah, TV Laser Hisense dijual di lebih 250 saluran arus perdana seperti Bestbuy dan COSTCO di AS dan BOULANGER di Perancis. 

Untuk terus memacu pertumbuhan dan pengembangan industri paparan laser global, Hisense akan memanfaatkan sepenuhnya sumber saluran globalnya, dengan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk melabur dalam pembangunan paparan laser yang inovatif, membentuk pakatan mendalam dan mencipta masa depan bersama semua rakan kongsi.

 

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news