omniture

WGC2023 Terbit Deklarasi Beijing dan Standard Industri Geoterma Pertama Dunia

SINOPEC
2023-09-21 02:10 19

BEIJING, 21 September 2023 /PRNewswire/ -- Kongres Geoterma Dunia (WGC2023) ke-7, dianjurkan oleh China Petrochemical Corporation (Sinopec Group), menerbitkan secara rasmi standard industri geoterma pertama dunia ("Standard") dan Beijing Declaration (Deklarasi Beijing) semasa majlis penutup di Beijing.

WGC2023 Publishes Beijing Declaration and the World’s First Geothermal Industry Standard.
WGC2023 Publishes Beijing Declaration and the World’s First Geothermal Industry Standard.

Pelancaran Standard dan Beijing Declaration mentakrifkan prinsip-prinsip serta menambah momentum kepada pembangunan industri geoterma global yang lestari, berkualiti tinggi, yang akan membawa pembangunan tenaga geoterma dan tenaga bersih ke tahap baharu serta memberi sumbangan positif untuk menangani cabaran iklim, meningkatkan sekuriti tenaga serta memberi manfaat kepada orang ramai di seluruh dunia.

Beijing Declaration menyatakan bahawa, dengan sokongan daripada semua pihak, tenaga geoterma akan menjadi salah satu sumber tenaga yang paling popular dan kompetitif pada masa akan datang. Bagi mencapai tujuan ini, para peserta WGC2023 menyatakan komitmen untuk mematuhi prinsip-prinsip yang berikut:

  • Prinsip pembangunan lestari dan meningkatkan kesedaran global mengenai pembangunan industri geoterma sebagai tindak balas kepada perubahan iklim;
  • Prinsip keterbukaan dan kerjasama serta bersama-sama menggalakkan inovasi teknologi dan pembangunan yang berkualiti tinggi dalam industri geoterma;
  • Prinsip keadilan dan rasional serta menggalakkan kerjasama dan pembangunan industri geoterma global secara berterusan;
  • Prinsip saling menguntungkan dan perkongsian serta mempererat kerjasama dalam industri geoterma global.

Dalam pada itu, Beijing Declaration menyeru untuk mengukuhkan kesedaran awam dan sokongan dasar bagi pembangunan geoterma, memajukan inovasi teknologi global, mempromosikan teknologi geoterma dan pertukaran pengetahuan, menyokong transformasi tenaga global dan memajukan pembangunan industri geoterma global yang berkualiti tinggi.

Standard tersebut, yang menjadikan amalan geoterma China sebagai rujukan untuk membentuk model penggunaan dan pembangunan lestari keseluruhan kitar hayat tenaga geoterma, memberi rujukan standard teknikal yang komprehensif untuk industri geoterma global. Ia mengesyorkan amalan untuk pemanasan geoterma hidroterma suhu rendah dan sederhana, meliputi penilaian sumber geoterma, pengiraan beban haba, reka bentuk skema perlombongan, kejuruteraan penggerudian dan penyiapan, kejuruteraan pemanasan, pemantauan dan kawalan.

"Sinopec telah membina kekuatan yang padu dan mengumpul pengalaman luas dalam pembangunan serta penggunaan tenaga geoterma yang bersih serta cekap. Ia menjadi matlamat dan juga tanggungjawab kami untuk mempercepatkan kemajuan dalam hal ini dan menggalakkan pertumbuhan hijau serta rendah-karbon global," kata Dr. Ma Yongsheng, Pengerusi Sinopec.

 

 

Source: SINOPEC
Related Stocks:
HongKong:0386 OTC:SNPTY
Keywords: Alternative Energies Chemical Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services Trade show news