omniture

Terra Drone Berkembang ke dalam Sektor Pertanian; Pemerolehan Perniagaan daripada Avirtech

Terra Drone Corporation
2023-09-21 08:00 61
  • Terra Drone Corporation Jepun mengumumkan "Terra Agri," perkhidmatan baharu yang menyasarkan pertanian lestari di peringkat global untuk memajukan pertanian jitu berpacukan teknologi dari Asia Tenggara ke seluruh dunia.
  • Avirtech mengkhusus dalam menyediakan perkhidmatan penyemburan dan pemetaan racun perosak menggunakan dron serta membangunkan penyembur berasaskan gimbal yang pertama di dunia untuk kejituan tinggi.

TOKYO, 21 September 2023  /PRNewswire/ -- Terra Drone Corporation, penyedia teknologi dron dan Mobiliti Udara Bandar (UAM) yang terkemuka, berkembang ke dalam sektor pertanian jitu dengan memperoleh perniagaan Avirtech, sebuah syarikat pemula terkemuka yang menyediakan perkhidmatan penyemburan dan pemetaan dron pertanian di Asia Tenggara. Terra Drone menubuhkan sebuah syarikat baharu iaitu Terra Drone Agri di Malaysia dan membangunkan perniagaannya di Malaysia dan Indonesia di bawah jenama perniagaan baharu "Terra Agri".


Dengan mengurangkan penggunaan racun perosak dan mencapai pertumbuhan dengan jejak karbon yang jauh lebih rendah, dron memperkasa petani untuk menjadi pintar-iklim.

Firma-firma penyelidikan dron yang terkemuka, termasuk Drone Industry Insights, mengiktiraf Terra Drone sebagai salah satu penyedia perkhidmatan dron terunggul di dunia. Terra Drone berjaya melengkapkan lebih 3,000 tinjauan dan projek pemeriksaan di 10 negara, manakala sistem pengurusan trafik tanpa pemandu (UTM) Unifly subsidiarinya menjadi yang paling luas digunakan di Amerika Utara, Eropah dan Timur Tengah.

Avirtech mengkhusus dalam menyediakan perkhidmatan penyemburan dan pemetaan racun perosak menggunakan dron dan kecerdasan buatan (AI). Penyelesaian daripada syarikat ini membantu peladang kelapa sawit dan syarikat perladangan meminimumkan kegagalan tanaman, mengurangkan kos kendalian sebanyak 30%. Melaksanakan sehingga 4,000 penerbangan setiap hari, Avirtech menyumbang kepada penanaman saintifik terhadap lebih 200,000 hektar tanah di Indonesia dan Malaysia.

Indonesia dan Malaysia diiktiraf sebagai pengeluar minyak sawit utama, menyumbang sekitar 80% daripada pengeluaran global[1]. Walau bagaimanapun, negara-negara ini menghadapi isu-isu yang serius termasuk pembasmian hutan, impak ekologi, keadaan buruh yang teruk, kekurangan buruh dan masalah-masalah alam sekitar yang lain. Tambahan pula, harga melambung tinggi yang berpunca daripada kekurangan bekalan minyak sawit telah menjadi kebimbangan utama.

Melalui perniagaan ini, Avirtech dapat membantu menyelesaikan masalah kekurangan buruh, meningkatkan tahap keselamatan pekerja dan merangsang produktiviti dalam industri kelapa sawit. Selain itu, Avirtech dijangka untuk terus menangani isu-isu ini dan menyokong pengeluaran minyak sawit yang lestari sekali gus turut menyampaikan nilai sebagai pelaburan ESG.

Integrasi kepimpinan global Terra Drone dalam teknologi Kenderaan Udara Tanpa Pemandu (UAV) dengan kehebatan pertanian jitu Avirtech telah memacu pertumbuhan Terra Agri. Pasaran yang menjadi tumpuan utama untuk perniagaan baharu ini ialah Indonesia dan Malaysia.

Nota untuk editor:

[1]: Sumber: USDA "Palm Oil 2023World Production"
https://ipad.fas.usda.gov/cropexplorer/cropview/commodityView.aspx?cropid=4243000 

 

 

Source: Terra Drone Corporation
Keywords: Agriculture Computer/Electronics Artificial Intelligence Cision Influencer List - ESG