omniture

Yuyu Healthcare Jalankan Promosi Global di Vitafoods Asia 2023

Yuyu Pharma
2023-09-21 14:25 86

SEOUL, Korea Selatan, 21 September 2023 /PRNewswire/ -- Yuyu Healthcare akan mengambil bahagian dalam acara Vitafoods Asia 2023 di Bangkok, Thailand dengan matlamat untuk menembusi pasaran global.

Yuyu Healthcare Conducts Global Promotion at Vitafoods Asia 2023
Yuyu Healthcare Conducts Global Promotion at Vitafoods Asia 2023

Yuyu Healthcare akan mengendalikan sebuah reruai di acara itu dan memfokuskan untuk mempromosikan teknologi pembuatan makanan fungsian kesihatan ODMnya. Yuyu Healthcare akan mengedarkan video animasi yang memperkenalkan pembangunan bahan mentahnya dan portfolio pendaftaran paten serta mengedarkan sampel rumusan dan pembungkusan.

Ketua Pegawai Eksekutif Yuyu Healthcare berkata, "Buat kali pertama dalam sejarahnya, Yuyu Healthcare akan mengendalikan reruai di sebuah acara antarabangsa seperti Vitafoods Asia 2023. Ia merupakan satu titik perubahan untuk pertumbuhan korporat dan kami merancang untuk terus mendapatkan pelanggan luar negara pada masa akan datang."

Yuyu Healthcare mencapai jualan sebanyak 27.5 bilion KRW pada tahun 2022 dan dipilih sebagai syarikat berkembang pesat Gangwon yang menerajui penggiatan semula ekonomi Gangwon-do melalui pertumbuhan bersama di kawasan tersebut pada tahun 2020.

 

Source: Yuyu Pharma
Related Stocks:
Korea:000220
Keywords: Food/Beverages Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Organic Food Retail Supplementary Medicine Trade show news