omniture

Xinhua Silk Road: Suzhou, Giatkan semula bandar purba dengan penaiktarafan industri

Xinhua Silk Road
2023-09-22 08:39 38

BEIJING, 22 September 2023 /PRNewswire/ -- Sebagai campuran yang sempurna antara tradisi dan kemodenan, Bandar Suzhou di Wilayah Jiangsu, timur China bukan sekadar sebuah bandar bersejarah dan budaya, tetapi juga penjana pembuatan di Delta Sungai Yangtze.


Tempat bermulanya kawasan perlindungan peringkat-bandar sejarah dan budaya negara yang pertama dan satu-satunya di China, kini Suzhou menggiatkan usahanya untuk membina hab inovasi perindustrian dengan pengaruh global.

-- Membentuk semula inovasi dengan penaiktarafan industri

Baru-baru ini, Kawasan Perlindungan Sejarah dan Budaya Suzhou (Kawasan Perlindungan), Daerah Gusu mengeluarkan Pelan Tindakan untuk Pembangunan Industri Kawasan Perlindungan dan Daerah Gusu (2023-2025), yang mencadangkan sistem perindustrian "1+2". Pelan tersebut bertujuan untuk mengukuhkan lagi satu tonggak industri yang mengintegrasikan budaya, perdagangan dan pelancongan serta membangunkan dua industri baru muncul iaitu kreativiti digital dan perkhidmatan berteknologi tinggi

Sejak awal tahun 2023, Daerah Gusu telah melipatgandakan usaha untuk mempromosikan integrasi budaya, perdagangan dan pelancongan, memfokuskan pada format perniagaan baharu seperti industri perhotelan dan budaya kreatif.

-- Menggiatkan semula bandar purba dengan pertumbuhan perniagaan baharu

Pembukaan besar-besaran Xujiang Paradise Walk, iaitu pengubahsuaian Menara Suzhou dan penampilan sulung yang akan datang bagi kompleks komersial besar yang lain, termasuk Renhengcang Street dan Gemdale Plaza telah memberi dorongan yang kukuh kepada Daerah Gusu purba.

Dengan menggabungkan peranan tempat pemandangan yang indah dan daerah komersial, Gusu akan menambah baik jaringan pengangkutannya, menyokong kemudahan serta susun atur komersial dengan cara yang sistematik.

-- Menyerlahkan potensi ruang bandar untuk menerima pembangunan baharu

Bagi melindungi bangunan purba serta rumah lama dan memanfaatkannya sebaik-baiknya, Daerah Gusu melancarkan "Satu Rumah, Satu Dasar", iaitu inisiatif untuk perlindungan dan pembaharuan bandar purba, memperkenalkan 26 projek tertentu serta menandatangani perjanjian dengan 12 perusahaan.

Sejak awal tahun ini, sejumlah 13 transaksi berhubung penggunaan ruang telahpun dibuat di Daerah Gusu, meliputi kawasan seluas 209,000 meter persegi.

"Dengan fokus untuk menyumbang kebijaksanaan Suzhou kepada perlindungan terhadap bandar-bandar purba di seluruh dunia, kami benar-benar percaya bahawa penggunaan merupakan cara perlindungan yang terbaik dan akan membangunkan selanjutnya bandar kami yang telah wujud sejak sekian lama sambil melindunginya," kata Fang Wenbang, ketua Parti Daerah Gusu, yang juga merupakan ahli Jawatankuasa Tetap, Jawatankuasa Parti Perbandaran Suzhou.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/336160.html

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Publishing/Information Service Travel New products/services