omniture

Ketua Eksekutif Ratusan Bandar Mulakan Bersama Program Inovasi Bandar Pintar Dikuasakan oleh Model Kerajaan Pangu Huawei

Huawei
2023-09-22 14:50 27

SHANGHAI, 22 September 2023 /PRNewswire/ -- Pada Hari Pertama HUAWEI CONNECT 2023, acara utama tahunan Huawei untuk industri ICT global, Huawei, disertai oleh organisasi industri, pakar, pelanggan dan rakan kongsi, mengumumkan Program Inovasi Bersama Model Kerajaan Pangu Huawei di "Sidang Kemuncak Ekonomi Digital & Forum Bandar Pintar 2023". Dengan matlamat untuk meningkatkan perkhidmatan awam serta mempercepatkan transformasi digital bandar, para peserta program ini bersetuju untuk berkolaborasi bagi meneroka cara untuk menggunakan model asas (model AI besar dilatih terlebih dahulu) bagi memperkasa rangkaian luas aplikasi bandar pintar, seperti perkhidmatan kerajaan pintar, pendigitalan pejabat kerajaan dan tadbir urus bandar pintar serta untuk memacu kerajaan digital, ekonomi digital dan projek masyarakat digital kerajaan pada semua peringkat di China. Beratus-ratus ketua eksekutif dari bandar-bandar seluruh China menghadiri sidang kemuncak ini.

The launch of Huawei Pangu Government Model Joint Innovation Program
The launch of Huawei Pangu Government Model Joint Innovation Program

Dalam ucaptama beliau yang bertajuk "Mempercepatkan Kecerdasan", David Wang, Pengarah Eksekutif Lembaga Huawei, Pengerusi Lembaga Pengurusan Infrastruktur ICT dan Presiden Enterprise BG, mengumumkan Model Kerajaan Pangu berserta beberapa penyelesaian kecerdasan industri yang lain. Matlamat model ini termasuk membina infrastruktur pengkomputeran AI bandar bagi memperkasa penaiktarafan bandar pintar, mempercepatkan pertumbuhan ekonomi digital dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan kerajaan, antara lain.

Hari ini, model asas semakin menjadi trend yang dominan dalam AI, mempercepatkan penggunaan AI dalam industri-industri. Menurut satu laporan daripada McKinsey Global Institute, AI, sebagai teknologi tujuan am (GPT) yang baharu, diunjurkan untuk meningkatkan KDNK global kira-kira sebanyak 1.2% setahun, jauh melangkaui sumbangan GPT lain kepada ekonomi global pada zaman masing-masing. Inilah sebenar-benarnya mengapa AI kini menjadi tumpuan utama dalam persaingan teknologi antara negara-negara seluruh dunia, dengan banyak negara merangkumkan AI sebagai sebahagian daripada strategi nasional mereka.

Menghubungkan kerajaan, perniagaan dan penduduk, perkhidmatan kerajaan berfungsi sebagai medan ujian yang sangat penting untuk aplikasi dan inovasi yang dijayakan oleh model asas. Program Inovasi Bersama Model Kerajaan Pangu Huawei diterajui oleh Unit Perniagaan Pendigitalan Perkhidmatan Awam Kerajaan Huawei dan disertai oleh ramai pelanggan serta rakan kongsi Huawei. Program ini akan mengutamakan aplikasi model asas bagi meningkatkan perkhidmatan awam, memajukan tadbir urus bandar pintar dan pendigitalan pejabat kerajaan selain menyumbang kepada pencapaian China Digital.

Hubungi: hwebgcomms@huawei.com 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news Artificial Intelligence