omniture

Shopee Live Skuad Stylo Capai Satu Juta Keterlibatan Pada Minggu Pelancaran

Shopee Malaysia
2023-09-25 10:47 65

KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 September 2023 /PRNewswire/ -- Shopee Live Skuad Stylo, segmen baharu Shopee Live yang mengetengahkan selebriti Malaysia, bakat tempatan dan penjual #ShopeeSapotLokal setiap hari, mengakhiri minggu pertama siaran dengan satu juta keterlibatan pengguna Malaysia. Berlangsung pada setiap hari, jam 8 malam, segmen ini menjana sejumlah 370,000 penonton. Malah, Shopee Live Skuad Stylo turut mencatat pencapaian menakjubkan dengan 19 kali ganda kemasukan 'Add to Cart' ketika strim langsung berbanding hari biasa. 

Shopee Live Skuad Stylo Capai Satu Juta Keterlibatan Pada Minggu Pelancaran
Shopee Live Skuad Stylo Capai Satu Juta Keterlibatan Pada Minggu Pelancaran

Barisan selebriti yang telah memeriahkan segmen tersebut termasuk Elfira Loy, Farah Adilah, Hanarii, Syamira Zahar, dan Zarina Anjoulie (Anju). Demo strim langsung perdana Shopee Live Skuad Stylo, aktiviti penceritaan dan keterlibatan mencatatkan rekod tertinggi sebanyak satu juta keterlibatan.

Pempengaruh kecantikan Syamira Zahar yang mempunyai 51,000 pengikut di media sosial berkata, peluang mengendalikan Shopee Live Skuad Stylo bersama Sarancak dan Dato' AC Mizal merupakan pengalaman yang menyeronokkan. "Saya terharu dengan sokongan kuat penonton yang komen #TeamSyamira semasa strim langsung. Kesetiaan dan dedikasi peminat menjadikan interaksi tersebut luar biasa dan menyeronokkan," katanya.

Segmen ini bukan sahaja meningkatkan keterlibatan dengan mengetengahkan barisan selebriti popular, tetapi turut menawarkan diskaun eksklusif semasa Shopee Live. Penonton telah disajikan dengan fesyen dan produk kecantikan terkenal serta petua penggayaan daripada selebriti tersebut.

Kenneth Soh, Ketua Pemasaran di Shopee Malaysia berkata, "berdasarkan pemerhatian kami, terdapat peningkatan ketara dalam permintaan terhadap produk fesyen dan kecantikan daripada pengguna. Shopee Live merupakan platform dinamik yang membolehkan interaksi secara langsung antara pengacara dan penonton. Interaksi dan kandungan bersesuaian memperkasakan penonton untuk segera mendapatkan maklumat berguna, seterusnya membuat keputusan bijak semasa membeli-belah dari keselesaan rumah sendiri."

Pada minggu pertama siaran, Shopee Live Skuad Stylo menawarkan pelbagai produk daripada jenama terkenal seperti  Gene Martino, INNISFREE, Kiehl's, La Roche Posay, naelofar, Oxwhite, Paula's Choice, SKINTIFIC, dan Zoe Arissa!

Pada kemuncak strim langsung ini, penonton dipersembahkan dengan grand finale yang membawakan banyak hadiah menarik untuk dimenangi. Sepanjang minggu perdana tersebut, seramai 150 penonton bertuah membawa pulang baucar eksklusif Shopee bernilai RM200.

Menjelang 10.10 Festival Shopee Live, pengguna Shopee berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM10,000 setiap hari. Bermula 27 September sehingga 13 Oktober, Shopee Live Skuad Stylo: Edisi Kotak Duit Misteri akan berlangsung pada setiap hari, jam 8 malam di Shopee Mamak.

Jangan lupa saksikan pengalaman shoppertainment terbaik pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 8 malam. Bersiap sedia membeli-belah, mengundi dan berinteraksi dengan selebriti kegemaran anda!

Source: Shopee Malaysia
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Retail Social Media