omniture

Xinghe Network Huawei Percepatkan Kecerdasan Industri

Huawei
2023-09-25 11:14 36

SHANGHAI, 25 September 2023 /PRNewswire/ -- Di Sidang Kemuncak yang bertemakan "Mempercepatkan Kecerdasan Industri dengan Xinghe Network" yang diadakan semasa HUAWEI CONNECT 2023, lebih daripada 800 wakil kerajaan dan industri berhimpun untuk membincangkan bagaimana teknologi rangkaian AI akan membentuk semula masa depan kita. Dicipta untuk mendorong transformasi pintar pelbagai industri, Xinghe Network Solution Huawei didedahkan secara rasmi oleh Leon Wang, Presiden Huawei Data Communication Product Line.

Kecerdasan Industri menjadi satu trend global dan model AI menjadi semakin tersebar luas. Bukti hal ini terletak pada penciptaan ChatGPT, satu produk fenomena yang mencetuskan gelombang AIGC dan memperkasa kita dengan pemahaman tentang bagaimana teknologi AI akan menggiatkan semula pelbagai industri. Tatkala latihan model asas menjadi semakin mendalam, pembangunan AI melepasi titik lengkok balas dan berkembang lebih daripada digunakan hanya untuk tujuan hiburan — ia menemui penggunaan dalam persekitaran profesional yang tidak pernah dibayangkan sebelum ini.

Leon Wang, President of Huawei Data Communication Product Line
Leon Wang, President of Huawei Data Communication Product Line

Leon Wang berkata bahawa perkhidmatan awan pengkomputeran pintar menjadi trend dalam era pintar industri dan akan menggabungkan tiga bahagian: penjanaan kuasa pengkomputeran, transmisi dan akses. Rangkaian-awan pengkomputeran pintar yang menyediakan perkhidmatan sedemikian memerlukan rangkaian untuk menyokong latihan yang cekap, kuasa pengkomputeran tanpa gangguan dan perkhidmatan AI inklusif. Huawei Xinghe Network Solution menyerlahkan sepenuhnya kuasa pengkomputeran dengan sambungan-super untuk produktiviti AI yang tiada tandingan dalam era AI. Ia menyediakan kluster kad-pengkomputeran-100K dan daya pemprosesan ultra-tinggi dengan kadar beban lebih 95%. Menampilkan kestabilan dan keandalan jangka panjang, ia dapat meramalkan kerosakan rangkaian serta menyempadani dan membetulkannya dalam beberapa saat. Selain itu, penyelesaian ini juga membolehkan pengaturan yang diperhalusi bagi aliran besar dan aliran kecil serta menyokong kefleksibelan dan keserentakan tinggi untuk menentang kemerosotan.

Zhang Liang, ketua pakar AI di Huawei Data Communication Product Line menjelaskan bahawa tindanan teknologi keseluruhan yang digunakan dalam Xinghe Network Solution Huawei memanfaatkan teknologi penting selaras dengan objektif-objektif teras seperti daya pemprosesan ultra-tinggi, kestabilan dan keandalan jangka panjang serta kefleksibelan dan keserentakan tinggi.

  • Daya pemprosesan ultra-tinggi: Berdasarkan kepada algoritma Langkah Seterusnya bagi Pengimbang Beban (NSLB) global unik daripada Huawei, penyelesaian ini melaksanakan penjadualan terselaras rangkaian-pengkomputeran pada masa sebenar, meningkatkan daya pemprosesan rangkaian yang berkesan daripada purata industri yang hanya 50% kepada 98% yang mengagumkan.
  • Kestabilan dan keandalan jangka panjang: Memanfaatkan teknologi O&M divisualisasikan tindanan-penuh, penyelesaian ini melaksanakan visualisasi masa sebenar laluan rangkaian dan beban aliran untuk latihan model asas. Dengan teknologi pengesanan pengecualian satah-data berasaskan PacketEvent dan teknologi Pemulihan Pantas Satah Data (DPFR), penyelesaian ini membolehkan penumpuan kegagalan dalam sub-milisaat.
  • Kefleksibelan dan keserentakan tinggi: Penjadualan berbilang laluan pintar eksklusif-Huawei, pengimbangan beban sedar-aliran dan teknologi penyembunyian kehilangan paket (PLC) adaptif membolehkan transmisi data peringkat-TB hanya dalam masa beberapa jam sahaja, mencapai peningkatan lapan kali ganda yang mengagumkan bagi kapasiti penghantaran.

Pelancarannya merupakan langkah yang penting untuk Huawei terlibat secara aktif dalam transformasi pintar pelbagai industri. Dalam era AI, Huawei Xinghe Network menyampaikan kuasa pengkomputeran tanpa had melalui sambungan merata, menyediakan perkhidmatan rangkaian AI yang dipertingkat dan lebih pintar kepada pengguna global.

Hubungi
hwebgcomms@huawei.com 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services Trade show news Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things