omniture

Xinhua Silk Road: Pameran perdagangan perkhidmatan China memberi peluang besar untuk perniagaan global

Xinhua Silk Road
2023-09-25 11:55 101

BEIJING, 25 September 2023 /PRNewswire/ -- Bertemakan "Keterbukaan membawa kepada pembangunan, kerjasama menyampaikan masa depan", Pameran Perdagangan Perkhidmatan Antarabangsa China 2023 (CIFTIS) telahpun diadakan di Beijing mulai 2 hingga 6 September. 

Visitors walk past the booth of Ajlan & Bros. Holding during the 2023 China International Fair for Trade in Services (CIFTIS) at China National Convention Center in Beijing, capital of China, Sept. 4, 2023.
Visitors walk past the booth of Ajlan & Bros. Holding during the 2023 China International Fair for Trade in Services (CIFTIS) at China National Convention Center in Beijing, capital of China, Sept. 4, 2023.

Sebagai salah satu pameran yang terbesar dan paling komprehensif di dunia untuk perdagangan perkhidmatan, CIFTIS menunjukkan peranan aktif China dalam menjalin kerjasama bersama negara-negara lain untuk mempromosikan perdagangan perkhidmatan serta memacu pemulihan ekonomi global.

Sejak ia dilancarkan pada tahun 2012, CIFTIS menarik minat sejumlah lebih 600,000 peserta pameran dari 196 negara dan wilayah.

Memerhatikan peluang yang dibawakan oleh acara berkenaan, firma-firma asing mengambil bahagian secara aktif untuk mencari potensi kerjasama dalam pasaran perkhidmatan China.

Pada tahun ini, CIFTIS menampilkan pelbagai peserta luar negara dan aktiviti luar talian yang begitu banyak.

Lebih 80 negara dan organisasi antarabangsa mengambil bahagian dalam acara itu pada tahun ini. Lebih daripada 2,400 perusahaan terlibat dalam pameran luar talian dan lebih 500 perusahaan yang terkemuka dalam industri dan syarikat Global Fortune 500 menghadiri pameran luar talian itu untuk menghebahkan produk, perkhidmatan dan pencapaian mereka. United Kingdom (UK), negara tetamu kehormat bagi CIFTIS 2023, menghantar delegasinya yang terbesar seumpamanya untuk pameran pada tahun ini, menunjukkan pengantarabangsaan yang hebat dan pengaruh seluruh dunia pameran berkenaan.

Difahamkan bahawa CIFTIS 2023 memberi penumpuan pada inovasi teknologi sains, inovasi mod dan inovasi format dengan memaparkan aplikasi global teknologi cip, kecerdasan buatan dan penjagaan kesihatan digital. Selain itu, satu siri teknologi dan produk baharu telah membuat penampilannya yang meriah di pameran itu, memanifestasikan sepenuhnya peluang perniagaan yang besar dan kevitalan pasaran perkhidmatan yang rancak di seluruh dunia.

Pada masa akan datang, China akan terus membuka sektor perkhidmatannya dan mengukuhkan kerjasama agar dapat membuka peluang pertumbuhan yang selanjutnya untuk perniagaan global dan menyuntik dorongan yang berkekalan demi pemulihan ekonomi dunia.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/336239.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Publishing/Information Service Telecommunications Trade show news