omniture

Meneroka Evolusi F5G, Huawei Lancar Tiga Penyelesaian Rangkaian Optik Perusahaan

Huawei
2023-09-25 12:55 58

SHANGHAI, 25 September 2023 /PRNewswire/ -- Di Sidang Kemuncak "Evolusi F5G, Membawakan Kecerdasan Di Mana-mana Sahaja" yang diadakan semasa HUAWEI CONNECT 2023, Huawei berkongsi amalan aplikasi F5G bersama pelanggan dan rakan kongsi global dalam industri-industri mencakupi kuasa elektrik, pendidikan, hartanah, pembuatan dan penjagaan kesihatan. Di samping itu, ia melancarkan pelbagai produk dan penyelesaian yang inovatif.

Richard Jin, Presiden Huawei Optical Business Product Line, berkata dalam ucaptama beliau, "Di tengah-tengah aplikasi AI yang semakin meningkat, industri ini menimbulkan keperluan baharu untuk penderiaan dan ketersambungan. Kecerdasan industri memerlukan rangkaian penderiaan dan rangkaian semua-optik. Semasa evolusi kecerdasan industri, Huawei terus meneroka penderaan industri, rangkaian kampus semua-optik, rangkaian pengeluaran WAN, saling sambung pusat data dan rangkaian kediaman. Selain itu, kami melancarkan satu siri produk dan penyelesaian F5G yang inovatif untuk memperkasa industri-industri yang didayakan oleh AI."

Richard Jin, President of Huawei Optical Business Product Line
Richard Jin, President of Huawei Optical Business Product Line

Senario kampus: Huawei telahpun melancarkan penyelesaian FTTO 2.0. Berdasarkan kepada teknologi XGS-PON Pro, penyelesaian ini menyokong 12.5G/25G ke bilik, 2.5G/10G ke AP dan 2.5G ke atas meja, membina rangkaian semua-optik 10G hijau dan memudahkan kecerdasan kampus. Menampilkan rangkaian ultra-jalur-lebar, dipermudah, berkualiti tinggi dan hijau, penyelesaian ini boleh digunakan dalam senario untuk mengupayakan galas disatukan bagi semua perkhidmatan melalui satu gentian dan memenuhi keperluan pelanggan untuk membina rangkaian kampus generasi seterusnya.

Industri kuasa elektrik dan pengangkutan: Huawei melancarkan penyelesaian SE-OTN, yang diaplikasikan untuk pembinaan semula SDH pada pelbagai stesen, termasuk substesen kuasa, stesen tepi landasan, stesen tol dan BVS minyak dan gas. Menggunakan standard unit perkhidmatan optik (OSU) generasi seterusnya untuk evolusi SDH, penyelesaian ini menawarkan 10 kali ganda lebih banyak lebar jalur berbanding rangkaian SDH legasi dan mewarisi keselamatan dan keandalan tinggi rangkaian sedemikian. Tidak seperti penyelesaian OTN biasa, penyelesaian SE-OTN tidak memerlukan peranti lapisan-optik yang kompleks, menjadikan perancangan rangkaian dan O&M jauh lebih ringkas dan mengurangkan kos pembinaan dengan berkesan. Justeru itu, ia mewakili pilihan optimum untuk industri-industri yang ingin mengembangkan rangkaian pengeluaran SDH mereka.

Senario perlindungan perimeter: Huawei melancarkan penyelesaian perlindungan perimeter pertama dalam industri ini yang mengupayakan pautan optik-visual dan penderiaan berbilang dimensi. Di Sidang Kemuncak itu, Huawei berganding bahu dengan rakan-rakan kongsi untuk melancarkan Optical-Visual Linkage for Perimeter Protection Technical White Paper (Kertas Putih Teknikal Pautan Optik-Visual untuk Perlindungan Perimeter).

Pada masa akan datang, Huawei akan terus berinovasi berdasarkan kepada evolusi F5G, membangunkan produk dan penyelesaian terkemuka serta bekerjasama dengan pelanggan dan rakan kongsi untuk memudahkan penaiktarafan pintar pelbagai industri.

Hubungi
hwebgcomms@huawei.com 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Construction/Building Electrical Utilities Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Equipment Transportation New products/services Survey, Polls & Research Trade show news Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things