omniture

ETF CSI 2000 Mendapat Perhatian Di Tengah-tengah Pertumbuhan Pasaran ETF China RMB 400 Bilion

E Fund Management
2023-09-25 15:58 116

GUANGZHOU, China, 25 September 2023 /PRNewswire/ -- Biarpun terdapat pergolakan pasaran di China, aliran masuk yang kukuh ke dalam ETF kekal bingkas pada tahun 2023 dan terutamanya dalam dua bulan yang lalu. Menurut China Galaxy Research Institute, AuM bagi ETF ekuiti China mencapai rekod tertinggi iaitu USD 238 billon pada 4 September. Rangsangan penyenaraian ETF diperhatikan sejak tahun ini dan E Fund Management ("E Fund"), pengurus dana terbesar di China, menjadi penerbit ETF terbesar dengan 13 pelancaran ETF baharu, termasuk yang menjejaki indeks CSI 2000 dan indeks STAR Growth.

Terdapat lonjakan yang berterusan dalam aset ETF ekuiti Cina sejak tahun 2019, merekodkan purata aliran masuk bersih tahunan sebanyak lebih USD 28 bilion. Setakat 11 September, peningkatan AuM yang besar sebanyak USD 56 bilion diperhatikan, menunjukkan pertumbuhan yang mantap dalam ETF Cina. Dalam pada itu, volum dagangan ETF ekuiti turut meningkat sebanyak 34% berbanding tahun sebelumnya.

Antara kesemuanya, strategi produk yang luas menarik aliran masuk terbesar. Indeks CSI 300, indeks STAR 50 dan indeks ChiNext mengungguli carta dengan pertumbuhan aset masing-masing sebanyak USD 9.8, 8.2 dan 3.5 bilion setakat 18 September, menurut Wind. Dengan rangsangan dasar yang lebih kuat, pelabur menunjukkan selera risiko yang lebih tinggi dan lebih berminat membeli aset yang jatuh nilainya sementara ETF menawarkan kepada mereka cara yang berkos rendah dan cekap.

Sejak awal tahun ini, 108 ETF baharu dilancarkan setakat 18 September, meningkat sebanyak 30% berbanding tahun sebelumnya. Indeks CSI 2000, menjejaki prestasi syarikat tersenarai kecil dan modal-mikro, semakin mendapat perhatian sejak pelancarannya pada 11 Ogos dengan pulangan ditahunkan pada 9.34% sejak tahun 2014. "Kami percaya bahawa indeks CSI 2000 berkedudukan baik untuk memenuhi keperluan pelabur bagi mempelbagaikan pendedahannya dalam kategori modal-kecil," kata Lin Weibin, Ketua Pelaburan Indeks di E Fund.

Latar Belakang E Fund Management

Ditubuhkan pada tahun 2001, E Fund Management Co., Ltd. ("E Fund") ialah pengurus dana komprehensif yang terkemuka di China dengan hampir RMB 3 trilion (USD 420 bilion) di bawah pengurusan. Ia menawarkan penyelesaian pelaburan kepada pelanggan di darat dan luar pesisir, membantu pelanggan mencapai prestasi pelaburan mampan dalam tempoh jangka panjang. Pelanggan E Fund termasuk kedua-dua individu dan institusi, bermula daripada bank pusat, dana kekayaan berdaulat, dana keselamatan sosial, dana pencen, syarikat insurans dan insurans semula, hinggalah syarikat korporat dan bank. Berorientasikan jangka panjang, ia memfokuskan pada perniagaan pengurusan pelaburan sejak penubuhannya dan percaya akan kuasa kajian yang mendalam dan masa dalam pelaburan. Ia merupakan perintis dan pengamal terkemuka dalam pelaburan yang bertanggungjawab di China dan diiktiraf secara meluas sebagai salah satu pengurus aset Cina yang paling dipercayai dan cemerlang.

Kadar FX setakat 20 September

Source: E Fund Management
Keywords: Banking/Financial Service OTC/SmallCap IRW Economic news, trends, analysis New products/services